Set Gastrik Shaklee – Sesuai Atau Tidak Untuk Anda?

Ubat Gastrik

Sebelum anda buat keputusan samada set gastrik Shaklee sesuai atau tidak untuk anda, kami nak anda baca dulu perkongsian kami kali ini. Gastrik adalah sejenis keradangan yang berlaku apabila kandungan asid hidroklorik (HCL) atau asid pencernaan menghakis lapisan dinding perut dan menyebabkan ketidakselesaan seperti rasa sakit atau terbakar pada perut. 

Lapisan dinding perut sepatutnya terpelihara daripada sifat keasidan jus pencernaan ini kerana terdapat mekanisme perlindungan berupa lendiran mukosa yang menyelaputi dinding perut supaya tidak dimamah oleh asid hidroklorik ini. Sekiranya terdapat gangguan yang melemahkan fungsi lapisan mukosa ini, maka berlakulah serangan gastrik. Terdapat beberapa jenis gastrik yang telah dikenal pasti dihidapi oleh kebanyakan individu. Antaranya adalah:

Set Gastrik Shaklee Untuk Gastrik Ringan atau Akut

Inflamasi atau keradangan berpupa pembengkakan yang berlaku pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Gastrik berat atau kronik

Berlaku keradangan berupa kecederaan (luka) yang berpanjangan pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.

Ulser gastrik (ulser peptik)

Ulser gastrik merupakan luka terbuka atau bisul yang terjadi pada dinding lapisan perut. Ia boleh dikesan melalui muntah yang pekat dan mengandungi darah atau berwarna gelap seperti serbuk kopi dan najis yang gelap dan hitam.

Antara tanda-tanda gastrik termasuk:

  • Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen.
  • Rasa senak, berangin atau pedih pada perut yang kerap berlaku.
  • Rasa tidak selesa dan kembung serta sering sendawa yang berlarutan selepas makan.
  • Rasa loya, mual dan muntah
  • Penurunan berat badan bagi tahap gastrik yang teruk

Set Gastrik Shaklee – Rawatan Gejala Gastrik

Doktor mungkin akan mencadangkan supaya pengidap gastrik GERD dan gastrik untuk mengambil antasid yang boleh dibeli di farmasi untuk meneutralkan asid perut atau membantu otot perut untuk mengosongkan perut anda sebagai langkah sementara. 

Sekiranya keadaan GERD atau gastrik anda semakin serius, rawatan lain berupa pemberian antibiotik bagi merawat gastrik kronik akibat jangkitan H.pylori, perencat pam proton bagi menghalang pengeluaran asid dan endoskopi berupa tiub berkamera bagi meneropong keadaan dalam perut mungkin terpaksa dilakukan.

Set Gastrik Shaklee

Peppermint Ginger Plus

Suplemen dalam set gastrik Shaklee  ini mengandungi herba asli pudina, halia, jintan hitam dan jintan manis untuk memberikan rasa yang nyaman dan melegakan. Tablet ini juga boleh dihancurkan dan dicampur dengan air panas serta diminum sebagai minuman herba yang menyegarkan.

Fungsi bahan-bahan utama yang terdapat dalam tablet Peppermint Ginger Plus adalah seperti berikut:

  • Daun Pudina – melegakan otot perut, membantu dalam penghadaman, mengurangkan mabuk laut atau mabuk darat, pedih hulu hati dan cirit birit. Juga mampu melegakan kesan-kesan sampingan seperti muntah dan hilang selera makan.
  • Halia – merangsang rembesan enzim untuk mencernakan makanan, melegakan ketidakselesaan perut dan usus.
  • Jintan hitam – menghilangkan kembung perut dan membantu masalah saluran usus.
  • Jintan manis – membantu mengatasi masalah ketidakhadaman dan melawaskan perut.

Energizing Soy Protein (ESP)

Bahan kedua dalam set gastrik Shaklee pula adalah energizing soy protein (ESP) yang penting dalam:

  • Membantu dalam meneutralkan keasidan dalam perut kerana protein yang bersifat alkali.
  • Mengandungi 20 jenis asid amino lengkap yang membantu membina sel-sel baru dan menggantikan sel lama yang rosak akibat hakisan asid hidroklorik pada perut semasa proses pencernaan.

Ostematrix 

  • Lengkap dengan kalsium, magnesium dan vitamin D yang bersifat alkali yang dapat membantu mengurangkan keasidan dalam perut.
  • Mengurangkan rasa pedih hulu hati dengan cara meneutralkan asid yang memasuki esofagus.

B-complex 

Bahan seterusnya yang ada didalam set gastrik Shaklee adalah B-complex yang sangat penting dalam:

  • Membantu dalam proses sintesis DNA, menguruskan tekanan dan membina tenaga dalam proses metabolisme.
  • Mengandungi kesemua 8 jenis vitamin B yang diperlukan oleh tubuh bagi menggantikan nutrisi vitamin B yang hilang dari badan setiap hari akibat tekanan. 

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan set gastrik Shaklee. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Kebaikan Probiotik – Manfaat Yang Anda Tak Tahu - […] Baca Juga : Set Gastrik Shaklee – Sesuai Atau Tidak Untuk Anda? […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *