Makanan untuk gastrik apa yang sesuai sebenarnya? Kami akan kongsikan dengan anda dalam artikel kali ini. Sebelum itu, jom baca mengenai gastrik secara umum terlebih dahulu.
Gastrik, atau keradangan pada lapisan dinding perut, boleh menyebabkan gangguan pencernaan, sakit perut, kembung mual atau loya. Anda boleh mengelakkan gejala-gejala ini daripada berlaku dengan mengurangkan atau mengelakkan pengambilan makanan yang mengganggu sistem pencernaan anda.
Meningkatkan pengambilan makanan sihat yang tidak menyebabkan iritasi kepada perut dapat membantu tubuh anda untuk sembuh. Ia seterusnya merangsang proses pencernaan yang sihat.
Sentiasa dapatkan rawatan perubatan untuk gejala gastrik yang timbul. Tanpa rawatan, gastrik boleh menyebabkan bisul atau ulser pada dinding perut bahkan membawa kepada peningkatan risiko terjadinya barah perut.
Sekiranya anda menghadapi masalah gastrik, makanlah secara bijak dengan mencari tahu kesan pengambilan susu, minuman berkafein dan makanan probiotik pada perut. Berikut merupakan beberapa jenis makanan untuk gastrik yang terbaik dan terburuk bagi penghidap gastrik.
MAKANAN UNTUK GASTRIK – TERBURUK
Ada beberapa makanan yang boleh dikategorikan sebagai terburuk untuk makanan untuk gastrik. Hal ini kerana ia akan membuatkan gastrik anda bertambah teruk daripada biasa.
Senarai Terburuk Makanan Untuk Gastrik
A. SUSU
Doktor biasanya mengesyorkan susu sebagai sebahagian daripada diet gastrik. Idea asalnya adalah pengambilan susu akan membantu melapisi bahagian dalam perut seterusnya memberikan sedikit kelegaan.
Walaubagaimanapun, penyelidikan lanjut mendapati bahawa pengambilan susu hanya akan meningkatkan pengeluaran asid perut. Ia akan memburukkan lagi gejala gastrik.
Sebarang kelegaan yang dirasai oleh penghidap gastrik setelah minum segelas susu mungkin bersifat sementara; dalam tempoh setengah jam selepas meminum susu. Setelah itu, gejala biasanya akan menjadi lebih teruk dan bukannya semakin membaik. Jadi, ia bukanlah makanan untuk gastrik yang terbaik.
B. ALKOHOL
Minuman beralkohol, termasuk bir, wain dan minuman campuran akan mengganggu lapisan perut dan boleh memburukkan lagi gejala gastrik. Sebenarnya, pengambilan alkohol yang terlalu banyak dari semasa ke semasa boleh menyebabkan gejala gastrik berlaku.
Kajian pada tahun 2002 mendapati terdapat gejala gastrik fizikal yang kronik berlaku pada 100% pesakit yang minum alkohol selama lima tahun atau lebih lama lagi. Sekiranya anda menghidap gastrik, sebaiknya elakkan mengambil sebarang minuman yang mengandungi alkohol sehingga gejala anda hilang.
Kemudian minumlah tidak lebih daripada 1 hingga 2 minuman sehari. Sekiranya anda mengalami gastrik yang teruk, sebaiknya berhenti terus daripada mengambil alkohol. Terang-terang lagi alkohol bukanlah diantara yang baik untuk kesihatan, jadi pastinya ia juga bukanlah makanan untuk gastrik yang terbaik.
C. KOPI
Malangnya bagi sesetengah orang, gastrik dan kopi bukanlah suatu kombinasi yang baik. Kafein dalam kopi bukan sahaja dapat membantu anda bergerak cergas pada waktu pagi
Ia juga menyebabkan perut anda mengeluarkan lebih banyak asid gastrik, yang dapat meningkatkan kerengsaan pada lapisan dinding perut. Ironinya, kopi tanpa kafein bukanlah pengganti yang baik kerana terdapat bukti yang menunjukkan kopi tanpa kafein juga boleh menyebabkan kerengsaan perut.
Sekiranya anda mengalami gastrik ringan, anda mungkin boleh bertoleransi dengan secawan kopi tanpa sebarang masalah. Namun, sekiranya kopi mencetuskan rasa tidak selesa pada perut anda, maka kurangkanlah pengambilan kopi dalam diet anda.
Baca Juga : Punca Gastrik – Derita Dalam Diam Tanpa Anda Sedari
MAKANAN UNTUK GASTRIK – TERBAIK
Seterusnya adalah makanan terbaik dalam kategori makanan untuk gastrik. Ia akan membantu merawat dan memberikan kelegaan buat anda sekaligus mengelakkan daripada gastrik.
Senarai Terbaik Makanan Untuk Gastrik
A. EPAL
Makanan untuk gastrik seterusnya adalah epal. Ia mengandungi flavonoid yang mempunyai kesan antioksidan dalam tubuh dan dapat menghambat pertumbuhan H. pylori.
Ia merupakan sejenis bakteria yang biasanya menyebabkan gastrik dan ulser perut. Epal juga tinggi kandungan serat, dan diet dengan kandungan serat yang tinggi adalah sangat bermanfaat bagi pengidap gastrik.
Makanan lain yang mengandungi flavonoid termasuklah daun saderi, bawang besar dan bawang putih. Cuba amalkan dalam penyediaan makanan seharian dengan memasukkan bahan-bahan ini ke dalam diet anda sebanyak yang mungkin.
(Saderi, bawang besar dan bawang putih sangat baik dalam sup dan tumis!)
B. KRANBERI
Seperti epal, saderi, bawang besar dan bawang putih, kranberi juga mengandungi flavonoid. Kranberi segar, kranberi dalam tin dan jus kranberi adalah semua pilihan yang baik untuk penghidap gastrik.
Peringatan bagi penghidap gastrik yang juga mengambil ubat mencairkan darah, kranberi boleh meningkatkan risiko berlakunya pendarahan. Kranberi juga boleh mempengaruhi kemampuan tubuh anda untuk menyerap ubat-ubatan preskripsi yang tertentu. Sekiranya anda mengambil ubat –ubatan tersebut secara berkala, berbincanglah dengan pegawai perubatan anda sebelum menambahkan kranberi ke dalam diet anda.
C. YOGURT
Yogurt mengandungi probiotik, yang disebut bakteria ‘baik’ yang meningkatkan kesihatan usus dan boleh menghalang pertumbuhan H. pylori. Carilah yogurt yang mengandungi S. thermophilus atau L. bulgaricus.
Makanan yang mengandungi probiotik lain yang bermanfaat termasuklah kefir (minuman susu yang ditapai), kimchi dan sauerkraut. Ada juga produk tempatan yang sangat mengetengahkan probiotik dan prebiotik sebagai antara bahan utama yang ada didalamnya seperti Primer Alpha. Makanan untuk gastrik ini adalah sangat berbaloi untuk anda cuba.
Baca Juga : Pantang Larang Gastrik – Jangan Cuba Burukkan Keadaan
Rawatan Alternatif
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan makanan untuk gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks