Kebaikan Yogurt Untuk Gastrik Ramai Tak Tahu

Yogurt

Apa sebenarnya kebaikan yogurt untuk gastrik? Sebelum kami menjawab persoalan tersebut, jom baca terlebih dahulu apa sebenarnya gastrik. Gastrik adalah keradangan pada lapisan perut, yang menyebabkan penurunan pengeluaran enzim pencernaan, asid dan lendir. 

Punca Gastrik

Punca gastrik yang paling biasa adalah penggunaan ubat anti-radang nonsteroid seperti aspirin atau ibuprofen. Jadi, individu yang selalu mengambil ubat tahan sakit dan rasa tidak selesa pada perut seperti panas terbakar, kembung atau muntah-muntah, itu mungkin gastrik.

Tetapi, jangan buat diagnosis sendiri ya. Rujuk doktor terlebih dahulu. Bak kata Papazola. Jangan pandai memandai-mandai. Jangkitan Helicobacter pylori juga merupakan penyebab biasa kepada berlakiunya gastrik

Tekanan pada tubuh yang disebabkan oleh kecederaan traumatik, pembedahan besar atau luka terbakar yang teruk juga boleh menyebabkan gastrik. Jika anda pernah mengalami atau sedang mengalami faktor-faktor di atas, anda berpotensi untuk menghidap gastrik.

BACA JUGA : Kebaikan Yogurt Untuk Kesihatan

Kebaikan Yogurt Untuk Gastrik

Sebagai produk susu yang diperam, yogurt adalah sumber kalsium, vitamin D, protein dan kalium yang baik.  Probiotik iaitu bakteria baik, mengubah susu menjadi konsistensi tebal dan rasa masam yang menjadikan yogurt sangat bagus untuk diet dan kesihatan. 

Probiotik ini mendorong pergerakan makanan melalui saluran pencernaan anda supaya menjadi lebih lancar. Ia juga dapat membantu meningkatkan sistem imun, mencegah jangkitan dan memusnahkan toksin dalam tubuh badan.  Ahli gastroenterologi sangat berminat dengan probiotik kerana boleh membantu dalam rawatan penyakit yang berkaitan dengan pencernaan seperti gastrik.

BACA JUGA : Suka Minum Yogurt – Ini Merupakan Asal Usul dan Manfaatnya

Kebaikan Yogurt – Yogurt dan H.Pylori

Yogurt boleh digunakan sebagai bentuk ubat pelengkap dalam rawatan gastrik yang disebabkan oleh jangkitan H. pylori. 

“World Journal of Gastroenterology” telah menerbitkan satu kajian tinjauan.

Dalam kajian tersebut, penyelidik mendapati bahawa makanan probiotik berasaskan susu yang diperam, seperti yogurt, membantu membasmi jangkitan bakteria di perut.  Ini adalah berita baik bagi rawatan gastrik yang disebabkan oleh bakteria H. pylori.

Namun, ia mungkin tidak bermanfaat bagi mereka yang menderita gastrik yang berpunca dari faktor lain. Selain itu, penulis kajian-kajian ini menyatakan bahawa lebih banyak penyelidikan diperlukan sebelum cadangan rasmi dapat dibuat.

BACA JUGA : Khasiat Madu Untuk Lelaki Untuk Kesihatan Yang Lebih Baik

Kajian: Yogurt Probiotik Melawan gastrik, Ulser Perut dengan Kesan seperti Vaksin

Hasil kajian klinikal manusia pertama mengesahkan bahawa yogurt mampu melawan bakteria yang menyebabkan gastrik dan ulser perut. Saintis Jepun, Hajime Hatta mengatakan tindakbalasnya dengan apa yang digambarkan oleh penyelidik sebagai kesannya hampir seperti vaksin,

Yogurt, produk susu fermentasi yang mengandungi bakteria hidup, adalah sumber kalsium, protein dan nutrien lain yang sihat.  Bahkan, beberapa jenama yogurt kini dibuat dengan probiotik, iaitu bakteria baik yang bertujuan untuk meningkatkan kesihatan. 

Hajime Hatta, penyelaras kajian dan ahli kimia di Kyoto Women’s University di Kyoto, Jepun turut mengatakan penduduk dunia boleh menikmati rasa yogurt yang enak. Dalam masa yang sama, mereka juga boleh mencegah atau menghilangkan bakteria yang menyebabkan gastrik atau ulser perut.

Bakteria Helicobacter pylori (H. pylori) atau penggunaan aspirin yang berlebihan dan atau ubat-ubatan anti-radang nonsteroid lain menyebabkan kebanyakan ulser perut.  Penyelidikan baru juga menghubungkan jangkitan H. pylori pada kanak-kanak dengan kekurangan zat makanan, gangguan pertumbuhan dan masalah kesihatan yang lain.

Dalam kajian itu, Hatta dan rakan-rakan menunjukkan bahawa H. pylori bergantung pada protein yang disebut urease untuk melekat dan menjangkiti lapisan perut. Dalam usaha menggagalkan protein atau antigen itu, Hatta beralih ke teknologi pembuatan vaksin klasik. 

Mereka menyuntik ayam dengan urease dan membiarkan sistem imun ayam menghasilkan antibodi terhadap protein. Para penyelidik kemudian mengambil antibodi, yang disebut IgY-urease, dari telur ayam. 

Hatta dan rakan-rakannya berteori bahawa yogurt yang mengandungi antibodi dapat membantu mencegah bakteria melekat pada lapisan perut. Untuk menguji teori mereka, para saintis merekrut 42 orang yang positif untuk H. pylori. 

Para sukarelawan mengambil dua cawan setiap hari sama ada yogurt biasa atau yogurt yang mengandungi antibodi selama empat minggu. Tahap urea, produk sampingan urease, menurun dengan ketara pada kumpulan antibodi jika dibandingkan dengan kumpulan kawalan. Ini menunjukkan penurunan aktiviti bakteria, kata para penyelidik.

“Hasilnya menunjukkan bahawa penindasan jangkitan H. pylori pada manusia dapat dicapai dengan minum yogurt yang diperkaya dengan antibodi urease,” kata Hatta. 

Yogurt dilihat kurang berkesan berbanding antibiotik untuk mengurangkan kadar H. pylori. Namun, ia lebih mudah diambil daripada ubat dan boleh dimakan setiap hari sebagai sebahagian daripada rutin diet biasa, kata Hatta. 

Antibodi tidak mempengaruhi rasa keseluruhan yogurt dan tidak menyebabkan kesan sampingan yang jelas, katanya. Jadi, yogurt merupakan sinar harapan bagi penghidap gastrik disebabkan oleh jangkitan H. pylori. Alang-alang bagus untuk gastrik tu, yogurt sedap juga buat tekak. Jadi, two-in-one la kebaikannya. 

Yogurt Untuk Gastrik Dan Kesihatan Usus

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu untuk menyihatkan perut. Ia juga sangat sesuai untuk mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan kebaikan yogurt untuk gastrik. Ia sangat membantu terutamanya jika anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *