Prebiotik – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Prebiotik

Prebiotik adalah sebatian dalam makanan yang mendorong pertumbuhan atau aktiviti mikroorganisma bermanfaat seperti bakteria dan kulat. Mungkin anda sendiri sudah kerap mendengar perkataan ini disebut namun tak tahu apa sebenarnya ia.

Beza Prebiotik dan Probiotik

Prebiotik

Anda jangan keliru dengan probiotik ya. Untuk lebih mudah faham, ia adalah makanan kepada probiotik. Probiotik pula adalah mikroorganisma atau bakteria baik yang diambil melalui pemakanan untuk meningkatkan kesihatan manusia.

Contoh yang paling biasa adalah pada saluran gastrousus, di mana ia dapat mengubah komposisi organisma dalam mikrobioma usus. Prebiotik pemakanan adalah sebatian serat yang tidak dicerna yang melewati saluran gastrointestinal dan akan merangsang pertumbuhan atau aktiviti bakteria bermanfaat.

Bakteria bermanfaat inilah yang dinamakan probiotik yang menjajah usus besar. Ia bertindak sebagai bahan makanan bagi mereka.  So, dah faham setakat ni?

Probiotik = bakteria baik

Prebiotik = makanan bakteria baik

Baca Juga : Beza Prebiotik dan Probiotik Yang Anda Perlu Tahu

Asal Usul Prebiotik

Mereka pertama kali dikenali dan diberi nama oleh Marcel Roberfroid pada tahun 1995. Dalam definisi awalnya, istilah ini merujuk kepada bahan makanan yang tidak dapat dicerna yang bermanfaat kepada bakteria tertentu di dalam usus besar. 

Hasil daripada penyelidikan lebih mendalam menunjukkan bahawa ia dapat mempengaruhi mikroorganisma di luar usus besar Jadi, pada tahun 2016 International Scientific Association for Probiotics and Prebiotics (ISAPP) menghasilkan definisi seperti berikut: 

“Substrat yang secara selektif digunakan oleh mikroorganisma tuan rumah (tubuh) untuk menghasilkan manfaat kepada kesihatan.”

Prebiotik – Substrat

Prebiotik

Apa pula substrat tu ya? Substrat itu adalah bahan. Jadi ia adalah bahan makanan kepada probiotik. Jadi, apabila anda makan makanan berkhasiat seperti diet tinggi fiber, bukan anda sahaja yang kenyang. Bakteria baik dalam tubuh anda pun berkongsi manfaatnya.

So, pilihlah makanan yang sihat untuk kesihatan bakteria baik dalam tubuh anda. Ada beberapa kriteria untuk sesuatu makanan dikatakan prebiotik ya. Tak boleh saja-saja claim tau. Kena saman nanti.

Kriteria Prebiotik

Mari kita lihat apa kriteria untuk tergolong dalam makanan ini,

  • tidak mudah dicerna dan tahan pecah oleh asid perut dan enzim di saluran gastrointestinal manusia
  • secara selektif ditapai oleh mikroorganisma usus
  • secara selektif mensasarkan dan merangsang pertumbuhan dan aktiviti bakteria bermanfaat

Oleh itu, pengambilannya dapat meningkatkan kesihatan tuan rumah yakni tubuh manusia.

Sebatian karbohidrat yang berasal dari tumbuhan yang disebut oligosakarida adalah sumber utama yang telah dikenal pasti. Secara khusus, fruktan dan galaktan adalah dua sumber oligosakarida yang didapati dapat merangsang aktiviti dan pertumbuhan koloni bakteria bermanfaat di usus. 

Fruktan adalah kategori karbohidrat yang terdiri daripada fruktooligosakarida (FOS) dan inulin, sementara galaktan terdiri daripada galaktooligosakarida. Serat makanan lain juga sesuai dengan definisi prebiotik seperti kanji kalis, pektin, beta-glukan dan xilooligosakarida.

Lembaga Keselamatan Makanan Eropah (EFSA), agensi pengawalseliaan pelabelan produk, membezakan antara “prebiotik” dan “serat makanan”. Di bawah peraturan EFSA, ramuan individu tidak boleh dilabel sebagai prebiotik, tetapi hanya sebagai serat makanan dan tanpa implikasi manfaat kesihatan. Bagus kan EFSA ni. Mereka menjaga kita daripada tertipu dengan claim golongan yang ingin mengambil keuntungan atas dakwaan makanan ini.

Jadi, berhati-hatilah ya. Baca label sebelum membeli dan mengambil sebarang produk. Jangan mudah tertipu!

Suplemen Prebiotik

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu untuk menyihatkan perut. Ia juga sangat sesuai untuk mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan prebiotik. Ia sangat membantu terutamanya jika anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Prebiotik DAN Probiotik – Untuk Kesihatan Usus Lebih Baik - […] Baca Juga : Prebiotik – Apa Yang Anda Perlu Tahu […]
  2. Prebiotik Untuk Apa? Jom Fahami Manfaatnya Disini - […] Baca Juga : Prebiotik – Apa Yang Anda Perlu Tahu […]
  3. Madu – Penawar Penyakit Termasuk Gastrik - […] BACA JUGA : Prebiotik – Apa Yang Anda Perlu Tahu […]
  4. Jenis Madu dan Khasiat Madu Untuk Kesihatan - […] BACA JUGA : Prebiotik – Apa Yang Anda Perlu Tahu […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *