Tanda-tanda gastrik biasanya selalu terlepas pandang oleh mereka yang mengalaminya. Jadi, dalam perkongsian kali ini kami akan kongsikan mengenai tanda-tanda gastrik ini dengan anda.
Gastrik berasal daripada perkataan ‘gastro’ yang bermaksud perut dan ‘itis’ yang membawa maksud sakit. Jika dipandankan kedua-dua perkataan ini, gastrik bermaksud kesakitan pada perut. Justeru gastrik melalui definisi perubatannya bermaksud keradangan yang berlaku pada lapisan dinding perut. Keradangan yang berlaku mempunyai pelbagai punca.
Salah satunya ialah disebabkan penggunaan ubat tahan sakit atau ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) secara berterusan dalam jangka masa yang lama serta penyalahgunaan bahan-bahan seperti alkohol, kokain dan tembakau yang menyebabkan lapisan perliundungan yang menyelaputi dinding perut menjadi rosak seterusnya mendedahkan dinding perut kepada hakisan yang disebabkan oleh jus pencernaan atau asid perut.
Gejala Gastrik
Kebanyakan individu yang mengalami masalah gastrik tidak menunjukkan sebarang gejala. Terdapat dua jenis gastrik yang biasa dikenal pasti dihidapi oleh kebanyakan orang. Gastrik akut yang datang menyerang secara tiba-tiba dalam tempoh yang singkat atau gastrik kronik yang berkembang secara perlahan-lahan dalam tempoh yang lama.
Gejala gastrik akut biasanya akan menghilang tanpa memerlukan apa-apa rawatan manakala gastrik kronik pula memerlukan intervensi perubatan sekiranya punca gastrik tersebut adalah disebabkan oleh jangkitan bakteria.
Baca Juga : Gastrik Sesak Nafas – Punca & Simptom Lain
Tanda-Tanda Gastrik – Kesan Gastrik
Gastrik juga didapati boleh boleh menjadi punca kepada berlakunya dispepsia atau boleh juga dikenali sebagai gangguan pencernaan yang merujuk kepada ketidakselesaan atau kesakitan yang berlaku di bahagian atas perut, terutamanya setelah makan atau minum.
Rasa sakit di perut bahagian atas (perut) dan tepat di bawah tulang dada (sternum) adalah gejala yang biasa bagi penghidap gastrik. Rasa sakit itu biasanya datang dan pergi. Situasi ini mungkin akan reda jika anda mengambil tablet antasid. Kadang-kadang, pengambilan makanan juga akan membuatkan kesakitan yang dirasakan menjadi lebih teruk. Kesakitan yang dialami juga boleh menyebabkan anda terjaga dari tidur.
Gejala gastrik lain yang mungkin berlaku termasuklah:
- Rasa senak pada bahagian atas perut terutamanya selepas makan.
- Rasa sakit yang menggigit atau rasa yang panas seperti terbakar dalam perut
- Kesakitan dan ketidakselesaan perut yang kerap atau berpanjangan
- Rasa kenyang selepas makan walaupun kuantitinya sangat sedikit
- Rasa sengkak seperti perut penuh
Gejala gastrik yang teruk pula termasuklah:
- Sesak nafas
- Sakit dada
- Muntah yang mengandungi darah
- Sakit perut yang teruk
- Kentut yang berbau busuk
- Pergerakan usus atau najis yang berbau busuk
Tanggapan bahawa sakit perut yang kerap merupakan tanda gastrik adalah suatu andaian yang agak menyimpang. Hal ini kerana rasa sakit yang dirasakan mungkin terjadi disebabkan oleh pelbagai perkara yang lain, seperti dispepsia bukan ulser, ulser duodenum, ulser perut atau sindrom iritasi usus yang masing-masing menunjukkan gejala yang hampir sama dengan gastrik.
Baca Juga : Gastrik Angin Dalam Badan – Punca, SImptom & Rawatan
Segera berjumpa dengan doktor anda sekiranya anda mengalami tanda-tanda gastrik ini:
- Anda mengalami rasa sakit yang teruk di perut atau bahagian abdomen atau merasa tidak sihat.
- Anda mengalami kesakitan atau gejala gangguan pencernaan yang anda alami berlanjutan selama lebih dari seminggu.
- gastrik bermula selepas anda mengambil sebarang ubat terutamanya ubat tahan sakit bukan steroid (NSAID) secara preskripsi atau over-the-counter (OTC).
- Anda memuntahkan darah atau warna muntah anda seperti kopi yang kehitam-hitaman.
- Anda mengeluarkan muntah berwarna kekuningan atau kehijauan dengan kuantiti yang banyak.
- Anda mempunyai darah dalam tinja (najis). Pendarahan dari perut anda boleh membuatkan najis anda kelihatan hitam.
Rawatan Alternatif
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan tanda-tanda gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks