Betul ke susu untuk gastrik sangat berkesan? Umum mengetahui bahawa dengan mengamalkan minum susu ketika gejala gastrik menyerang akan dapat mengurangkan atau melegakan simptom gastrik. Namun, penyelidikan dan kajian terbaru yang dilakukan mendapati, pengambilan susu bagi meredakan perut yang mengalami keradangan akibat gastrik bukanlah merupakan suatu tindakan yang tepat.
Hal kerana susu untuk gastrik hanya memberi kelegaan sementara ketika serangan gastrik berlaku dalam tempoh 30 minit yang pertama. Setelah itu, susu untuk gastrik itu akan merangsang pengeluaran asid yang lebih tinggi dalam perut dan menyebabkan serangan gastrik berulang serta bertahan dalam tempoh tiga hingga empat jam seterusnya.
Bagi penghidap gastrik, mereka disarankan untuk mengelakkan pengambilan sebarang produk berasaskan susu. Namun, ini merupakan sesuatu yang sangat sukar untuk dilakukan kerana selain susu merupakan penyumbang kalsium yang utama, rasanya yang enak juga menjadikan makanan atau minuman ini digemari dan susah untuk ditinggalkan.
Namun, terdapat pelbagai produk di pasaran kini yang menjadi alternatif kepada susu. Selain rasanya sedap, khasiatnya juga banyak dan yang paling penting tidak memudaratkan penghidap gastrik.
Baca Juga : Ubat Gastrik Tradisional – Alternatif Rawatan Moden
Susu Untuk Gastrik – Alternatif Lain
- Hummus dan lain-lain seperti celupan kacang putih, guacamole dan salsa.
- “Keju” kacang tanpa tenusu
- Sayuran segar seperti brokoli, bendi, kale, bayam, kacang hijau, bawang putih, sawi, labu dan ubi manis seperti ubi keledek mengandungi kalsium yang sangat tinggi. Bahkan lebih tinggi daripada kalsium dalam segelas susu.
- Roti yang diperbuat daripada gandum penuh.
- Pizza bebas tenusu
- Fudge coklat bebas tenusu yang diperbuat daripada minyak, bar coklat tanpa susu dan susu santan kelapa.
- Roti gulung kayu manis vegan.
- Kek lobak merah bebas bebas susu dan gluten
Susu Untuk Gastrik – Alternatif Bebas Tenusu
Sebagai pengganti susu, cubalah susu kacang badam, susu santan kelapa, susu kacang gajus atau susu kacang macadamia. Ia akan berfungsi memberi kenikmatan dan terasa enak dalam kopi, bijirin dan smoothie anda. Susu kacang soya juga baik sebagai pengganti susu haiwan dan mengandungi protein yang tinggi. Elakkan mengambil kacang soya GMO yang terbukti menyebabkan gangguan kepada hormon dalam tubuh.
Sekiranya anda memasak menggunakan krim berat, cubalah menggantikannya dengan santan pekat yang dijual dalam tin atau kotak yang terdapat di mana-mana kedai.
Gunakan minyak kelapa sebagai pengganti kepada mentega untuk menumis atau memasak makanan berasaskan mentega seperti kek dan biskut.
Ambil ais krim yang berasaskan susu kacang dan santan. Rasanya sedap dan lemak tetapi tidak mengundang kepada gejala gastrik anda.
Anda juga boleh membuat ais krim anda sendiri dengan menggunakan pisang yang dibekukan atau mana-mana buah-buahan yang disejukbeku lain dan hanya memasukkan sedikit susu berasaskan kacang atau susu santan. Caranya sangat mudah dan rasanya sangat sedap.
Gantikan keju biasa dengan keju kacang. Ini mungkin memberi cabaran kepada anda kerana keju mempunyai rasa tersendiri yang sukar ditiru atau diganti. Namun jika anda menginginkan keju, ambillah keju yang rendah lemak dan diperbuat daripada susu kambing atau biri-biri kerana susu haiwan-haiwan ini mengandungi kurang laktosa berbanding susu lembu.
Sekiranya anda mengalami masalah tidak toleran terhadap laktosa dan produk tenusu mengganggu perut anda, cubalah untuk mengelakkan sebarang pengambilan bahan-bahan tersebut untuk tempoh yang sementara. Sekiranya anda ingin mengambilnya, berusahalan untuk mengambilnya dalam kuantiti yang sedikit.
Ambil produk tenusu bersama makanan yang lain. Susu untuk gastrik hanya akan menjadi mudah dicerna jika diambil bersama produk-produk bukan tenusu. Jadi kebarangkalian untuk mengalami gejala gastrik akan dapat dikurangkan.
Baca Juga : Makanan Untuk Pesakit Gastrik – Elakkan 10 Makanan Ini
Rawatan Alternatif
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan susu untuk gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks