Gastrik Sesak Nafas – Bahaya Ke Ia Sebenarnya Untuk Anda?

Gastrik

Gastrik sesak nafas tu sebenarnya macam mana?Mungkin ada diantara anda yang tertanya-tanya apa sebenarnya yang menyebabkan ia berlaku.

Kesukaran bernafas adalah salah satu daripada gejala refluks asid. Ia merupakan gejala sangat menakutkan dan menunjukkan keadaan penyakit yang kronik , yang disebut penyakit gastroesophageal reflux (GERD). 

So, setiap kali ada rasa anda mengalami gastrik sesak nafas, anda sebenarnya sedang mengalami GERD. GERD boleh dikaitkan dengan kesukaran bernafas seperti bronkospasme dan aspirasi.

Gastrik Sesak Nafas

Kesukaran ini kadangkala boleh menyebabkan komplikasi pernafasan yang mengancam nyawa. Hal ini juga boleh dinamakan sebagai gastrik sesak nafas. Sesak nafas, juga disebut dyspnea, berlaku seiring dengan GERD.

Ia kerana asid perut yang merembes ke esofagus dapat memasuki rongga paru-paru, terutamanya ketika sedang tidur dan menyebabkan pembengkakan saluran pernafasan. Situasi ini boleh mengundang reaksi asma atau menyebabkan pneumonia aspirasi (jangkitan atau keradangan paru-paru akibat kehadiran bendasing dalam paru-paru). 

Kerosakan saluran udara seperti ini boleh mempengaruhi pernafasan dengan menyebabkan batuk atau berdesah.

Baca Juga : Gastrik Angin – Mitos dan Salah Faham Mengenainya

GASTRIK SESAK NAFAS, GERD DAN ASMA

Ia tidak hanya boleh berlaku kepada penghidap GERD sahaja, tetapi juga sering terjadi kepada penghidap asma. 

Kedua-dua keadaan ini sering dikaitkan sekali.

Sebenarnya, ia juga dianggarkan bahawa:

  • lebih daripada tiga perempat orang yang menghidap asma juga mengalami  gastrik sesak nafas atau GERD
  • golongan yang menghidap asma adalah dua kali lebih tinggi dalam menderita penyakit GERD ini berbanding mereka yang tidak menghidap asma. 
  • penderita asma yang kronik dan teruk yang mempunyai daya tentangan terhadap rawatan berkemungkinan besar juga menghidap gastrik sesak nafas atau GERD ini.

Walaupun penyelidikan telah menunjukkan terdapatnya hubungan antara asma dan GERD, perkaitan yang tepat antara kedua-dua keadaan tersebut tidak dapat dipastikan. 

Salah satu kemungkinan yang terjadi adalah aliran asid yang terembes ke saluran pernafasan menyebabkan kecederaan pada:

  • lapisan tekak
  • saluran udara
  • paru-paru

Ini boleh menyebabkan serangan asma tercetus kepada penghidap asma yang sedia ada. Faktor lain yang mungkin boleh menghubungkan kaitan antara pesakit asma dan penderita gastrik sesak nafas atau GERD ini adalah apabila asid memasuki esofagus.

Ia akan memicu refleks saraf yang menyebabkan saluran udara menyempit agar asid tidak keluar. Ini akan menyebabkan sesak nafas.

Sama ada GERD boleh memburukkan lagi gejala asma atau sebaliknya,  ia berbeza bergantung kepada individu. Rawatan terhadap masalah GERD ini sering membantu memperbaik gejala asma seperti sesak nafas. 

Doktor lebih cenderung mengaitkan gastrik sesak nafas ini sebagai penyebab asma ketika asma:

  • bermula ketika dewasa
  • bertambah buruk selepas menghadapi tekanan, makan, bersenam, berbaring, atau pada waktu malam
  • gagal bertindak balas terhadap rawatan standard

Baca Juga : Simptom Gastrik – Sama Atau Berbeza Antara Individu? 

GASTRIK SESAK NAFAS DAN PERUBAHAN GAYA HIDUP

Sama ada sesak nafas anda berkaitan dengan gastrik sesak nafas atau GERD ini atau disebabkan oleh asma yang yang dicetuskan oleh GERD, ada beberapa langkah minimum yang boleh anda ambil untuk mencegah dan mengatasinya. 

Selalunya, langkah yang paling berkesan untuk mencegah GERD adalah melibatkan beberapa perubahan gaya hidup. Berikut adalah beberapa cara untuk mengatasi masalah gastrik sesak nafas ini:

  • Ubah diet anda. Makan makanan dalam kuantiti yang lebih kecil dan kerap, serta elakkan makanan ringan atau makan sejurus sebelum tidur.
  • Kurangkan berat badan jika anda mempunya berat badan yang berlebihan atau obes.
  • Kenal pasti pencetus gejala GERD dan elakkan. Contohnya, jika sos tomato mengundang gastrik sesak nafas atau GERD anda, elakkan mengambil makanan yang berasaskan sos tomato.
  • Berhenti merokok dan kurangkan atau hindari pengambilan alkohol. Merokok dan pengambilan alkohol boleh memburukkan lagi gejala GERD.
  • Sebelum tidur, pastikan anda meninggikan kepala anda dengan ukuran 4 hingga 8 inci. Ini membantu makanan di perut anda tetap berada di perut dan bukannya masuk ke kerongkongan semasa anda sedang tidur.
  • Elakkan menggunakan terlalu banyak bantal semasa anda tidur. Ini boleh menjadikan tubuh anda berada dalam keadaan canggung atau tidak selesa yang akan memperburuk gejala GERD anda.
  • Elakkan memakai tali pinggang dan pakaian ketat yang memberi tekanan pada bahagia perut anda.

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan gastrik sesak nafas. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *