Kebaikan Probiotik Untuk Wanita – Fakta Menarik

Probiotik

Tahu tak apa kebaikan probiotik untuk wanita? Wanita mempunyai masalah kesihatan tertentu yang sebahagiannya berkaitan dengan genetik dan perubahan hormon sepanjang hidup mereka. Ini memberi kesan terhadap kekebalan tubuh, emosi, kesihatan pencernaan dan lain-lain. 

Apakah persamaan masalah ini? Kesemuanya boleh dihubungkan dengan mikroflora endogen. Unik kan ciptaan Tuhan yang satu ni? Sampaikan probiotik ni memberi sokongan yang sangat penting kepada wanita. Sebab itulah kebaikan probiotik untuk wanita semakin dikenali.

Probiotik Untuk Wanita

Kebaikan probiotik untuk wanita mampu menjaga dan memulihkan keseimbangan mikroflora pencernaan dan vagina. Ia memberi kesan positif terhadap kesihatan wanita dan kesihatan pencernaan, kesihatan mental atau imuniti tubuh. Wah, hebatnya probiotik ya! Macam-macam boleh dibuat oleh zarah sekecil itu.

Lactobacilli: Kebaikan Probiotik Untuk Wanita 

Mikroflora vagina wanita adalah ekosistem yang kaya dan kompleks, terutamanya terdiri daripada Lactobacilli. Mereka menyokong kesihatan faraj. Setiap wanita menghadapi masalah kesihatan tertentu mengikut gaya hidup, fisiologi, kitaran hormon atau tahap kehidupannya.

Keseimbangan faraj itu sifatnya rapuh dan banyak faktor dalaman atau luaran boleh mempengaruhi keseimbangan ini. Faktor-faktor seperti kesihatan usus, imuniti, keseimbangan emosi, kesihatan mulut, kesihatan intim. Semua telah dihubungkan oleh saintis dengan mikrobiota endogen.

Kebaikan probiotik untuk wanita khusus dapat membantu setiap wanita pada setiap tahap hidupnya, dari akil baligh hinggalah menopaus. Ketidakseimbangan mikroflora vagina adalah disebabkan oleh perubahan jumlah jenis mikroorganisma tertentu di persekitaran vagina.

Ini adalah sebab yang paling biasa untuk ketidakselesaan faraj pada wanita berusia 15 hingga 44 tahun. Jadi, para wanita bolehlah mula amalkan probiotik dalam diet seharian. Kesannya pasti menakjubkan!

Baca Juga : Penyakit Gastrik – Punca, SImptom & Rawatan

Vaginosis bakteria

Vaginosis bakteria ditakrifkan sebagai dysbiosis faraj yang dicirikan oleh penurunan kepekatan Lactobacilli dalam faraj. Manakala kepekatan bakteria anaerobnnya meningkat seperti Gardnerella vaginalis, Atopobium vaginae, Mycoplasma hominis, Prevotella, Porphyromonas meny.

Candidiasis

Candidiasis dicirikan oleh pertumbuhan ragi yang dikenali sebagai Candida seperti Candida albicans. Tiga daripada empat wanita akan mengalami ketidakseimbangan dengan mikroflora Candida albicans pada suatu ketika dalam hidup mereka.  Keseimbangan Candida albicans yang betul adalah petunjuk mikrobiota faraj yang sihat.

Ketidakselesaan Saluran Kencing

Kurang daripada 50% wanita akan mengalami sekurang-kurangnya sekali ketidakselesaan saluran kencing pada suatu ketika dalam hidupnya. Wanita bahkan mengalami ketidakselesaan saluran kencing sehingga 30 kali lebih kerap daripada lelaki. Wah, dahsyat kan? Kerap betul tu. Patutlah wanita dikatakan insan hebat. Lihatlah karenah organnya yang satu ini.

Empat dari 10 wanita yang mengalami ketidakselesaan saluran kencing akan mengalaminya lagi dalam tempoh enam bulan. Alahai. Dahlah tidak selesa. Berulang-ulang pula tu. Kesian. Kesian.

Baca Juga : Tanda-Tanda Gastrik Angin – Punca, Simptom & Rawatan

Bagaimana Kebaikan Probiotik Untuk Wanita Membantu?

Lactobacilli membantu mengimbangi mikroflora vagina dan mengurangkan rasa tidak selesa. Probiotik Lactobacilli, yang mempunyai kesan positif pada mikroflora endogen dapat membantu menyokong mikroflora vagina dan melindungi terhadap jangkitan bakteria.

Lactobacilli akan mewujudkan keseimbangan mikroflora dengan menyahkuman bakteria jahat yang mendiami persekitaran vagina. Para wanita terutamanya yang mempunyai masalah ketidakselesaan vagina atau masalah pencernaan bolehlah mencuba menggunakan probiotik. Manalah tahu anda berjodohan dengan probiotik ni. Selesailah masalah anda. Segala ketidakselesaan akan hilang. Yang tinggal hanyalah keceriaan yang berpanjangan.

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan kebaikan probiotik untuk wanita. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Madu – Penawar Penyakit Termasuk Gastrik - […] BACA JUGA : Kebaikan Probiotik Untuk Wanita – Fakta Menarik […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *