Prebiotik Dan Probiotik – Untuk Kesihatan Usus Lebih Baik

Prebiotik, Probiotik

Prebiotik dan probiotik adalah dua benda yang sentiasa disebut bersama. Perbezaannya mudah sahaja. Probiotik adalah bakteria yang bermanfaat untuk tubuh yang diambil melalui diet dan prebiotik adalah makanan untuk bakteria ini.

Mudah kan? Lepas ni anda takkan lagi keliru diantara probiotik dan prebiotik.

Apakah prebiotik dan probiotik?

Prebiotik dan Probiotik

Probiotik ialah bakteria hidup yang terdapat dalam makanan atau suplemen tertentu. Mereka dapat memberikan banyak manfaat kesihatan. Prebiotik berasal dari jenis karbohidrat yang kebanyakannya serat yang tidak dapat dicerna oleh manusia.  Tetapi, yang menakjubkan ialah bakteria bermanfaat dalam usus anda dapat memakan serat ini.

Bakteria usus, yang secara kolektif disebut sebagai flora usus, atau mikrobiota usus, melakukan banyak fungsi penting dalam tubuh. Pengambilan prebiotik dan probiotik dalam jumlah yang seimbang dapat membantu memastikan keseimbangan bakteria untuk memastikan mikrobiota usus anda sihat.

Baca Juga : Prebiotik – Apa Yang Anda Perlu Tahu

Mengapa bakteria usus bermanfaat?

Prebiotik dan Probiotik

Bakteria baik dalam sistem pencernaan anda membantu melindungi anda daripada bakteria dan kulat berbahaya. Sebagai contoh, bakteria H.pylori yang menjadi punca kepada masalah gastritis. Kehadiran bakteria baik ini akan menghambat pertumbuhan bakteria H.pylori ini.

Jadi, gejala gastritis akan berkurangan. Maka probiotik akan menjadi adiwira penyelamat usus. Bakteria baik juga memperbaiki gejala kemurungan dan membantu mengatasi kegemukan. Menarik betul fungsi probiotik ini. Mari kita tengok apa lagi kebaikan yang terdapat pada probiotik ini.

Sebahagian bakteria usus anda membentuk vitamin K dan asid lemak rantai pendek. Asid lemak rantai pendek adalah sumber nutrien utama sel yang melapisi usus besar.  Mereka melindungi usus dengan membantu menjauhkan bahan berbahaya, virus dan bakteria.  Ini juga membantu mengurangkan keradangan dan berpotensi untuk mengurangkan risiko barah.

Baca Juga : Probiotik – Kelebihannya Untuk Kesihatan Perut

Bagaimana makanan mempengaruhi mikrobiota usus?

Makanan yang anda makan memainkan peranan penting dalam keseimbangan bakteria usus yang baik dan jahat. Sebagai contoh, diet tinggi gula dan lemak mempengaruhi bakteria usus dan boleh menyumbang kepada kerintangan insulin dan keadaan lain. Bakteria berbahaya dan flora usus yang kurang sihat juga dikaitkan dengan indeks jisim badan (BMI) yang lebih tinggi.

Kajian juga menunjukkan antibiotik dapat menyebabkan perubahan kekal pada jenis bakteria tertentu, terutama ketika diambil Ketika kanak-kanak dan remaja. Jadi, anda haruslah berhati-hati dalam memilih pemakanan anda ya. Jika tidak, kasihan pada tubuh dan bakteria baik dalam usus anda yang menjadi mangsa.

Prebiotik dan Probiotik – Makanan

Prebiotik adalah sejenis serat yang terdapat dalam sayur-sayuran, buah-buahan, dan kekacang. Manusia tidak dapat mencerna serat jenis ini, tetapi bakteria baik usus anda dapat mencernanya. Makanan yang tinggi serat prebiotik termasuk:

  • Kekacang seperti kacang polong
  • oat
  • pisang
  • buah beri
  • Artichoke Jerusalem
  • asparagus
  • dandelion
  • bawang putih
  • daun bawang

Makanan manakah yang probiotik? Terdapat juga banyak makanan probiotik yang secara semula jadi mengandungi bakteria bermanfaat, seperti yogurt. Makanan yang diperam adalah satu lagi pilihan yang baik, kerana ia mengandungi bakteria bermanfaat yang tumbuh pada gula atau serat yang terdapat dalam makanan. Contoh makanan yang diperam termasuk:

  • sauerkraut
  • kimchi
  • teh kombucha
  • kefir (tenusu dan bukan tenusu)
  • acar

Sekiranya anda akan makan makanan yang diperam untuk faedah probiotiknya, pastikan mereka tidak dipasteurisasi, kerana proses ini membunuh bakteria. Sesetengah makanan tersebut juga dapat dianggap sebagai sinbiotik, kerana mengandung kedua-dua bakteria  dan sumber serat prebiotik. Contoh makanan sinbiotik adalah keju, kefir dan sauerkraut. So, lepas ni anda dah tahu jenis-jenis makanan probotik dan prebiotik. Bolehlah anda masukkan dalam list wajib beli anda ya!

Suplemen Prebiotik DAN PROBIOTIK

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu untuk menyihatkan perut. Ia juga sangat sesuai untuk mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan prebiotik dan probiotik. Ia sangat membantu terutamanya jika anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Helicobacter Pylori – Bakteria Penyebab Gastrik - […] BACA JUGA : Prebiotik Dan Probiotik – Untuk Kesihatan Usus Lebih Baik […]
  2. Prebiotik Semulajadi : 7 Makanan Semulajadi Untuk Usus Sihat - […] Baca Juga : Prebiotik Dan Probiotik – Untuk Kesihatan Usus Lebih Baik […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *