Gastrik Sesak Nafas – Punca & Simptom lain

Gastrik

Gastrik sesak nafas biasanya berlaku disebabkan oleh asid refluks. Asid refluks pula berlaku apabila asid pencernaan merembes keluar dari perut dan memasuki esofagus. asid refluks yang jarang berlaku dan tidak kerap biasanya tidak perlu diberi perhatian. 

Namun begitu, sekiranya corak asid refluks yang terjadi dengan kerap mungkin merupakan tanda penyakit refluks gastroesofageal yang merupakan masalah pencernaan kronik yang boleh menyebabkan pelbagai komplikasi perubatan seperti berlakunya gastrik sesak nafas.

Kadangkala, asid refluks berlaku serentak dengan kesukaran untuk bernafas. Dalam beberapa kes yang lain, asid refluks merupakan penyebab kepada berlakunya kesukaran pernafasan. Inilah penyebab utama berlakunya gastrik sesak nafas.

Individu yang mempunyai penyakit gastroesophageal reflux (GERD) mungkin berisiko tinggi mengalami penyakit asma atau keadaan pernafasan lain.

Artikel ini akan menerangkan kaitan antara asid refluks dan gastrik sesak nafas, menggariskan beberapa gejala asid refluks dan menyenaraikan pilihan rawatan yang sedia ada.

Apa Kaitan Asid Refluks dan Gastrik Sesak Nafas?

Asid refluks berlaku apabila asid dari perut merembes ke esofagus. Apabila situasi ini berlaku, asid dapat merengsakan saluran pernafasan yang menyebabkannya menjadi bengkak. Situasi ini boleh menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan gastrik sesak nafas kerana saluran udara yang membengkak tadi menjadi sempit untuk udara melaluinya.

Kaitan Antara Gastrik Sesak Nafas dan Asma

Asid refluks dan rasa sesak nafas sering berlaku seiringan. Penyelidik juga telah mengenal pasti hubungan antara GERD dan asma. Kajian pada tahun 2019 menganggarkan bahawa terdapat hubungan dua arah antara GERD dan asma. Ini bermaksud bahawa individu yang menghidap GERD mungkin lebih cenderung menghidap asma manakala individu yang menghidap asma lebih cenderung untuk mengalami GERD.

Satu kajian pada tahun 2015 menganggarkan bahawa sehingga 89% penghidap asma juga mengalami gejala GERD. Ini disebabkan interaksi yang berlaku antara asid dan saluran udara. Asid di kerongkongan menghantar isyarat amaran ke otak, yang memicu saluran udara untuk bertindak balas dengan menjadi bengkak. Ini seterusnya mencetuskan gejala asma apabila udara sukar untuk melalui saluran pernafasan yang membengkak dan menjadi sempit.

Dalam kes asma yang berkaitan dengan GERD, merawat gejala GERD dapat membantu mengurangkan gejala asma sekaligus mengurangkan masalah gastrik sesak nafas.

Selain itu, pada tahun 2016 juga mendapati, asma juga boleh mencetuskan GERD. Semasa serangan asma, saluran udara menjadi sempit, menyebabkan tekanan pada esofagus. Tekanan yang meningkat ini dapat mendorong asid untuk bocor dan merembes ke kerongkongan.

Agak sukar untuk mengetahui sama ada gejala yang dihadapi oleh seseorang itu adalah akibat asma atau GERD. Sebagai contoh, kajian kes 2015 dari Trusted Source ada menyatakan bahawa gejala GERD yang tipikal seperti kerap sendawa dan sesak nafas kadang-kadang merupakan tanda-tanda penyakit asma. Penulis kajian ini menekankan bahawa pentingnya diagnosis menyeluruh dalam setiap kes.

Gejala Lain Selain Asid Refluks dan Gastrik Sesak Nafas

Seseorang yang mengalami asid refluks atau GERD kemungkinan akan mengalami gejala tambahan, seperti:

  • regurgitasi, di mana asid kembali ke mulut, menyebabkan rasa panas seperti terbakar dan rasa masam
  • pedih ulu hati
  • senak
  • sakit dada
  • nafas berbunyi seperti berdecit
  • ketidakselesaan perut
  • tersedu-sedan yang berterusan
  • kembung
  • kerap sendawa
  • kesukaran menelan
  • sakit tekak
  • nafas berbau

Individu dengan gejala asma yang berkaitan dengan GERD juga mungkin menyedari bahawa kesukaran bernafas mereka malah akan meningkat pada waktu-waktu tertentu. Selalunya, ini berlaku semasa tidur atau selepas makan dalam kuantiti yang banyak.

Komplikasi Lain

Penyedutan asid perut secara tidak sengaja ke saluran udara dan dan termasuk ke paru-paru(disebut aspirasi) boleh memperburuk keadaan pernafasan seperti asma atau lebih parah lagi menyebabkan radang paru-paru selain daripada gastrik sesak nafas.

Ringkasan

Serangan asid refluks dan gastrik sesak nafas sebanyak sekali atau sesekali jarang menimbulkan kebimbangan. Walaubagaimanapun, sesiapa sahaja yang sering mengalami kombinasi gejala ini mungkin mempunyai penyakit gastroesophageal reflux (GERD) atau asma. Mereka haruslah berjumpa doktor untuk diagnosis penuh.

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan gastrik sesak nafas. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tanda-tanda Gastrik – Rawat Sebelum Parah - PremierAlpha - […] Baca Juga : Gastrik Sesak Nafas – Punca & Simptom Lain […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *