Makanan Probiotik – Diet Paling Sesuai Untuk Gastrik

Probiotik

Makanan probiotik elok ke untuk mereka yang menghidap gastrik? Seperti yang kita sedia maklum, penghidap gastrik mestilah berhati-hati dalam pengambilan sebarang diet. Iya lah, kalau tidak berhati-hati, tak semena-mena gastrik datang menyerang.

Makanan Probiotik

Jadi, baiklah kita berhati-hati dalam memilih diet harian untuk tidak mencetuskan gejala gastrik. Antara makanan yang disyorkan untuk penghidap gastrik adalah makanan yang mengandungi probiotik. Uishh. Canggih betul bunyinya. Ala-ala bionik gitu.

Kelebihan Makanan Probiotik

Probiotik ini terdiri daripada beberapa jenis mikroorganisma yang diambil bagi meningkatkan kesihatan tubuh badan manusia. Bakteria seperti Lactobacillus dan Bifidobacteria merupakan antara yang biasa dijumpai dalam makanan probiotik.

Lactobacillus berfungsi untuk meningkatkan tahap kesihatan manusia. Bifidobacteria pula bertindak menapai makanan dalam perut serta membantu proses pencernaan makanan. Hebat sungguh fungsi bakteria ni kan? Betullah kata pepatah, kecil-kecil cili padi.

Makanan Probiotik Untuk Mengatasi Gastrik

Sesiapa yang pernah menghidap gastrik mesti tahu akan terseksanya saat-saat sakit tu datang menyerang. Ada yang sampai berguling-guling. Ada yang dah tak kenal orang. Lagi dahsyat, ada yang makan penampar!

Jadi, untuk mengurangkan tahap keseriusan gejala gastrik ini, antara yang boleh dilakukan adalah dengan mengambil makanan atau minuman probiotik. Dengan mengambil diet berasaskan probiotik, anda sebenarnya sedang memperkenalkan tubuh badan anda dengan mikroorganisma baik ini.

Baca Juga : Susu Untuk Gastrik – Apa Yang Paling Sesuai Untuk Anda?

Kelebihan Probiotik Terhadap Tubuh

Penderita gastrik yang disebabkan oleh penganiayaan parasit H.pylori ini akan menerima banyak kebaikan daripada kehadiran probiotik dalam sistem pencernaan.

Nak tahu kenapa? Sebabnya, probiotik bertindak mengurangkan kolonisasi atau kebejatan bakteria H.pylori ini. Mereka akan menyerang bakteria jahat tersebut dan merampas kembali kawasan-kawasan yang telah dijajah oleh bakteria H.pylori ini.

Ini akan menyebabkan kekuasaan bakteria H.pylori akan berkurangan. So, diorang ni akan behave la sikit lepas kena sound dengan probiotik. Padan muka! Setelah probiotik menyerang H.pylori, keseimbangan mikrob dalam sistem tubuh akan kembali normal. 

Kesannya, gejala gastrik akan menjadi ringan. Namun, probiotik ini hanya membantu melemahkan kekuasaan bakteria H.pylori sahaja. Bukan menewaskan bakteria tersebut secara total. Hanya regimen antibiotik sahaja yang mampu membunuh bakteria H.pylori ini. Jadi, kalau anda mengalami gejala gastrik, anda perlu berjumpa dengan doktor.

Baca Juga : Gastrik Angin Sesak Nafas – Punca, SImptom & Rawatan

Minuman dan Makanan Probiotik

Di sini, kami akan senaraikan makanan dan minuman probiotik. Bukan apa, supaya memudahkan anda untuk mencari diet berasaskan probiotik. Taklah nanti terkebil-kebil bila orang sebut tentang probiotik. Sebab anda dah ada pengetahuan asas tentangnya. Ya, kan?

Makanan probiotik

  • Sauerkraut, sejenis makanan berasal dari China. Diperbuat daripada kobis yang dihiris dan diperam.
  • Acar, diperbuat daripada potongan buah-buahan atau sayur-sayuran yang dijeruk. Boleh dimakan terus atau dimasak dan dijadikan hidangan sampingan.
  • Miso, berasal dari Jepun adalah kacang soya yang diperam sehingga menjadi pes dan dicampur ke dalam pelbagai masakan.
  • Tempe, juga dari kacang soya yang diperam sehingga membentuk seperti blok kek yang boleh dipotong-potong. Sedap digoreng dan dicicah dengan sambal kicap. Yum!
  • Kimchi. Sayuran yang diperam. Makanan ini popular di Korea.
  • Roti masam. Roti yang diperbuat daripada campuran tepung dan air yang diperam yang mewujudkan tindakbalas seperti yis.

Minuman probiotik

  • Yogurt. Susu yang diperam.
  • Kefir. Minuman asal Rusia ini seperti yogurt. Ia diperam sebelum diminum.
  • Kombucha. Sejenis teh yang diperbuat dengan campuran yis dan bakteria. Di Malaysia, dikenali sebagai cendawan Mekah.

Sekarang kita dah sama-sama tahu sedikit sebanyak kebaikan probiotik untuk tubuh. Jenis-jenis makanan probiotik pun dah disenaraikan. Jadi, bolehlah diamalkan selepas ni.

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan makanan probiotik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Manfaat Madu Untuk Kesihatan YANG RAMAI TIDAK TAHU - […] BACA JUGA : Makanan Probiotik – Diet Paling Sesuai Untuk Gastrik […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *