Penyakit Gastrik – Punca, SImptom & Rawatan

Gastrik

Penyakit gastrik adalah istilah umum untuk sekumpulan keadaan dengan satu masalah yang sama: keradangan yang berlaku pada lapisan perut. Keradangan gastrik selalunya disebabkan oleh jangkitan oleh bakteria yang sama yang menyebabkan kebanyakan ulser perut. Penggunaan ubat tahan sakit secara berkala dan penyalahgunaan alkohol juga boleh menyumbang kepada berlakunya gejala gastrik.

Penyakit Gastrik

Masalah ini, penyakit gastrik boleh berlaku secara tiba-tiba (gastrik akut), atau muncul perlahan-lahan dari semasa ke semasa (gastrik kronik). Dalam beberapa kes, gastrik boleh menyebabkan ulser dan peningkatan risiko barah perut. Bagi kebanyakan individu, gastrik tidak serius dan cepat sembuh dengan rawatan.

Gejala Gastrik

Penyakit Gastrik

Tanda gastrik dan gejala gastrik termasuklah:

  • Rasa sakit yang menggigit-gigit dan rasa seperti panas dan terbakar (gangguan pencernaan) di bahagian atas perut anda yang mungkin menjadi lebih teruk atau lebih baik dengan makan.
  • Loya
  • Muntah
  • Rasa sengkak di bahagian atas perut anda selepas makan

Namun, harus diingat bahawa penyakit gastrik ini tidak semestinya menunjukkan sebarang tanda dan gejala.

Baca Juga : Cara Merawat Gastrik – Apa Yang Anda Boleh Lakukan

Bila Perlu Bertemu Doktor Untuk Penyakit Gastrik

Hampir semua orang mengalami gangguan pencernaan dan kerengsaan perut. Sebilangan besar mengalami kes gangguan pencernaan yang sementara dan tidak memerlukan rawatan namun sekiranya gejala gastrik berlaku dan berlanjutan dalam tempoh seminggu atau lebih, berjumpalah dengan doktor.

Maklumkan sekiranya gejala menyerang selepas pengambilan ubat tahan sakit. Sekiranya anda muntah darah, mempunyai darah dalam najis atau mempunyai najis yang kehitam-hitaman, segera berjumpa doktor untuk mengetahui penyebabnya.

Baca Juga : Cara Cepat Hilangkan Gastrik – Lakukan Ini Untuk Kelegaan Segera

Punca Gastrik

Faktor-faktor yang meningkatkan risiko gastrik dan menjadi punca gastrik termasuk:

  • Jangkitan bakteria. Walaupun jangkitan dengan Helicobacter pylori adalah antara jangkitan bakteria terhadap manusia yang paling sinonim, hanya sebilangan individu yang mengalami jangkitan gastrik atau gangguan gastro usus atas. Kerentanan terhadap bakteria dapat diwarisi atau disebabkan oleh pilihan gaya hidup seperti merokok dan diet.
  • Penggunaan ubat tahan sakit secara berkala. Ubat tahan sakit seperti aspirin, ibuprofen naproxen boleh menyebabkan penyakit gastrik akut dan gastrik kronik. Menggunakan ubat tahan sakit ini secara berkala atau mengambil terlalu banyak ubat ini dapat mengurangkan bahan utama yang membantu mengekalkan lapisan pelindung perut anda.
  • Faktor usia. Warga tua mempunyai risiko penyakit gastrik yang meningkat kerana lapisan perut cenderung menipis seiring bertambahnya usia dan kerana individu berusia cenderung mendapat jangkitan H. pylori atau gangguan autoimun berbanding orang muda.
  • Penyalahgunaan alkohol. Alkohol boleh merengsakan dan menghakis lapisan perut anda, menjadikan perut anda terdedah terhadap jus pencernaan. Penggunaan alkohol yang berlebihan cenderung menyebabkan gastrik akut.
  • Tekanan. Tekanan yang teruk kerana pembedahan besar, kecederaan, luka terbakar atau jangkitan teruk boleh menyebabkan gastrik akut.
  • Badan anda sendiri menyerang sel-sel di perut anda. Disebut gastrik autoimun, gastrik jenis ini berlaku apabila badan anda menyerang sel-sel yang membentuk lapisan perut anda. Tindakbalas ini menyebabkan lapisan pelindung perut menghilang.
  • gastrik autoimun lebih kerap berlaku pada orang dengan gangguan autoimun lain, termasuk penyakit Hashimoto dan diabetes jenis 1. gastrik autoimun juga boleh dikaitkan dengan kekurangan vitamin B-12.
  • Penyakit dan keadaan lain. gastrik boleh dikaitkan dengan keadaan perubatan lain, termasuk HIV / AIDS, penyakit Crohn dan jangkitan parasit.

Komplikasi atau Kesan Gastrik

Jika tidak dirawat, gastrik boleh menyebabkan ulser perut dan pendarahan perut. Walaupun jarang berlaku, terdapat beberapa bentuk gastrik kronik yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat barah perut, terutamanya jika anda mengalami penipisan lapisan perut dan perubahan pada sel lapisan.

Maklumkan doktor anda jika tanda dan simptom anda tidak bertambah baik walaupun telah mendapat rawatan untuk gastrik.

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan penyakit gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Kebaikan Probiotik Untuk Wanita – Fakta Menarik - […] Baca Juga : Penyakit Gastrik – Punca, SImptom & Rawatan […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *