Ada ke resepi makanan untuk pesakit gastrik?
Adakah anda menderita keradangan pada lapisan dinding perut?
Sama ada disebabkan kes keracunan makanan, gastrik, masalah sakit perut yang berterusan seperti ulser atau mungkin jangkitan H.Pylori jangka panjang.
Baca Juga : Punca Gastrik – Derita Dalam Diam Tanpa Anda Sedari
Sebenarnya, agak sukar untuk menavigasi pilihan makanan bagi penghidap gastrik atau individu yang menderita keradangan pada lapisan dinding perut.
Akan tetapi, terdapat beberapa peraturan yang harus dipatuhi bagi mengelakkan masalah-masalah tersebut daripada merumitkan kehidupan seharian anda.
Resepi makanan untuk pesakit gastrik yang bakal kami kongsikan ini sangat sesuai untuk anda yang menghadapi masalah gastrik.
Daging yang diproses pasti akan mendatangkan tindak balas iritasi pada lapisan perut yang sudah tersedia sakit.
Pengambilan daging merah haruslah berada pada tahap minimum.
Begitu juga dengan pelbagai penambah rasa tiruan, gula atau makanan berlemak dan bergoreng.
Perut anda (dan tahap pH gastrik) memerlukan beberapa bulan untuk kembali ke paras normal setelah melalui fasa jangkitan yang serius.
Selama tempoh ini, anda perlu mengambil makanan yang agak tawar dan berdisiplin dalam mematuhi peraturan tentang pengambilan makanan yang harus dimakan atau mesti dielakkan.
Berikut adalah beberapa petua untuk setiap hidangan, ditambah dengan beberapa resipi untuk memberi inspirasi tambahan kepada anda.
Baca Juga : Makanan Untuk Gastrik – Apa Yang Terbaik dan Terburuk
Resepi makanan untuk pesakit gastrik – Sarapan gastrik
- Pilihan terbaik anda pada waktu pagi adalah dengan mengambil beberapa keping roti bakar (tanpa mentega) dengan beberapa biji pisang atau semangkuk oat bersama beberapa biji pisang, tetapi dengan susu tanpa laktosa atau susu rendah lemak.
- Masukkan pisang, epal dan pir ke dalam sajian oat anda
- Hidangan dalam kuantiti kecil semasa sarapan dan sepanjang hari adalah yang terbaik.
- Anda boleh mula menambahkan sayur-sayuran berdaun seperti bayam, serta aprikot dan telur sebaik sahaja anda boleh menikmati makan roti gandum penuh dibakar dan oat tanpa rasa jemu.
- Cuba elakkan pemanis tambahan seperti gula atau madu pada permulaan rejimen diet sihat anda semasa anda berada dalam tempoh bertenang.
- Sangat penting untuk mengelakkan makanan yang berminyak dan berlemak. Itu termasuklah daging salami (bakon), daging yang dimakan waktu sarapan pagi seperti sosej atau apa-apa sahaja makanan yang digoreng.
- Minum air sebelum anda memulakan sarapan atau selepas menikmati sarapan anda, bukan semasa anda sedang makan
- Jauhkan diri anda daripada mengambil sebarang jus, kopi atau teh pada waktu ini.
- Sebaik sahaja anda berjaya memberi kelegaan pada perut anda, anda boleh mencuba beberapa resipi sarapan usus sihat kami yang penuh dengan prebiotik, probiotik, serat, bijirin dan polifenol kerana sifat antioksidan dan anti keradangannya bertindak memberi penyembuhan kepada perut dan usus.
Resepi makanan untuk pesakit gastrik – Makanan ringan
- Teruskan pengambilan buah-buahan seperti pisang, pir dan epal,
- Cuba untuk memperbanyak jumlah hidangan berskala kecil seperti sarapan, minum pagi, makan tengah hari, minum petang dan makan malam yang mana kuantiti makanan dalam setiap hidangan adalah sedikit.
- Ambillah makanan yang memberi efek tenang kepada diri anda tetapi tinggi dengan kandungan fiber atau serat.
- Saderi dan lobak merah
- Kranberi sangat baik kerana kandungan flavonoidnya yang tinggi.
- Ambil keju rendah lemak hanya setelah anda menjalani diet asas (keju cheddar adalah pilihan yang baik)
- Yoghurt (rendah gula dan lemak) setelah anda berada pada landasan yang betul akan membantu memastikan kesihatan usus anda.
- Beberapa resipi makanan ringan untuk kesihatan usus boleh didapati di sini.
- Elakkan coklat, gula-gula, minuman ringan, makanan berasaskan bakeri, makanan yang dibungkus, biskut dan kerepek.
Resepi makanan untuk pesakit gastrik – Makan Tengahari & Makan Malam
- Nasi daripada beras perang, barli dan roti gandum adalah makanan ruji anda.
- Sup ayam atau sup mi adalah idea yang bagus pada permulaan diet sihat ini. Masukkan lobak merah, saderi dan herba ke dalam sup anda.
- Daging tanpa lemak seperti ayam belanda dan ayam, serta ikan adalah protein utama anda. Sebahagian individu mengalami tindakbalas intoleransi atau kesan sampingan terhadap terlalu banyak pengambilan protein semasa fasa awal keradangan perut, jadi bersabarlah sebelum anda mengambil protein yang lain sehingga tahap pH perut anda kembali normal.
- Pastikan anda tidak menambah krim yang tinggi kandungan lemak kedalam sup anda.
- Ambil sayuran hijau berdaun bersama semua makanan anda seperti bayam, dan salad daun roket.
- Sekiranya anda seorang vegetarian, anda boleh makan tofu dan sayuran hijau.
- Kekacang juga sangat bagus untuk dimasukkan kedalam diet kerana manfaatnya sebaik brokoli dan brokolini.
- Perkenalkanlah pelbagai sayuran yang kaya dengan serat, berwarna terang dan berwarna-warni dalam makanan, lentil dan kacang polong, serta semua pilihan sayuran yang kaya serat adalah baik untuk kesejahteraan usus.
- Rangkaian resipi usus sihat kami untuk makan tengah hari dan makan malam telah dirancang berdasarkan ramuan prebiotik, probiotik, serat, gandum penuh dan polifenol. Semua makanan ini bersifat anti radang, antioksidan dan membantu dalam penyembuhan dan memelihara perut dan usus yang sihat
- Katakan tidak pada akohol!
- Sebagai peringatan, minumlah air sebelum dan selepas anda makan, bukan ketika anda sedang makan.
- Jarakkan waktu makan malam dengan waktu tidur anda untuk membantu sistem pencernaan anda.
Begitulah antara apa yang boleh kami kongsikan dengan anda mengenai resepi makanan untuk pesakit gastrik.
Semoga perkongsian ini memberikan manfaat buat anda semua.
Anda juga boleh baca satu lagi resepi terbaik untuk memastikan kesihatan perut anda lebih terpelihara.
RAWATAN ALTERNATIF
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan cara hilangkan gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks