Ramai sebenarnya yang bertanya prebiotik untuk apa. Prebiotik dikelaskan sebagai bahan makanan yang tidak dicerna yang boleh dimakan oleh probiotik. Ia digunakan dalam usus untuk meningkatkan populasi bakteria yang sihat, membantu pencernaan dan meningkatkan pengeluaran vitamin yang berharga.
Bakteria baik berperanan penting dalam mengatur sistem kekebalan tubuh anda, menghambat pertumbuhan patogen atau bakteria jahat dan mencerna makanan. Galactooligosaccharides (GOS) adalah bentuk prebiotik paling maju yang tergolong dalam kumpulan serat nutrien tertentu. Ia memberi makan dan mendorong pertumbuhan bakteria baik di usus.
Sumber prebiotik
Sumber utama prebiotik adalah serat makanan yang terdapat dalam buah-buahan dan sayur-sayuran atau makanan tambahan. Walaupun semua prebiotik adalah serat, tidak semua serat adalah prebiotik. Kena ingat tu, ya!
Makanan Prebiotik
Kalau anda nak tahu, senang sangat bagi kita semua nak cari sumber makanan prebiotik ni. Iyalah, kalau dilihat pada senarai di bawah, boleh dikatakan majoritinya boleh didapati dalam dapur atau makanan harian kita.
Tak percaya? Jom kita lanjutkan bacaan. Prebiotik yang terdapat dalam makanan seharian termasuklah:
- Bawang besar
- Bawang putih
- Daun bawang
- Asparagus
- Pisang
Jadi, mungkin sebab tu orang-orang tua dulu suka jadikan bawang besar sebagai ulam-ulaman, dimakan begitu sahaja atau memasukkan banyak hirisan bawang dalam sambal tumis. Atau menabur daun bawang dengan banyaknya ke dalam sup. Wah, sedapnya! Siapa kata makanan berkhasiat itu tidak sedap? Nah, ini buktinya.
Baca Juga : Prebiotik Dan Probiotik – Untuk Kesihatan Usus Lebih Baik
Makanan Tambahan Prebiotik
Sekarang anda dah tahu prebiotik untuk apa kan? Makanan tambahan prebiotik boleh diambil secara berkala untuk membantu meningkatkan dan mendorong pertumbuhan bakteria baik dalam usus anda. Suplemen prebiotik pula mengandungi serat yang boleh ditapai yang menyediakan makanan untuk bakteria bermanfaat, seperti lactobacilli dan bifidobacteria.
Perlu diingatkan bahawa suplemen prebiotik adalah berbeza dengan suplemen probiotik. Suplemen prebiotik tidak mengandungi bakteria hidup, sifatnya sangat stabil dan tidak terjejas oleh haba dan asid perut serta boleh sampai ke usus anda dengan utuhnya.
Penting untuk diperhatikan bahawa tidak semua prebiotik adalah sama. Ada yang lebih selektif pada terhadap bakteria yang memakannya. Jadi, bakteria baik (dibaca probiotik) pun pandai memilih-milih prebiotik untuk mereka makan.
Sebagai manusia, kita juga mestilah bijak memilih makanan yang terbaik untuk kesiahatan. Jangan hidup untuk makan, ya. Tetapi, makanlah untuk hidup.
Baca Juga : Prebiotik – Apa Yang Anda Perlu Tahu
Kelebihan Mengambil Prebiotik
Salah satu kelebihan terbesar suplemen prebiotik adalah ia sangat stabil, tidak dipengaruhi oleh suhu atau tempoh penyimpanan. Prebiotik juga tahan terhadap enzim tubuh dan asid gastrik.
Mereka tidak akan hancur, dicerna atau diserap ketika melalui sistem pencernaan anda. Oleh itu, mereka boleh ditambahkan ke hampir semua jenis makanan, minuman atau makanan tambahan tanpa menjejaskan keberkesanannya.
Hebatnya prebiotik ni. Tahan lasak. Tetapi, sehebat-hebat prebiotik, hebat lagi probiotik kerana mampu mencerna prebiotik dan menjadikannya makanan mereka. Jadi, sekiranya anda fikir anda hebat, akan ada manusia lain yang lebih hebat daripada anda.
Kesan Sampingan Prebiotik
Sebahagian besar serat prebiotik menyediakan banyak makanan untuk pelbagai bakteria usus. Apabila ia dicernakan, maka ini akan mengakibatkan gas yang berlebihan dalam usus.
Kesan sampingan yang paling biasa dari prebiotik adalah kembung perut dan ketidakselesaan perut yang berlaku apabila mengambil terlalu banyak prebiotik. Sekiranya anda mengambil makanan tambahan prebiotik, penting untuk mematuhi dos yang disyorkan. Lebih banyak tidak selalunya lebih baik.
Maka, berpada-padalah ya. Kelak berlebihan badan merana kerana bagaikan api, kecilnya menjadi kawan, besarnya menjadi lawan. Masukkan makanan prebiotik dalam diet anda untuk kesihatan sistem pencernaan yang lebih baik. Perut sihat, gastrik sifar, hidup lebih ceria dan bahagia.
Suplemen Prebiotik
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu untuk menyihatkan perut. Ia juga sangat sesuai untuk mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan prebiotik untuk apa. Ia sangat membantu terutamanya jika anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks