Gastrik Minum Susu – Punca, Simptom & Rawatan

Gastrik

Selalu dengar orang cakap gastrik minum susu? Betul ke ia boleh menyebabkan gastrik? Sekiranya anda mengalami kerengsaan atau ketidakselesaan gastrointestinal setelah makan sebarang produk tenusu, anda mungkin mengalami suatu keadaan tidak toleran terhadap susu atau laktosa. Intoleransi terhadap susu bermaksud sistem pencernaan anda menghadapi masalah memproses produk tenusu seperti susu, telur dan keju. 

Gastrik minum susu juga boleh berlaku jika anda mengalami intoleransi terhadap susu. Gastrik adalah keadaan di mana lapisan perut anda mengalami keradangan. Mencari rawatan dan mengelakkan makanan yang mencetuskan kedua-dua keadaan akan dapat membantu anda untuk mempunyai sistem pencernaan yang sihat.

Intoleransi Terhadap Produk Tenusu

Intoleransi terhadap susu atau laktosa adalah keadaan yang biasa dan kira-kira 30 juta orang dewasa mengalami masalah tidak toleran terhadap laktosa pada usia 20-an. Intoleransi terhadap produk tenusu berlaku apabila usus kecil anda gagal untuk menghasilkan laktase yang secukupnya, iaitu sejenis enzim pencernaan yang membantu dalam penyerapan makanan. Gejala yang mungkin dialami sekiranya tidak toleran terhadap susu termasuklah kerap kentut, loya, cirit-birit, kekejangan perut dan rasa kembung. Antara yang menjadi penyebab intoleransi terhadap susu adalah jangkitan usus, penyakit usus dan keadaan saluran gastrointestinal lain termasuklah gastrik.

Gastrik Minum Susu

Anda mungkin mendapati bahawa gastrik minum susu anda tercetus semasa anda menggunakan produk tenusu tertentu terutamanya susu lembu, menurut Drugs.com. Anda akan cenderung untuk menghidapi gejala gastrik akut jika anda mempunyai intoleransi terhadap produk tenusu yang serius. Gastrik berlaku apabila lapisan pelindung dinding perut anda terganggu atau mengalami kerosakan. gastrik juga boleh dicetuskan oleh banyak perkara selain daripada intoleransi terhadap produk tenusu seperti jangkitan bakteria, tekanan dan penyakit refluks hempedu, menurut MayoClinic.com. Gejala-gejala gastrik termasuklah gangguan pencernaan, muntah dan terasa sengkak di perut selepas makan.

Komplikasi Gastrik Minum Susu

Walaupun intoleransi terhadap susu dan gastrik sering menjadi keadaan yang dapat dikawal atau dielakkan, beberapa komplikasi masih boleh terjadi. Komplikasi yang umum antaranya adalah dehidrasi sekiranya anda mempunyai intoleransi terhadap produk tenusu dan dalam masa yang sama menghidap gastrik. Keadaan ini boleh berlaku disebabkan oleh muntah-muntah dan kehilangan elektrolit dan cecair melalui cirit-birit. Sekiranya anda muntah setiap kali selepas makan atau anda melihat terdapat darah dalam muntah atau najis anda, segeralah dapatkan rawatan perubatan. Intoleransi terhadap susu juga boleh menyebabkan penurunan berat badan dan kekurangan kalsium. Anda mungkin akan mengalami penurunan berat badan jika anda mengambil kalori kurang daripada yang disarankan kepada anda setiap hari kerana merasa mual atau kembung serta cirit-birit akibat pengambilan susu. Anda turut boleh mengalami masalah kekurangan kalsium dalam tubuh anda jika anda mengelakkan produk tenusu secara konsisten dari semasa ke semasa.

Penyelesaian Gastrik Minum Susu

Anda masih boleh mengawal kadar intoleransi terhadap produk tenusu yang anda alami dengan menerapkan penggantian soya atau produk bukan tenusu sebagai ganti produk tenusu secara keseluruhannya. Pengambilan suplemen kalsium juga boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko anda kehilangan jisim tulang, terutamanya jika anda berisiko mendapat osteoporosis atau masalah kerapuhan tulang akibat kekurangan kalsium. Oleh sebab gejala gastrik adalah hampir serupa dengan gejala intoleransi terhadap susu, rujuklah kepada doktor anda untuk mendapatkan diagnosis yang tepat. Menurunkan tahap tekanan pada tubuh, mengelakkan pengambilan sebarang jenis makanan pedas dan mengambil antasid apabila merasakan adanya simptom akan dapat membantu anda dalam mengurangkan episod serangan gastrik, jelas MedlinePlus.

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan gastrik minum susu. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Probiotik Untuk Gastrik – Semua Yang Anda Perlu Tahu - […] Baca Juga : Gastrik Minum Susu – Punca, Simptom & Rawatan […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *