Khasiat Probiotik Yang Ramai Tidak Tahu

Probiotik

Kita selalu dengar mengenai probiotik. Namun, tak ramai sebenarnya yang tahu apa itu khasiat probiotik. Sebelum kami kongsikan dengan lebih lanjut mengenai khasiat probiotik, adalah lebih baik sekiranya kami ceritakan apa itu probiotik terlebih dahulu.

Apa Itu Probiotik?

Probiotik ialah bakteria baik atau mikroorganisma hidup yang dapat memberikan manfaat kesihatan apabila dimakan. Manfaat atau khasiat probiotik ini berpunca daripada kemampuan probiotik untuk mengembalikan keseimbangan semula jadi bakteria usus.

Ketidakseimbangan bermaksud terdapat terlalu banyak bakteria jahat dan kurangnya bakteria baik. Ia boleh berlaku kerana penyakit, ubat-ubatan seperti antibiotik, diet yang buruk dan banyak lagi.

Jadi awas ya. Diet atau habit anda akan mempengaruhi kehadiran bakteria baik dalam usus. Akibatnya, anda boleh mengalami masalah pencernaan, alahan, masalah kesihatan mental, kegemukan dan banyak lagi.

Sumber Probiotik

Probiotik biasanya terdapat dalam makanan yang diperam atau diambil sebagai makanan tambahan. Probiotik adalah selamat bagi kebanyakan orang dan sangat sedikit individu yang mengalami reaksi alahan terhadapnya.

Jadi jangan risau ya! Anda boleh mengambil produk probiotik dalam diet anda. Tetapi, bepada-padalah. Yang sedikitnya menjadi ubat, banyaknya menjadi racun.

Baca Juga : Beza Prebiotik dan Probiotik Yang Anda Perlu Tahu

Khasiat Probiotik – Cegah Cirit Birit

Khasiat Probiotik

Probiotik terkenal kerana kemampuannya untuk mencegah cirit-birit atau mengurangkan keparahannya. Cirit-birit adalah kesan sampingan biasa semasa mengambil antibiotik. 

Ini boleh berlaku kerana antibiotik boleh memberi kesan negatif terhadap keseimbangan bakteria baik dan buruk dalam usus. Berita baiknya, beberapa kajian telah menunjukkan penggunaan probiotik dikaitkan dengan pengurangan risiko cirit-birit yang berkaitan dengan antibiotik.

Dalam satu kajian, para penyelidik mendapati bahawa mengambil probiotik dapat mengurangkan cirit-birit yang berkaitan dengan antibiotik sebanyak 42%. Probiotik juga dapat membantu masalah cirit-birit lain yang tidak disebabkan oleh antibiotik.

Tinjauan terhadap 35 kajian mendapati strain probiotik tertentu dapat mengurangkan jangka masa cirit-birit berjangkit dengan rata-ratanya dalam tempoh 25 jam. Probiotik juga mengurangkan risiko cirit-birit terhadap pelancong sebanyak 8%. 

Mereka juga menurunkan risiko cirit-birit dari penyebab lain sebanyak 57% pada kanak-kanak dan 26% pada orang dewasa. Keberkesanannya adalah berbeza-beza, bergantung kepada jenis dan dos probiotik yang diambil.

Strain seperti Lactobacillus rhamnosus, Lactobacillus casei dan ragi Saccharomyces boulardii paling sering dikaitkan dengan penurunan risiko cirit-birit. Jadi, sekiranya anda mengalami cirit-birit, langkah awalnya anda mungkin boleh mengambil minuman probiotik seperti Primer Alpha. Selain rasanya sedap, minuman ini dapat membantu mengurangkan masalah cirit-birit anda. Cubalah ya.

Baca Juga : Probiotik Untuk Dewasa – Kesihatan Lebih Terjamin

Khasiat Probiotik – Elakkan Masalah Pencernaan

Khasiat Probiotik

Lebih daripada satu juta orang di AS menderita penyakit radang usus, termasuk kolitis ulseratif dan penyakit Crohn. Probiotik dari strain Bifidobacterium dan Lactobacillus mengurangkan simptom terhadap individu dengan kolitis ulseratif ringan.

Lebih hebat lagi, satu kajian mendapati pengambilan probiotik E. coli Nissle sama efektifnya dengan ubat-ubatan untuk mengurangkan gejala kolitis ulseratif. Walau bagaimanapun, probiotik nampaknya tidak banyak mempengaruhi gejala penyakit Crohn.

Namun, probiotik mempunyai banyak manfaat untuk gangguan usus yang lain.  Penyelidikan awal menunjukkan bahawa mereka dapat membantu mengatasi gejala sindrom iritasi usus (IBS). Mereka juga terbukti dapat mengurangkan risiko enterokolitis nekrotik teruk sebanyak 50%. 

Ini adalah keadaan usus yang fatal yang berlaku pada bayi pramatang. Kesimpulannya di sini, probiotik boleh menjadi suatu alternatif atau pilihan bagi individu yang mempunyai masalah berkaitan usus dan pencernaan.

Baca Juga : Kebaikan Probiotik Untuk Wanita – Fakta Menarik

Suplemen Probiotik

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu untuk menyihatkan perut. Ia juga sangat sesuai untuk mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Penghidap gastrik, sindrom keradangan usus dan lain-lain masalah berkaitan kesihatan sistem pencernaan bolehlah memasukkan probiotik dalam diet harian. Untung sabut timbul, untung batu tenggelam. Untung anda, sistem pencernaan yang sihat dan bebas masalah! 

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan khasiat probiotik. Ia sangat membantu terutamanya jika anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Jenis Madu dan Khasiat Madu Untuk Kesihatan - […] BACA JUGA : Khasiat Probiotik Yang Ramai Tidak Tahu […]
  2. Madu – Penawar Penyakit Termasuk Gastrik - […] BACA JUGA : Khasiat Probiotik Yang Ramai Tidak Tahu […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *