Ubat Gastrik Angin di Farmasi – Ubat Mana Sesuai Untuk Anda?

Ubat Gastrik

Ubat gastrik angin di farmasi yang macam mana sesuai dengan anda? Sebelum anda mula mencari ubat gastrik angin di farmasi, rasanya lebih baik anda tahu dengan lebih mendalam terlebih dahulu mengenai jenis gastrik termasuklah gastrik angin.

Seperti yang diketahui umum, masalah gastrik angin atau terma perubatannya gejala gastrik sering dialami oleh kebanyakan individu, terutamanya warga tua. Gastrik angin atau gastrik merupakan sejenis keradangan yang timbul akibat daripada beberapa faktor yang menyebabkan lapisan perlindungan dinding perut menjadi lemah dan terdedah kepada kerengsaan dan hakisan asid pencernaan. 

Ubat Gastrik Angin di Farmasi

Salah satu gejala popular gastrik adalah pedih ulu hati atau refluks asid. Kebanyakan individu akan mengalami gejala-gejala ini sekurang-kurangnya sekali dalam seumur hidup mereka. Justeru, apabila hal ini berlaku, sudah pasti akan menimbulkan ketidakselesaan kepada individu yang mengalami gejala pedih ulu hati atau refluks asid ini. 

Apabila gejala ini datang, hal pertama yang akan dilakukan adalah cuba untuk melegakan rasa panas terbakar dalam perut dan dada itu. Jadi, sebagai langkah awal, terdapat beberapa jenis ubat-ubatan yang boleh didapati di mana-mana kaunter farmasi bagi melegakan simptom gastrik ini. Ubat-ubatan ini bolehlah diletakkan di rumah sebagai persediaan menghadapi serangan gastrik. 

Baca Juga : Sakit Gastrik – Ia Mampu Menjadi Lebih Parah

Jenis Ubat Gastrik Angin di Farmasi

  1. Magnesium trisilicate (MMT)
Ubat Gastrik Angin di Farmasi

Ubat gastrik angin di farmasi ini merupakan salah satu jenis ubat antasid. Antasid bermaksud melawan sifat asid. Ubat ini selalunya dalam bentuk sirap dan diambil secara oral serta bersifat alkali. Apabila serangan gastrik berlaku, asid yang terdapat dalam perut adalah sangat tinggi. Dengan menggunakan ubat ini, anda akan dapat meneutralkan asid dalam perut secara serta merta dan pedih ulu hati sepatutnya akan hilang dengan cepat apabila makan ubat ini. Setelah diambil, ubat ini akan menunjukkan keberkesanannya dalam tempoh 15-20 minit.

Namun, jika pedih ulu hati yang anda rasakan tidak kurang dengan serta merta, maka anda dinasihatkan untuk pergi berjumpa doktor kerana simptom pedih ulu hati yang anda rasakan mungkin disebabkan oleh  penyakit lain seperti serangan sakit jantung, batu hempedu dan ulser pada perut dan bukan disebabkan oleh gastrik. Terdapat antasid yang berupa jenis ubat yang lain seperti aluminum hydroxide dan  magnesium hydroxide. Anda juga boleh mengambil gaviscon yang fungsinya sama seperti ubat MMT bagi menutralkan asid dalam perut.

  1. Omeprazole

Omeprazole merupakan ubat gastrik angin di farmasi dari jenis perencat pam proton atau proton pump inhibitor (PPI). Ia berfungsi untuk merencat penghasilan asid secara berlebihan dalam perut. Oleh itu, jika anda ingin mengelakkan gejala serangan gastrik, anda perlulah mengambil ubat ini. Ubat yang sama jenis dan fungsi seperti ubat omeprazole adalah Pantoprazole dan Esomeprazole.

Kesimpulan Ubat Gastrik Angin di Farmasi

Sekiranya serangan gastrik atau gastrik angin itu sedang berlaku, penghidap gastrik mestilah mengambil ubat jenis antasid iaitu magnesium trisilicate (MMT) terlebih dahulu untuk meneutralkan asid dalam perut supaya gejala gastrik seperti pedih ulu hati itu menghilang. Setelah gejala gastrik atau gastrik angin iaitu pedih ulu hati itu hilang, barulah anda dikehendaki untuk mengambil ubat omeprazole bagi mengelakkan daripada gejala gastrik angin itu menyerang semula dan mendatangkan ketidakselesaan pada perut dan abdomen anda.

Selain itu, anda juga dinasihatkan untuk berjumpa dengan doktor jika gejala gastrik kerap terjadi kerana kebarangkalian anda menghidapi gastrik jenis kronik boleh berlaku. Salah satu punca gastrik jenis kronik adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria H. pylori yang menjadi punca kepada keradangan pada lapisan dinding perut. Apabila hal ini berlaku, maka anda memerlukan rejimen rawatan yang lain tergantung kepada diagnosis yang dilakukan oleh doktor anda.

Baca Juga : Cara Tidur Pesakit Gastrik – Jaga Posisi dan Postur

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan ubat gastrik angin di farmasi. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *