Ubat Gastrik di Farmasi – Jenis dan Kesesuaian Dengan Jenis Gastrik

Ubat Gastrik

Ramai sebenarnya yang mencari ubat gastrik di farmasi. Ye la. Sakit gastrik ni bukan boleh buat main. Kesakitan dan ketidakselesaan yang dibawa bersama memang rasa penuh dengan azab. Tapi, sebelum anda memilih ubat gastrik di farmasi, anda perlu tahu terlebih dahulu samada ia sesuai atau tidak dengan jenis gastrik yang anda alami.

Ubat Gastrik di Farmasi

Rawatan gastrik bergantung kepada punca ianya berlaku. Gastrik akut yang disebabkan oleh ubat-ubatan anti-radang bukan steroid atau penyalahgunaan alkohol akan dapat diatasi  dengan cara menghentikan penggunaan bahan-bahan tersebut. Bagi rawatan gastrik kronik pula, terdapat ubat-ubatan yang boleh diperoleh melalui kaunter farmasi dengan preskripsi daripada doktor atau tanpa sebarang preskripsi.

Ubat gastrik di farmasi yang digunakan untuk merawat gastrik yang boleh diperoleh dengan atau tanpa preskripsi oleh doktor termasuklah:

Ubat gastrik di farmasi jenis antibiotik untuk membunuh H. pylori. 

Untuk membunuh jangkitan bakteria H. pylori dalam saluran pencernaan anda, doktor anda boleh mengesyorkan kombinasi antibiotik seperti clarithromycin (Biaxin) dan amoxicillin (Amoxil, Augmentin, yang lain) atau metronidazole (Flagyl), untuk membunuh bakteria. Pastikan anda mengambil preskripsi antibiotik sepenuhnya dengan cara menghabiskannya mengikut waktu yang ditetapkan, biasanya selama tujuh hingga 14 hari.

Ubat gastrik di farmasi yang menyekat pengeluaran asid dan mempromosikan penyembuhan

Perencat  pam proton (PPI) berfungsi untuk mengurangkan asid dengan menyekat tindakan bahagian sel yang menghasilkan asid. Ubat ini termasuklah ubat preskripsi dan ubat bebas yang boleh didapati di kaunter farmasi seperti omeprazole (Prilosec), lansoprazole (Prevacid), rabeprazole (Aciphex), esomeprazole (Nexium), dexlansoprazole (Dexilant) dan pantoprazole (Protonix).

Penggunaan perencat pam proton dalam jangka masa yang panjang

Terutamanya pada dos tinggi, boleh meningkatkan risiko patah tulang pinggul, pergelangan tangan dan tulang belakang. Tanya doktor anda apakah dengan mengambil suplimen kalsium dapat mengurangkan risiko-risiko ini.

Ubat Gastrik di Farmasi
  1. Omeprazole

Omeprazole ialah salah satu ubat dalam kategori Proton Pump Inhibitor (Perencat Pam Proton). Keadaan berasid dalam perut terjadi kerana kewujudan ion hidrogen yang dipam masuk ke dalam perut oleh pam proton. Apabila kepekatan ion hidrogen semakin tinggi, pH dalam perut akan semakin rendah dan keasidan dalam perut akan menjadi semakin tinggi. Omeprazole membantu merencatkan fungsi pam tersebut supaya perut menjadi kurang berasid.

  1. Pantoprazole

Ubat gastrik ini juga biasanya digunakan oleh mereka yang menghidap gastrik. Masih lagi tergolong dalam kategori ubat Perencat Pam Proton, ia berfungsi menjadikan perut kurang berasid dengan merencatkan fungsi pam proton. Ubat ini juga datang dalam bentuk tablet dengan pelbagai jenama seperti Controloc dan Pantaz.

Baca Juga : Resepi Makanan Untuk Pesakit Gastrik – Jom Cuba!

Ubat gastrik di farmasi untuk mengurangkan pengeluaran asid

Penyekat asid juga disebut penyekat histamin (H-2)  berfungsi untuk mengurangkan jumlah asid yang dilepaskan ke saluran pencernaan anda, yang melegakan sakit gastrik dan mendorong penyembuhan. Penyekat asid yang boleh diperoleh termasuklah famotidine (Pepcid), cimetidine (Tagamet HB) dan nizatidine (Axid AR).

  1. Cimetidine

Ubat gastrik ini berfungsi sebagai perencat reseptor H2. Ia berperanan dalam mengawal pengeluaran jus gastrik dalam perut. Contoh jenama ubat ini ialah Cimulcer.Famotidine.

  1. Famotidine

Ubat ini juga berada dalam kategori ubat perencat reseptor H2 yang berfungsi untuk mengurangkan penghasilan jus asid yang berlebihan. Antara jenama ubat ini ialah Pepcid dan Fluxid.

Ubat gastrik di farmasi jenis antasid yang meneutralkan asid perut. 

Doktor mungkin memasukkan antasid dalam rejimen ubat anda. Antasid meneutralkan asid perut yang ada dan dapat menghilangkan rasa sakit yang cepat. Antasid diambil ketika serangan gastrik berlaku. Pengambilan antasid boleh menunjukkan kesan selepas 15-20 minit pengambilannya. Kesan sampingan daripada penggunaan antacid ini boleh merangkumi sembelit atau cirit-birit bergantung kepada ramuan utama penghasilannya.

  1. Magnesium trisilicate

Magnesium trisilicate ialah salah satu jenis ubat antasid yang bertindak untuk meneutralkan asid dalam perut ketika gastrik menyerang. Antara jenama antasid popular yang mempunyai kandungan bahan ini ialah Gaviscon. 

  1. Aluminium & Magnesium hydroxide

Ubat ini juga merupakan salah satu jenis antasid yang berfungsi untuk meneutralkan asid dalam perut yang diambil ketika gejala gastrik menyerang. Kebanyakan ubat jenis antasid akan digabungkan dengan bahan lain bernama simethicone yang berfungsi untuk mengeluarkan gas dan angin yang berlebihan dalam perut. Ia boleh didapati dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah. Contoh jenama dengan ubat ini ialah Maalox.

Baca Juga : Petua Hilangkan Gastrik – Rawat Gastrik di Rumah

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan ubat gastrik di farmasi. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

1 Comment

  1. Manohkaran

    Nak ubat gastric

    Reply

Trackbacks/Pingbacks

  1. Probiotik Untuk Apa – Jom baca Fakta Probiotik! - […] Baca Juga : Ubat Gastrik di Farmasi – Jenis dan Kesesuaian Dengan Jenis Gastrik […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *