Ubat Gastrik Terbaik di Farmasi – Mana Yang Terbaik Untuk Anda?

Ubat Gastrik

Ramai yang mencari ubat gastrik terbaik di farmasi? Tapi, ada dan sesuai ke dengan jenis gastrik yang anda sedang alami? Sebab itulah pentingnya untuk anda kenal pasti terlebih dahulu jenis gastrik yang anda sedang alami. Barulah anda boleh cari ubat gastrik terbaik di farmasi.

Gastrik adalah sejenis keradangan pada dinding perut. Ia bukanlah sejenis penyakit, namun suatu keadaan yang disebabkan oleh pelbagai faktor yang berbeza, seperti pengambilan alkohol yang berlebihan, stres, muntah-muntah yang kronik atau ubat-ubatan tertentu. Jangkitan bakteria, refluks hempedu dan anemia pernikus juga merupakan antara penyebab berlakunya gastrik secara umum.

Dalam kebanyakan kes, gastrik bukanlah suatu keadaan yang harus dipandang serius. Namun, jika dibiarkannya berlarutan, hal tersebut dapat menyebabkan kehilangan darah dalam jumlah yang banyak kerana gastrik yang pada awalnya biasa telah berubah menjadi ulser peptik atau kanser perut.

Situasi ini dapat bertukar menjadi akut atau kronik. gastrik akut dideskripsikan sebagai gastrik yang muncul secara tiba-tiba dan menghilang selalunya tanpa memerlukan apa-apa rawatan. Sedangkan, gastrik kronik jarang sekali menunjukkan gejala yang ketara dan gastrik jenis ini berkembang seiring berjalannya waktu dan menjadi lebih parah jika dibiarkan.

Senarai Ubat Gastrik Terbaik di Farmasi

Berikut merupakan senarai ubat gastrik terbaik di farmasi yang sinonim dalam rawatan gejala gastrik yang boleh didapati di kaunter farmasi secara preskripsi atau tanpa preskripsi. Ubat-ubat tersebut adalah:

1. Magnesium trisilicate

Ubat Gastrik Terbaik di Farmasi

Magnesium trisilicate ialah salah satu jenis ubat gastrik terbaik di farmasi dalam bentuk antasid yang bertindak untuk meneutralkan asid dalam perut ketika gastrik menyerang. Antara jenama antasid popular yang mempunyai kandungan bahan ini ialah Gaviscon. Anda boleh mendapatkannya di kaunter tanpa perlu preskripsi daripada doktor.

2. Aluminium & Magnesium hydroxide

Ubat Gastrik Terbaik di Farmasi

Ubat ini juga merupakan salah satu jenis antasid yang berfungsi untuk meneutralkan asid dalam perut. Ubat ini sesuai diambil ketika gejala gastrik menyerang. Kebanyakan ubat jenis antacid akan digabungkan dengan bahan lain bernama simethicone yang berfungsi untuk mengeluarkan gas dan angin yang berlebihan dalam perut. Ia boleh didapati dalam bentuk tablet yang boleh dikunyah. Contoh jenama dengan ubat ini ialah Maalox.

3. Cimetidine

Ubat gastrik terbaik di farmasi ini pula berfungsi sebagai perencat reseptor H2. Ia berperanan dalam mengawal pengeluaran jus gastrik dalam perut. Cimetidine juga boleh didapati tanpa preskripsi doktor dan datang dalam bentuk tablet yang perlu ditelan sebelum atau selepas makan mengikut saranan doktor. Contoh jenama ubat ini ialah Cimulcer.Famotidine.

4. Famotidine

Ubat Gastrik Terbaik di Farmasi

Satu lagi contoh ubat yang boleh didapati di kaunter farmasi ialah Famotidine. Ubat ini juga berada dalam kategori ubat perencat reseptor H2 yang berfungsi untuk mengurangkan penghasilan jus asid yang berlebihan. Sama seperti ubat-ubat lain di atas, ia boleh didapati tanpa memerlukan sebarang preskripsi daripada doktor. Antara jenama ubat ini ialah Pepcid dan Fluxid.

Baca Juga : Simptom Gastrik – 10 Simptom Ini Amat Bahaya Jika Anda Ada

5. Omeprazole

Omeprazole ialah ubat dalam kategori Proton Pump Inhibitor (Perencat Pam Proton). Keadaan berasid dalam perut terjadi kerana kewujudan ion hidrogen yang dipam masuk ke dalam perut oleh pam proton. Apabila kepekatan ion hidrogen semakin tinggi, pH dalam perut akan semakin rendah dan keasidan dalam perut akan menjadi semakin tinggi. Omeprazole membantu merencatkan fungsi pam tersebut supaya perut menjadi kurang berasid. Anda boleh dapatkan ubat gastrik ini tanpa preskripsi. Jenama yang biasanya terdapat di farmasi ialah Omesec, juga telah dipaten dalam bentuk tablet yang perlu ditelan.

6. Pantoprazole

Ubat Gastrik Terbaik di Farmasi

Ubat gastrik ini juga biasanya digunakan oleh mereka yang menghidap gastrik serta mudah didapati di mana-mana farmasi. Masih lagi tergolong dalam kategori ubat Perencat Pam Proton, ia berfungsi menjadikan perut kurang berasid dengan merencatkan fungsi pam proton. Ubat ini juga datang dalam bentuk tablet dengan pelbagai jenama seperti Controloc dan Pantaz.

Baca Juga : Cara Hilangkan Gastrik – Rawatan Sendiri di Rumah

Ubat Gastrik Terbaik di Farmasi – Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan ubat gastrik terbaik di farmasi. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Probiotik Untuk Apa – Jom baca Fakta Probiotik! - […] Baca Juga : Ubat Gastrik Terbaik di Farmasi – Mana Yang Terbaik Untuk Anda? […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *