Ramai yang selalu sebut probiotik untuk gastrik. Namun, apa sebenarnya probiotik untuk gastrik ini? Umum sedia maklum, penyakit gastrik yang disebut-sebut itu adalah bahasa orang awam. Menurut istilah perubatan, gastrik itu asalnya daripada kata gastro yang memberi maksud perut. Manakala itis bermaksud sakit.
Jadinya, jika digabungkan kedua-dua perkataan ini, terma gastritis akan muncul yang bermaksud keradangan atau kesakitan yang berlaku pada perut. Dah faham setakat ni? Lepas ni, bolehlah anda menggunakan istilah yang betul untuk menyatakan penyakit anda kepada doktor.
Bukan apa, nampaklah sikit yang anda ini upgrade ilmu anda bab ni. Sebab, masalah gastrik ini terlalu biasa dalam kalangan rakyat Malaysia. So, betulkan yang biasa, biasakan yang betul.
Punca Gastrik dan Gejala Gastrik
Jika anda ingin merawat masalah gastrik, sebab-musabab kepada terjadinya gastrik itu mestilah dikenalpasti dan barulah anda boleh faham mengenai probiotik untuk gastrik. Terdapat banyak punca yang menyumbang kepada gastrik ini. Pertama, jangkitan bakteria H.pylori. Bakteria ini menjangkiti manusia melalui persekitaran atau pemakanan yang tidak bersih.
Kedua, penggunaan ubat-ubatan NSAIDS atau ubat tahan sakit secara berpanjangan. Dan yang ketiga, penyalahgunaan alkohol. Namun, daripada ketiga-tiga punca ini, kita ingin mengupas lebih lanjut tentang penyebab gastrik secara jangkitan. Gastrik secara jangkitan bakteria H.pylori merupakan punca yang paling meluas yang berlaku di seluruh dunia.
Jadi, apa yang power sangat tentang bakteria H.pylori ni? Sampaikan kebanyakan manusia menghidap gastrik disebabkannya? Mari kita kaji lebih dalam lagi.
Bakteria H.pylori dan Probiotik Untuk Gastrik
Bakteria H.pylori ini boleh menjangkiti manusia tanpa mereka sedari. Setelah berjaya memasuki tubuh manusia, bakteria ini akan membuat kubu dalam perut manusia. Ia akan hidup dan membiak pada dinding perut dan berkenduri-kendara tanpa perlu patuh SOP.
Perkara ini akan berlaku secara berlanjutan tanpa anda sedari akan kewujudannya selama berbulan-bulan atau bahkan bertahun-tahun. Sementelah bersuka-ria dalam perut manusia, bakteria ini merembeskan sejenis bahan kimia yang melemahkan lapisan pelindung dinding perut.
Maka, dinding perut yang malang tadi akan terdedah dengan asid pencernaan yang akan menghakis dinding perut dan menyebabkan keradangan berlaku. Haa, keradangan inilah yang menimbulkan gejala gastrik seperti:
- Kekembungan
- Rasa sengkak atau cepat kenyang
- Kerap sendawa
- Rasa pedih atau terbakar dalam dada
Baca Juga : Susu Untuk Gastrik – Apa Yang Paling Sesuai Untuk Anda?
Probiotik Untuk Gastrik Sebagai Hero Penyelamat
Sehebat mana pun bakteria ini bermaharajalela dalam perut manusia membuat kerosakan, akan muncul adiwira penyelamat yang akan mengalahkan antagonis ini.
Bak kata pepatah, bertemu buku dengan ruas. Bakteria lawan bakteria. Eh. Kan bakteria semuanya jahat? Jawapannya tidak. Tak semua bakteria yang wujud itu jahat.
Ada bakteria baik yang hidup dalam tubuh manusia yang mewujudkan keseimbangan kimia dalam tubuh manusia. Bagai aur dengan tebing, bakteria ini hidup dalam tubuh manusia mewujudkan hubungan simbiosis yakni kerjasama menang-menang antara hos dan tetamu.
Bakteria baik membantu meningkatkan kesihatan manusia manakala manusia memberikan tempat tinggal dan makanan kepada bakteria itu. Mari kita berkenalan dengan bakteria baik tersebut. Ia dipanggil probiotik.
Probiotik terdiri daripada beberapa jenis bakteria termasuklah Lactobacillus dan Bifidobacteria. Masing-masing mempunya tugas tersendiri terhadap tubuh badan manusia. Lactobacillus memastikan tubuh manusia sentiasa lebih sihat. Bifidobacteria pula membantu mewujudkan sistem pencernaan yang lebih sihat.
Probiotik Untuk Gastrik – Melemahkan Kolonisasi Bakteria H.pylori
Pengambilan makanan yang mengandungi probiotik akan memperkenalkan bakteria baik ke dalam tubuh manusia. Probiotik untuk gastrik ini akan bertindak melawan bakteria H.pylori yang merupakan bajingan penyebab gastrik. Apabila bakteria H.pylori berjaya dilemahkan, punca kepada berlakunya gastrik akan berkurang maka segala gejala yang timbul akan menjadi terkawal. Hebat, bukan?
Probiotik dalam Diet
Mesti ramai yang dah tak sabar nak cuba ambil probiotik lepas baca artikel ini, kan? Haa, di sini kita senaraikan sumber makanan dan minuman yang mengandungi probiotik. Probiotik untuk gastrik boleh didapati dalam makanan dan minuman seperti:
- Yogurt
- Kefir
- Sauerkraut
- Tempe
- Kimchi
- Miso
- Kombucha
- Makanan yang dijeruk
Lepas ni, boleh la kita jual produk berasaskan probiotik ni. Mesti laku kan? Almaklumlah, rakyat Malaysia sangat gemarkan makanan. Dapat minum air yogurt sejuk tengah panas terik ni mesti best kan?
Baca Juga : Gastrik Minum Susu – Punca, Simptom & Rawatan
Rawatan Alternatif
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan probiotik untuk gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks