Fungsi Probiotik – Bagus Untuk Kesihatan Tubuh

Probiotik

Kali ini kami akan kongsikan mengenai fungsi probiotik. Dalam artikel-artikel sebelum ni, kita ada rungkaikan kebaikan probiotik dalam membantu masalah gastritis. Sebelum tu, meh kita buat revision balik. Bukan apa, takut nanti penat baca, tapi hilang punca. Last-last tak masuk kepala. Sia-sia ja.

Apa yang dimaksudkan dengan probiotik? Probiotik ini adalah mikroorganisma yang diambil melalui makanan yang diperam atau suplemen probiotik. Tujuan dan fungsi probiotik adalah untuk meningkatkan kesihatan tubuh manusia.

Mudah kan? Jadi mari kita teruskan.

Tetapi, artikel kali ini kita nak pergi lebih dalam lagi tentang fungsi probiotik secara menyeluruh. Di bawah ini kita akan rungkai satu persatu kebaikan probiotik terhadap tubuh. Bolehlah borong makanan dan minuman probiotik lepas ni. Jadikan snek sihat. Cenggitu.

Fungsi Probiotik Dalam Badan

Dalam sistem pencernaan, terdapat bakteria baik dan bakteria jahat. Ala, situasinya sama macam manusia juga. Ada orang baik, ada orang jahat. Tetapi, yang bestnya probiotik si bakteria baik ni akan membuat policy control

Mereka akan menghapuskan bakteria jahat dalam tubuh dan mengembalikan keseimbangan mikrob dalam tubuh. Hasilnya, tubuh akan menjadi lebih sihat. Bagus kan probiotik ni. Adiwira gitu.

Baca Juga : Susu C2Joy Untuk Gastrik – Berkesan Ke?

Fungsi Probiotik – Mencegah dan Mengubati Cirit-birit

Sejak dari dulu, fungsi probiotik terkenal dengan kemampuannya mencegah berlakunya cirit-birit. Cirit-birit merupakan kesan sampingan umum setelah pengambilan antibiotik atau setelah keracunan makanan.

Antibiotik berfungsi membunuh bakteria. Jadi, tidak kiralah bakteria baik atau jahat, semuanya akan terbunuh. Kiranya macam total massacre la ni. Bak kata pepatah, kerana nila setitik, rosak susu sebelanga. Kerana bakteria jahat, habis bakteria baik menjadi mangsa. 

Tak patut. Tak patut.

Jadi, bagi mencegah cirit-birit akibat ketidakseimbangan bakteria baik, pengambilan probiotik akan top up semula jumlah bakteria baik dalam tubuh. Kesannya, cirit-birit dapat dicegah.

Fungsi Probiotik – Membantu Kesihatan Jantung

Fungsi Probiotik

Fungsi probiotik dapat membantu menjaga kesihatan jantung anda dengan menurunkan kolesterol LDL (jahat) dan tekanan darah. Bakteria penghasil asid laktik tertentu dapat mengurangkan kolesterol dengan memecah hempedu di usus.

Hempedu, cecair alami yang kebanyakannya terbuat dari kolesterol, membantu pencernaan. Dengan memecahkan hempedu, probiotik dapat mencegahnya diserap kembali ke dalam usus, di mana ia dapat memasuki darah sebagai kolesterol. Wah, hebat betul fungsi probiotik ni. Rasa macam nak pergi beli yogurt sekarang jugak!

Baca Juga : Cara Hilangkan Gastrik – Rawatan Paling Sesuai

Probiotik Bantu Turunkan Berat Badan dan Lemak Perut

Haa, ni lah yang paling best sebenarnya. Rakyat Malaysia kan suka makan, tapi tak suka bila bacaan penimbang naik. Jadinya, probiotik boleh membantu anda untuk turunkan berat badan dan mengurangkan lemak di perut.

Sebagai contoh, beberapa probiotik menghalang penyerapan lemak makanan di dalam usus. Lemak kemudian dikeluarkan melalui najis daripada disimpan di dalam badan. Probiotik juga dapat membantu anda merasa kenyang lebih lama, membakar lebih banyak kalori dan menyimpan sedikit lemak.

Mereka juga boleh membantu mengurangkan berat badan secara langsung. Dalam satu kajian, terdapat dua kumpulan wanita. Satu kumpulan diberi Lactobacillus rhamnosus selama tiga bulan dan satu lagi tidak diberi.

Kumpulan wanita yang diberi Lactobacillus rhamnosus kehilangan berat badan 50% lebih banyak daripada wanita yang tidak mengambil probiotik tersebut. 210 orang telah diuji dalam kajian yang lain.

Saintis mendapati bahawa pengambilan Lactobacillus gasseri dalam dos yang rendah selama 12 minggu mengakibatkan pengurangan lemak perut sebanyak 8.5%. Walau bagaimanapun, penting untuk diketahui bahawa tidak semua probiotik membantu menurunkan berat badan.

Anehnya, beberapa kajian mendapati probiotik tertentu, seperti Lactobacillus acidophilus, bahkan boleh menyebabkan kenaikan berat badan. Jadi, jangan main sebat je sebarang probiotik ya. Rajin-rajinkan diri baca label makanan.

Kesimpulannya, fungsi probiotik adalah superfood yang banyak manfaatnya. Tetapi, ambillah secara sederhana kerana sekiranya berlebihan, kelak diri bakal merana.

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan fungsi probiotik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Beza Prebiotik dan Probiotik Yang Anda Perlu Tahu - PremierAlpha - […] Baca Juga : Fungsi Probiotik – Bagus Untuk Kesihatan Tubuh […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *