Ubat gastrik tradisional turut menjadi pilihan. Hal ini kerana ada diantara kita yang takut atau tidak gemarkan ubat gastrik moden dan rawatan gastrik moden.
Jadi, dalam perkongsian kali ini, kami akan senaraikan beberapa ubat gastrik tradisional atau yang semulajadi yang anda boleh amalkan.
Berikut adalah beberapa penawar di rumah yang mudah tetapi berkesan untuk merawat gejala gastrik dengan mudah secara tradisional:
Air sejuk bersama ketulan ais
Keluarkan segelas air sejuk bersama ketulan ais. Setelah itu masukkan dua sudu gula, kacau hingga sebati dan diminum airnya. Ulangi proses tersebut jika anda perlu. Kaedah ini adalah penyelesaian yang sangat cepat kerana segelas air sejuk dapat membantu menstabilkan cecair dalam badan.
Umum mempercayai bahawa air sejuk juga dapat melegakan tekak dan dada yang terbakar dek asid perut. Oleh itu, minumlah segelas air sejuk dan berjalan-jalanlah dengan perlahan-lahan. Dengan cara itu, asid yang mengalir ke esofagus anda akan kembali ke perut secara perlahan-lahan.
Air kelapa membantu pencernaan
Ambil air kelapa hijau muda dan minum airnya sehingga rasa sakit anda reda dan anda juga boleh menjadikannya sebagai kebiasaan dengan meminumnya setiap hari. Tetapi, pastikan air kelapa tersebut tidak keruh atau rasanya masam kerana hal ini boleh menyebabkan refluks asid.
Air kelapa kaya dengan serat, kerana itu ia membantu pencernaan dan mencegah terjadinya semula keasidan yang tinggi dalam perut. Tambahan pula, air kelapa diketahui dapat menyejukkan lapisan perut yang seterusnya mengurangkan rasa seperti terbakar.
Halia mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-radang
Serbuk halia mempunyai sifat anti-bakteria dan anti-radang yang membantu mengurangkan kerengsaan pada lapisan dinding perut. Anda boleh mengambil halia sebesar ibu jari anda, menghancurkannya dan merebusnya bersama susu atau air dengan nisbah 1:5 dan meminumnya.
Satu lagi cara bagi mengatasi gastrik menggunakan halia adalah dengan mengambil secubit serbuk halia, garam batu dan asafetida dan membancuhnya bersama secawan air suam untuk memberikan kelegaan dengan segera.
Menghirup teh Chamomile
Chamomile dapat membantu meredakan keradangan pada dinding usus, memberikan kelegaan terhadap rasa sakit yang berlaku secara tiba-tiba dan membantu menyingkirkan gas daripada sistem pencernaan anda.
Anda boleh menambah satu atau dua sudu teh bunga chamomile kering ke dalam secawan air panas dan ditutup serta dibiarkan selama lima minit atau lebih. Anda boleh mengambil teh ini beberapa kali sehari kerana ia dapat membantu memperbaiki gastrik dalam jangka masa panjang.
Betik baik untuk radang perut
Dr. Rupali Dutta, Ketua Ahli Pemakanan di SmartCooky mengatakan, “Betik yang diparut sangat baik jika anda mengalami radang perut. Anda juga boleh menambah beberapa titis jus lemon ke dalamnya. Jangan risau jus lemon menjadi asid sitrik kerana hanya beberapa titis tidak akan memudaratkan kesihatan anda.”
Serbuk penaik soda dan air
Serbuk penaik soda bertindak sebagai antasid dan menurunkan kadar asid di dalam perut. Ambil satu sudu teh serbuk penaik soda dibancuh bersama segelas air. Anda cuma perlu mengacau serbuk penaik soda di dalam air sehingga campuran menjadi jernih dan tidak keruh dan meneguknya serta mengamalkannya apabila diperlukan.
Jus Kubis
Jus kubis kaya dengan vitamin U yang terkenal dapat menyembuhkan ulser. Vitamin U dapat menyembuhkan lapisan dinding perut yang mengalami keradangan dan menyingkirkan gastrik dalam masa hanya beberapa hari.
Anda cuma perlu memotong kubis dan menjadikannya jus dengan mengisarnya bersama sedikit air. Ambil ekstrak jus kubis segar dan minumlah untuk menawarkan gejala gastrik anda. Anda juga boleh menambah wortel dan saderi ke dalam resepi jus kubis anda untuk menjadikannya lebih sihat dan lebih enak.
Rawatan Alternatif
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan ubat gastrik tradisional. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks