Gastrik Angin Dalam Badan – Punca, SImptom & Rawatan

Gastrik

Gastrik angin dalam badan ni sebenarnya macam mana? Kalau kita di Malaysia ni kan, ada banyak sangat terma yang kita gunakan untuk merujuk kepada masalah gastrik. Salah satunya adalah gastrik angin dalam badan. Gastrik angin sebenarnya merujuk kepada masalah perut yang berangin. Menurut terma perubatan pula, gastrik bermaksud perut manakala sakit disebut sebagai ‘itis’. Jadi, istilah yang paling tepat untuk gastrik angin ini ialah gastritis.

Walaubagaimanapun, frasa gastrik angin dalam badan ini telah diterima baik dalam masyarakat Malaysia. Justeru, bagi mengelakkan sebarang salah faham dan kekeliruan dalam kalangan orang awam, maka para doktor turut menggunakan terma gastrik angin ketika memberi konsultasi kesihatan.

Apa Sebenarnya Gastrik Angin Dalam Badan?

Gastrik angin dalam badan atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dalam perut apabila terjadinya kerosakan terhadap lapisan pelindung perut yang membenarkan asid pencernaan menghakis dinding perut dan menyebabkan keradangan.

Fungsi normal perut adalah untuk menghasilkan asid (jus pencernaan) yang berfungsi untuk mencerna makananan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.

Namun, disebabkan tahap keasidan dalam perut tinggi, maka terdapat satu mekanisme yang terbentuk yang melindungi dinding perut daripada dicerna oleh asid perut yang disebut sebagai mekanisme perlindungan.

Ia berperanan untuk melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis dek asid hidroklorik dalam perut. Mekanisme perlindungan ini akan menghasilkan sejenis lapisan cecair atau mukosa yang menjadi penghalang (lapisan pelindung) kepada asid daripada mengenai dinding perut dan mencederakannya. Justeru, sekiranya anda mengalami masalah gastrik angin, ini bermakna terdapat suatu bentuk gangguan yang telah melemahkan lapisan perlindungan dinding perut ini.

Jenis-jenis Gastrik Angin Dalam Badan

Terdapat tiga jenis gastrik angin yang boleh dikenalpasti:

  • Gastritis akut: Terdapat keradangan atau pembengkakan yang disebabkan iritasi pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan.
  • Gastritis kronik: Berlaku kecederaan seperti luka pada bahagian lapisan perut yang bersentuhan dengan makanan, lalu menyebabkan gastritis kronik.
  • Ulser gastrik (ulser peptik): Satu masalah ulser(bisul) pada perut. Terdapat darah yang boleh dikesan dalam analisis muntah atau najis.

Faktor Gastrik Angin

Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan gastrik angin atau gastritis ini terjadi. Ini termasuklah:

Jangkitan bakteria Helicobacter pylori: Bakteria ini boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang tercemar atau melalui kontak antara seseorang individu dengnan individu yang lain. Bakteria ini akan bergerak masuk ke lapisan mukosa yang melindungi dinding perut. Apabila berjaya melepasi lapisan ini, bakteria H.pylori akan bersarang di dinding perut dan menghasilkan bahan kimia yang boleh menghakis lapisan perlindungan dalam perut, lalu mengakibatkan rasa pedih dan sakit pada perut.

Pengambilan ubat NSAID (tahan sakit): NSAID adalah ubat anti-radang bukan steroid. Ia merupakan sejenis ubat tahan sakit yang sering diberi doktor untuk individu dengan masalah sakit sendi atau sakit otot kerana ia berfungsi menghalang pembentukan prostaglandin yang mengakibatkan rasa sakit dalam badan. 

Namun, prostaglandin juga diperlukan untuk penghasilan mukosa yang melindungi dinding perut. Pengambilan ubat ini secara berterusan merencatkan penghasilan mukosa yang menyebabkan lapisan perlindungan menjadi lemah seterusnya mengakibatkan keradangan perut.

Stres atau tekanan yang berat pada tubuh: Gastrik angin juga boleh berlaku apabila terdapat tekanan yang berat yang membebani tubuh. Antara penyebabnya seperti pembedahan besar yang dilalui atau sebarang kecederaan teruk yang boleh merangsang penghasilan asid yang tinggi dalam perut.

Pengambilan alkohol berlebihan: Minuman beralkohol dipercayai mampu mendatangkan kerengsaan dan menghakis dinding perut, sekali gus menyebabkannya terdedah kepada asid.

Antara punca lain kenapa gastritis boleh berlaku adalah kerana:

  • Tindak balas dengan makanan atau ubat
  • Tindak balas dengan bahan kimia
  • Merokok
  • Peningkatan usia

Gejala Umum Gastrik Angin

Terdapat beberapa simptom yang memberi petanda bahawa anda sedang mengalami gastrk. Antara gejalanya adalah:

  • Senak perut
  • Pedih ulu hati
  • Hilang selera makan
  • Perut kembung
  • Loya dan muntah
  • Badan berasa lemah dan lesu
  • Kerap sendawa berulang kali
  • Sering kentut
  • Najis berwarna hitam (simptom gastritis yang kronik)

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan gastrik angin dalam badan. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tanda-tanda Gastrik – Rawat Sebelum Parah - PremierAlpha - […] Baca Juga : Gastrik Angin Dalam Badan – Punca, SImptom & Rawatan […]
  2. Tanda-tanda Gastrik – Rawat Sebelum Parah - […] Baca Juga : Gastrik Angin Dalam Badan – Punca, SImptom & Rawatan […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *