Susu C2Joy Untuk Gastrik – Berkesan Ke?

Ubat Gastrik

Pernah dengar mengenai susu C2Joy untuk gastrik? Rasanya anda pasti pernah dengar bermacam-macam jenis produk dan ubat untuk merawat gastrik. Susu C2Joy merupakan antara yang paling dicari. Tapi berkesan ke ia sebenarnya?

Susu C2Joy diformulasikan dengan 2 ramuan utama iaitu:

  • Kolostrum: Susu awal lembu yang diimport dari New Zealand dan diambil seawal enam jam pertama ibu lembu melahirkan anak (kolostrum ialah susu awal yang mengandungi immunoglobulin atau antibodi).
  • Kalsium: Ekstrak kalsium dan mineral (TruCal® D7) yang diimport dari Glanbia Reseach, New Zealand.

Susu C2Joy Untuk Gastrik – Kolostrum dari New Zealand

Di New Zealand, lembu-lembu yang diternak dibiarkan bebas meragut rumput dan tidak diberikan makanan yang mengandungi bahan yang tidak organik. Lembu-lembu juga tidak berada dalam keadaan stress yang mengakibatkan pengeluaran susu yang tinggi kandungan asid. Lembu-lembu ini juga berada pada tahap kesihatan yang optimum supaya kolostrum yang terhasil merupakan kolostrum yang berkualiti serta terjamin khasiatnya.

Selain itu, lembu-lembu yang diternak di sana juga sangat terjaga dan waktu kelahiran anak-anak lembu juga dijadualkan bagi memastikan bekalan susu sentiasa ada dan mencukupi. Jadi kolostrum yang dikumpulkan adalah segar dan boleh diproses segera berbanding dengan negara-negara lain yang mana susu kolostrum(susu awal) yang terkumpul adalah sedikit dan mesti disejukbeku terlebih dahulu sebelum mendapat kuantiti yang cukup untuk diproses. Proses sejukbeku inilah yang akan menghilangkan sebahagian khasiat kolostrum tersebut. 

Susu C2Joy Untuk Gastrik – Trucal® D7 Glanbia Nutritionals

TruCal® D7 merupakan formulasi yang dipatenkan oleh Glanbia Nutritionals. Ianya merupakan ekstrak mineral dan kalsium daripada susu terbaik yang dihasilkan di New Zealand. TruCal® D7 ini mampu meningkatkan keupayaan C2Joy ke atas kesihatan badan manusia tanpa perlu jangka masa yang lama atau kuantiti yang banyak

Rahsia Susu C2Joy Untuk Gastrik

  • Susu Kolostrum C2Joy diperolehi seawal 0-6 jam pertama selepas ibu lembu melahirkan anak.
  • Susu kolostrum C2Joy ini juga diperah dari lembu-lembu yang diternak di ladang organik yang terbesar di dunia dan bebas daripada sebarang pencemaran.
  • Susu Kolostrum C2Joy mengandungi 2.25% IgG (Immunoglobulin) iaitu lebih kurang 337.5 mg

Kepentingan susu kolostrum

Susu kolostrum atau susu awal ini mengandungi pelbagai khasiat untuk tubuh badan, antaranya:

  • Faktor daya tahan tubuh atau antibodi(IgG, IgM, IgD, IgE, IgA)
  • Faktor pertumbuhan (FgF, TgFA&B, FgF1&2)
  • Nutrisi penting yang diperlukanoleh  tubuh
  • Untuk penjagaan tulang yang kuat dan sihat

Susu C2Joy bebas daripada sebarang gula tambahan. Hanya gula semulajadi dalam susu sahaja yang terdapat dalam susu kolostrum C2Joy ini.

Manfaat Utama Susu C2Joy

  • Formulasi dan kajian saintifik yang terbukti berkesan
  • Dapat menguatkan sistem imunisasi dan pertahanan tubuh
  • Dapat membantu proses tumbesaran dan pertumbuhan badan
  • Dapat memberi nutrien tambahan seperti protein, tenaga & vitamin 
  • Menjadi sumber kalsium TruCal D7 untuk penjagaan tulang & gigi

Susu C2Joy Untuk Gastrik

Sebenarnya, susu haiwan terutamanya susu lembu dan susu kambing tidak baik diamalkan oleh penghidap gastrik. Hal ini disebabkan oleh protein yang terdapat dalam susu haiwan ini mengundang pengeluaran asid yang berlebihan oleh perut yang mencetuskan gejala gastrik yang lebih parah. Namun, lain pula halnya dengan susu kolostrum C2Joy. Hal ini disebabkan oleh susu ini merupakan susu kolostrum yang kandungan nutrisinya berlainan daripada susu lembu atau susu kambing yang biasa. Susu ini juga boleh diminum oleh sesiapa sahaja kerana kandungan khasiatnya yang sangat bermanfaat bagi semua lapisan masyarakat.

Kandungan kalsium yang sangat tinggi dalam susu kolostrum ini bertindak sebagai antasid semulajadi bagi meneutralkan tahap keasidan yang tinggi dalam perut semasa serangan gastrik. Hal ini kerana kalsium bersifat alkali yang menyebabkan tahap keasidan dalam perut menjadi normal semula seterusnya mengurangkan gejala gastrik. Justeru, susu ini merupakan opsyen atau pilihan yang tepat bagi penghidap gastrik yang tidak mahu meninggalkan amalan mengambil susu dalam diet harian.

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan susu C2Joy untuk gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Fungsi Probiotik – Bagus Untuk Kesihatan Tubuh - […] Baca Juga : Susu C2Joy Untuk Gastrik – Berkesan Ke? […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *