Kebaikan Yogurt Untuk Kesihatan Tubuh Badan

Gastrik

Seperti apa yang telah diketahui umum, terlalu banyak kebaikan yogurt. Selain tinggi kandungan protein dan kalsium untuk keperluan tubuh, ia juga kaya dengan probiotik.

Probiotik merupakan bakteria baik yang memberi seribu satu manfaat kesihatan terhadap tubuh badan, terutamanya bagi kesihatan sistem pencernaan. Namun, terdapat satu fungsi lain yogurt yang pasti digemari oleh pencinta kecantikan, terutamanya wanita.

Apa rahsia yogurt yang satu ini? Jom kita korek manfaat yogurt yang satu ini.

Kebaikan Yogurt

a. Kebaikan Yogurt Untuk Kesihatan Kulit

Yogurt sangat bagus untuk kesihatan kulit. Wah, berita baik ni. Bagaimana caranya? Mari kita bongkar lebih dalam lagi kebaikan yogurt terhadap kecantikan.

Pertama, yogurt menambah kelembapan kulit. Tekstur berkrim yogurt dianggap dapat membantu mengekalkan kelembapan pada kulit anda. Terdapat satu kajian telah dijalankan secara in-vitro dan in-vivo pada tahun 2011.

Penyelidikan ini mengkaji tentang keberkesanan klinikal topeng muka yang mengandungi yogurt dan Opuntia humifusa Raf (F-YOP). Menariknya, hasil kajian tersebut telah menyokong kesan terhadap lembapan kulit yang diperoleh melalui masker yogurt.

Lepas ni, tak payah beli mask mahal-mahal dah. Guna yogurt je. Sambil sapu kat muka, boleh makan sekali. 

b. Kebaikan Yogurt Untuk Pencerahan Kulit

kebaikan yogurt

Kedua, yogurt boleh mencerahkan kulit anda. Fuh, ni yang best ni. Penyelidikan yang sama juga telah menunjukkan bahawa masker yogurt berpotensi untuk mencerahkan kulit anda. Tak payah kuputih-kuputih lagi dah. Guna yogurt je. Jimat!

BACA JUGA : Suka Minum Yogurt – Ini Merupakan Asal Usul dan Manfaatnya

c. Meratakan Tona Kulit

kebaikan yogurt

Ketiga, yogurt membantu meratakan tona kulit. Sama ada anda mempunyai parut jerawat, jeragat atau tanda-tanda penuaan, warna kulit yang tidak sekata adalah perkara biasa. 

Yogurt dikatakan dapat membantu meratakan warna kulit secara natural, mungkin dengan bantuan probiotik melalui penyelidikan pada tahun 2015. Kajian tersebut yang mencaritahu tentang kesan probiotik terhadap keseimbangan imun, jerawat dan kesan penuaan akibat sinaran UV telah menyokong kenyataan ini.

d. Mengelakkan Sinaran UV

Keempat, yogurt memberi perlindungan daripada sinaran UV. Penyelidikan yang sama juga menunjukkan bahawa yogurt dapat membantu mengurangkan kesan sinaran ultraviolet (UV) terhadap kulit.

Yogurt didapati boleh membantu mewujudkan penghadang kepada peneutralan radikal bebas terhadap kulit. Ini seterusnya mengurangkan risiko jeragat dan kesan penuaan akibat sinaran matahari. Macam guna sunscreen pula ya.

BACA JUGA : Yogurt Asli dan Kesannya Terhadap Kesihatan

e. Meningkatkan Keanjalan Kulit

Kelima, yogurt boleh meningkatan keanjalan kulit.

Penyelidikan yang sama pada 2011 itu juga menunjukkan bahawa yogurt dapat membantu meningkatkan keanjalan pada kulit. Seiring bertambahnya usia, kulit anda secara semula jadi kehilangan kolagen, sejenis protein yang meningkatkan keanjalan. 

Masker yogurt dapat membantu mengembalikan keanjalan sambil memperbaiki keseluruhan penampilan kulit anda. Macam kulit bayi la. Ala-ala melantun macam spring gitu.

f. Mengurangkan Garis Halus dan Kedutan

kebaikan yogurt

Keenam, yogurt boleh membantu mengurangkan garis-garis halus dan kedutan. Apabila keanjalan meningkat, garis-garis halus pada wajah juga akan memudar dan tidak kelihatan.

Penyelidikan yang dijalankan pada tahun 2015 itu juga telah menunjukkan bahawa probiotik dalam yogurt dapat membantu melindungi wajah daripada kesan penuaan. Macam susuk la ni kan. Susuk yogurt. Tapi tak payah cucuk-cucuk ni, sapu je kat muka. 

BACA JUGA : Khasiat Yogurt Untuk Kesihatan Yang Ramai Orang Tidak Tahu

Kebaikan Yogurt – Mengandungi Probiotik

Probiotik dalam yogurt dianggap dapat membantu melawan bakteria P. acnes yang menyebabkan jerawat. Menurut kajian yang sama pada tahun 2015, probiotik mengurangkan keradangan yang seterusnya dapat mengurangkan jerawat dan mencegahnya daripada berulang.

Probiotik juga mampu merawat keradangan kulit yang lain. Kesan anti-radang yang terdapat pada probiotik dianggap dapat membantu merawat keradangan kulit yang lain seperti rosacea, psoriasis dan ekzema.

kebaikan yogurt

Namun, semua kebaikan yogurt ini hanya boleh diperoleh hanya apabila sistem tubuh badan anda sihat. Dengan memastikan sistem pencernaan anda sihat melalui pengambilan yogurt, barulah kecantikan luaran anda akan terserlah.

Bak kata pepatah omputeh, inner beauty. Kecantikan dalaman. Di sini, kesihatan sistem pencernaanlah jawapannya. Ini kerana, fungsi utama yogurt adalah bagi mengembalikan keseimbangan bakteria baik dan jahat dalam tubuh, terutamanya dalam sistem pencernaan anda.

Pengambilan yogurt secara konsisten dapat mengelakkan masalah berkaitan sistem pencernaan seperti gastritis, ulser perut dan sindrom keradangan usus (IBS). Contohnya, anda akan menjadi lawas apabila membuang air besar setelah mengambil yogurt. 

Cuba bayangkan kalau anda dah berhari-hari tak membuang. Agak-agaknya anda mampu tersenyum berseri ke? Silap-silap Zombi Kampung Pisang lagi cantik. Eh.

Fikir-fikirkan. Oleh itu, amalkanlah pengambilan yogurt secara oral dan juga untuk kegunaan luaran seperti masker wajah. 

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

cara hilangkan gastrik

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Kesannya daripada pengambilan Primer Alpha, anda akan lihat:

  • Badan dan perut lebih selesa dan tak lagi sakit sebab berangin, kembung atau mencucuk-cucuk.
  • Tak ada lagi rasa masam di tekak, panas di dada, angin tersekat seperti bola ketika menelan.
  • Dah boleh makan sedap-sedap, makanan pedas, masam dan berminyak.

Primer Alpha memberikan anda kelegaan dan ketenangan berpanjangan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha dengan menekan butang dibawah

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan cara rawat gastrik. Gastrik harus dirawat dengan segera kerana risau akan berlaku masalah yang lebih serius lagi. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *