Gastrik adalah suatu keadaan yang mempengaruhi lapisan dinding perut seseorang dan menyebabkannya mengalami keradangan.
Dalam sebilangan kes yang ringan, gastrik boleh dirawat di rumah dengan kaedah rawatan yang mudah.
Terdapat banyak faktor yang boleh menyebabkan kemunculan gastrik. Ini termasuklah:
- pengambilan alkohol yang berlebihan
- menggunakan ubat sakit untuk jangka masa yang panjang
- bakteria Helicobacter pylori (H.pylori)
- jangkitan
- tekanan atau stres
Terdapat keadaan di mana intervensi perubatan diperlukan untuk merawat gastrik.
Namun, kebanyakan individu mendapati bahawa mereka dapat menguruskan simptom atau mengurangkan gejala dengan melakukan petua hilangkan gastrik ini di rumah.
Baca Juga : Simptom Gastrik – 10 Simptom Ini Amat Bahaya Jika Anda Ada
Lima Petua Hilangkan Gastrik
Tidak semua ubat dapat memberi kesan yang sama untuk semua orang.
Jadi seseorang individu itu mungkin perlu mencuba melakukan beberapa perkara sebelum mencari kaedah atau remedi yang paling sesuai untuk kes mereka.
Jom lihat apakah petua hilangkan gastrik atau penawar-penawar tersebut:
- Mengikuti diet anti-radang
Gastrik merujuk kepada keradangan pada lapisan dinding perut.
Jadi pengambilan makanan yang membantu mengurangkan keradangan dapat melegakan simptom gastrik dari semasa ke semasa.
Walaubagaimanapun, kajian dan penyelidikan mendapati tidak ada kaedah pengambilan makanan yang konklusif bagi mencegah atau mengundang gastrik.
Dengan mencatat jurnal diet harian anda, penghidap gastrik dapat mengenalpasti makanan apakah yang mencetuskan gejala mereka.
Seterusnya dapatlah bagi mereka untuk mula mengurangkan pengambilan makanan tersebut atau menghindarinya sama sekali.
Petua hilangkan gastrik adalah dengan mengelakkan makanan yang menyumbang kepada keradangan adalah:
- makanan yang telah diproses
- gluten
- makanan berasid
- produk tenusu
- makanan bergula
- makanan pedas
- alkohol
Baca Juga : Makanan Untuk Gastrik – Apa Yang Terbaik dan Terburuk
- Mengambil suplemen ekstrak bawang putih
Beberapa kajian daripada sumber yang boleh dipercayai menunjukkan bahawa ekstrak bawang putih dapat membantu mengurangkan gejala gastrik.
Menghancurkan bawang putih mentah dan memakannya boleh mendatangkan manfaat yang sangat baik buat pesakit gastrik.
Sekiranya seseorang tidak menyukai rasa bawang putih mentah, mereka boleh mencincang bawang putih dan memakannya dengan sesudu mentega kacang atau membungkusnya dalam buah kurma kering.
Kemanisan mentega kacang atau kurma akan membantu menutup rasa bawang putih dan menjadi diantara petua hilangkan gastrik yang paling berkesan.
- Memasukkan makanan berasaskan probiotik dalam diet
Probiotik dapat membantu meningkatkan pencernaan dan mendorong pergerakan usus (buang air besar) secara berkala.
Makanan tambahan seperti probiotik akan memperkenalkan bakteria baik ke dalam saluran pencernaan seseorang.
Ia juga dapat membantu menghentikan penyebaran bakteria H. pylori.
Makan makanan yang mengandungi probiotik juga dapat memperbaiki gejala gastrik.
Makanan ini merangkumi:
- yogurt
- kimchi
- kombucha
- sauerkraut
- Kefir
- Minum teh hijau dengan madu Manuka
Ambillah teh hijau atau hitam sekurang-kurangnya seminggu sekali kerana ia dapat mengurangkan prevalensi H. pylori pada saluran pencernaan.
Madu Manuka juga sangat bermanfaat kerana mengandungi sifat antibakteria yang membantu melawan jangkitan.
Sebilangan individu turut percaya bahawa dengan meminum air suam sahaja dapat memberi kelegaan kepada perut dan membantu proses pencernaan.
Madu Manuka boleh didapati di farmasi kesihatan dan dalam talian.
Ia sangat sesuai untuk dijadikan sebagai petua hilangkan gastrik.
- Gunakan pati minyak
Pati minyak, seperti serai dan lemon verbena, dapat membantu meningkatkan ketahanan terhadap jangkitan H. pylori ketika ujian makmal dilakukan.
Pati minyak lain yang boleh memberi kesan positif kepada sistem pencernaan termasuklah pudina, halia, dan cengkih.
Pati minyak tidak boleh diambil secara oral dan selalunya dicairkan dengan minyak pembawa jika disapu pada kulit.
Individu yang mungkin bercadang untuk menggunakan pati minyak yang dimasukkan dalam peresap bolehlah berjumpa dengan doktor untuk mengetahui kaedah penggunaan yang selamat untuk membantu melegakan gastrik.
Penting untuk mengambil maklum bahawa Pentadbiran Makanan dan Dadah Amerika Syarikat atau Food and Drugs Association(FDA) tidak mengiktiraf penggunaan pati minyak dalam perubatan moden atau sebarang kaedah rawatan alternatif yang lain.
Sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai petua hilangkan gastrik.
Anda boleh cuba baca perkongsian DISINI mengenai petua hilangkan gastrik cara moden iaitu dengan mengambil yogurt.
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks