Pantang Larang Gastrik – Jangan Cuba Burukkan Keadaan

Gastrik

Pantang larang dalam gastrik perlulah anda ikuti dengan sebaiknya. Hal ini kerana ia kaan membantu untuk merawat dan mengawal masalah gastrik anda. Gastrik adalah keadaan yang mana terdapatnya kerengsaan pada pada lapisan dinding perut. Ia disebabkan oleh kondisi tubuh yang hipersensitif terhadap makanan tertentu.

Ia juga  boleh disebabkan oleh alahan terhadap pengambilan sesetengah makanan, jangkitan bakteria atau keracunan. Lapisan perlindungan yang terdapat pada dinding perut boleh teriritasi, menjadi merah dan terhakis sebagai tindak balas terhadap gangguan-gangguan tersebut. 

CIRI GASTRIK

Gastrik biasanya bersifat ringan dan sembuh dengan sendirinya tanpa apa-apa rawatan. Sekitar 60-70 juta individu di seluruh dunia mengalami kesan yang teruk akibat penyakit berkaitan asimilasi, antaranya termasuklah gastrik.

PANTANG LARANG GASTRIK – APA YANG BOLEH DIBUAT?

Ada beberapa perkara yang termasuk dalam kategori benda yang boleh dibuat andainya anda mengalami masalah gastrik.

Anda boleh boleh ikuti pantang larang dibawah.

Makan buah-buahan

Pantang Larang Gastrik

Buah-buahan mempunyai serat yang tinggi dan mempunyai tahap ph yang tepat untuk membantu melawan gastrik. Buah-buahan sitrus khususnya membantu mencerna makanan dan membersihkan perut untuk mengurangkan asid gastrik. Penghidap gastrik boleh mengamalkan minum jus buah sitrus seperti jus oren atau jus lemon atau hanya memakannya begitu sahaja.

Serbuk penaik

Kadang-kadang serangan gastrik boleh mencapai suatu tahap kesakitan sehinggakan tidak dapat ditanggung oleh penghidapnya. Sewaktu perut mula sakit, kepala terasa berat, sendawa yang  tidak henti-henti, penderita gastrik mungkin akan mula merasa gelisah dan tidak senang duduk. Serbuk penaik merupakan salah satu remedi dalam melegakan gejala ketika serangan gastrik berlaku. Hanya campurkan ½ sudu teh serbuk penaik dengan segelas air dan minum campuran tersebut untuk mengembalikan keseimbangan ph dalam perut dan melegakan seketika gejala gastrik.

Berjalan kaki

Berjalan kaki dapat membantu perut untuk mencerna makanan dengan lebih baik dan meningkatkan aktiviti perut yang sihat. Sekiranya anda mengalami sedikit masalah gastrik atau kesukaran untuk mencerna makanan, sebaik-baiknya amalkanlah berjalan kaki selama 15-20 minit setelah makan supaya makanan yang dimakan dapat dicerna dengan lebih baik dan tidak menyebabkan gastrik.

Pemakanan yang sihat

Keletihan,  tekanan atau stres yang berlebihan dan ketegangan badan merupakan faktor-faktor yang bakal mengundang gastrik . Tubuh akan kehilangan keupayaannya untuk melaksanakan tugasnya yang berkaitan dengan perut ketika badan berada dalam keadaan terlalu letih dan hal ini akan menyebabkan pengeluaran asid perut yang berlebihan. Pengambilan makanan dalam skala kecil dan memperbanyak waktu hidangan sehingga lima ke enam kali sehari akan membantu memastikan kesihatan perut berada dalam keadaan yang optimum. Selain itu, mengelakkan makanan seperti kanji kompleks dan protein kompleks yang bakal mengundang ketidakselesaan pada perut juga merupakan suatu langkah yang bijak.

Baca Juga : Cara Hilangkan Gastrik – Rawatan Sendiri di Rumah

PANTANG LARANG GASTRIK – APA YANG TAK BOLEH DIBUAT?

Dibawah ini pula adalah pantang larang gastrik untuk perkara yang anda tak boleh buat.

Jangan merokok

Merokok bahkan hanya akan memburukkan lagi gejala gastrik yang berpunca daripada makanan. Merokok dalam tempoh yang lama akan menyebabkan pembentukan gas berasid  di dalam perut yang bakal mengundang masalah yang lebih serius.

Makan berlebihan

Apabila menghidap gastrik, perkara terbaik yang boleh dilakukan adalah makan dalam kuantiti yang lebih sedikit. Makan secara berlebihan atau mengisi perut dengan kuantiti makanan yang terlalu banyak hanya akan menyebabkan kesukaran pada perut untuk mencerna makanan seterusnya mencetuskan rasa loya atau mual dan muntah.

Makanan bergoreng

Sebarang makanan bergoreng seperti wafer, kentang goreng, atau daging haruslah dielakkan daripada diet anda bagi menyelamatkan diri daripada memperburuk lagi masalah gastrik. Pengambilan makanan bergoreng menjadikan gastrik lebih kerap terjadi dan akan mengundang lebih banyak ketidakselesaan serta masalah yang lain.

Baca Juga : Petua Hilangkan Gastrik – Rawat Gastrik di Rumah

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan pantang larang gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Simptom Gastrik – 10 Simptom Ini Amat Bahaya Jika Anda Ada - […] Baca Juga : Pantang Larang Gastrik – Jangan Cuba Burukkan Keadaan […]
  2. Makanan Untuk Gastrik – Apa Yang Terbaik dan Terburuk - […] Baca Juga : Pantang Larang Gastrik – Jangan Cuba Burukkan Keadaan […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *