Gastrik Ketika Hamil – Punca, Simptom dan Rawatan

Gastrik

Gastrik ketika hamil ni bahaya ke? Mungkin ramai juga diantara kita tak pernah tahu punca, simptom, kesan dan cara rawatan untuk gastrik ketika hamil. Jadi, dalam perkongsian kali ini kami akan ceritakan dengan lengkap bermula daripada maksud gastrik itu sendiri. 

Jom baca.

Gastrik Ketika Hamil

Gastrik Ketika Hamil

Gastrik merujuk kepada sekumpulan keadaan yang timbul akibat keradangan, kerengsaan, atau hakisan lapisan pelindung perut. Gastrik selalunya berlaku disebabkan oleh jangkitan bakteria yang sama yang menjadi punca kepada ulser perut.

Gastrik boleh terjadi dalam satu atau dua keadaan, bergantung kepada tahap keseriusan keradangan dan tempoh inkubasi sebelum ia menunjukkan sebarang gejala. Gastrik akut dan gastrik kronik mempunyai simptom yang serupa, seperti hilang selera makan, loya atau mual dan muntah yang berulang-ulang, gangguan pencernaan dan rasa kembung terutamanya selepas makan. 

Walaubagaimanapun, rasa sakit yang berpunca daripada gastrik akut cenderung berlaku secara tiba-tiba dan bersifat sementara. Manakala gastrik kronik menyebabkan kesakitan yang wujud terasa lebih tumpul namun bertahan dalam tempoh waktu yang lama. 

Jika tidak diperiksa, kedua-duanya boleh menyebabkan bisul atau ulser serta membawa kepada peningkatan risiko barah perut. Namun begitu, gastrik bukanlah  suatu masalah yang besar sekiranya ditangani dengan rawatan yang segera dan bersesuaian. 

Baca Juga : Simptom Gastrik – Sama Atau Berbeza Antara Individu?

Apa Punca Gastrik Ketika Hamil?

Lapisan perut anda akan merembeskan lendiran mukosa untuk melindungi dinding perut daripada mengalami kerosakan yang disebabkan oleh jus pencernaan yang bersifat menghakis. 

Gastrik berlaku kerana terdapatnya keradangan pada lapisan tisu ini. Punca utama keadaan ini wujud adalah tindakbalas daripada jangkitan bakteria Helicobacter pylori (H. pylori), yang boleh menyebabkan bisul atau ulser dan dalam kes yang lebih teruk, barah perut.

Jangkitan bakteria ini biasanya disebarkan melalui kontak individu kepada individu yang lain. Akan tetapi, bakteria ini juga boleh disebarkan melalui makanan atau minuman yang tercemar.

Faktor risiko lain yang juga boleh menyebabkan gastrik  termasuklah penyalahgunaan bahan-bahan seperti alkohol, dadah, tembakau, penggunaan ubat anti-radang secara rutin, tekanan yang melampau pada tubuh badan, muntah-muntah yang kronik serta faktor usia yang lebih tua.

Penyebab Utama Gastrik Sewaktu Hamil

Wanita yang sudah sedia ada menghidap gastrik akan merasakan situasi penyakit itu semakin memburuk semasa mengandung. Ini disebabkan oleh tahap hormone yang  turun naik dan digabungkan dengan tekanan yang berat pada tubuh oleh janin yang membesar dalam rahim. 

Sebagai tambahan kepada simptom khusus, ibu hamil juga mungkin mengalami pedih ulu hati, toksikosis disertai dengan muntah-muntah yang teruk, sakit perut, perut kembung dan cirit-birit.

Kesan Gastrik Terhadap Kehamilan

Walaupun para wanita hamil yang menderita gastrik mungkin mengalami gejala yang bertambah buruk sepanjang tempoh kandungan membesar, penyakit tersebut tidak akan memberi impak yang negatif terhadap proses kehamilan dan perkembangan janin dalam kandungan. 

Gastrik Ketika Hamil

Jenis Masalah Gastrik Yang Berlaku Terhadap Ibu Hamil 

Apakah perkara-perkara ini perlu dipandang serius berbanding yang lain?

Pedih ulu hati, muntah-muntah, sakit perut, kembung perut, dan cirit-birit akan menimbulkan ketidakselesaan yang minimum semasa kehamilan tetapi boleh menunjukkan masalah kesihatan yang lebih serius bergantung kepada keparahan dan kekerapan serangan gastrik berlaku. 

Amalkanlah langkah-langkah pertolongan kendiri dan rawatan di rumah untuk melegakan kerengsaan. Berbincanglah dengan pegawai perubatan anda sekiranya masalah masih berlanjutan.

Baca Juga : Gastrik Angin – Mitos dan Salah Faham Mengenainya

Ubat Gastrik Ketika Hamil

Antasid yang mengandungi aluminium, kalsium, dan magnesium didapati tidak teratogenik dalam kajian haiwan dan disyorkan sebagai rawatan utama bagi mengatasi masalah pedih ulu hati dan refluks asid semasa kehamilan. Antasid yang boleh diperoleh di kaunter  seperti Gaviscon dapat membantu anda mengatasi gejala pedih ulu hati secara berkala. 

Doktor juga boleh memberi preskripsi kepada anda berupa penyekat Histamine-2 (seperti ranitidine atau cimetidine) atau perencat pam proton (seperti omeprazole) jika gejala anda tidak bertindakbalas dengan baik terhadap antasid. 

Walaupun tidak ada bukti yang menunjukkan bahawa penggunaan ubat-ubatan ini berbahaya sepanjang kehamilan, tetaplah disarankan agar ubat tersebut hanya digunakan selama kehamilan mengikut keperluan dan kesesuaian, ketika mana tidak ada pilihan lain yang lebih baik. 

Sekiranya anda mengalami loya atau mual dan muntah (terutamanya pada awal trimester), doktor anda mungkin akan memberi anda ubat antiemetik tertentu, seperti Metoclopramide (nama jenama Maxolon) dan Domperidone (nama jenama Motilium). 

Walaubagaimanapun, sebahagian wanita dengan alahan kehamilan yang lebih teruk, iaitu Hyperemesis Gravidarum mungkin memerlukan rawatan dan pemeriksaan di hospital  secara lebih lanjut. 

Adakah Gastrik Menjadi Semakin Teruk Disebabkan Kehamilan?

Tidak, Ini mungkin disebabkan oleh penyakit yang sudah sedia ada sebelumnya, seperti adanya jangkitan Helicobacter pylori atau penyakit ulser peptik.

Baca Juga : Gastrik Sesak Nafas – Bahaya Ke?

Selain Ubat, Apa Cara Melegakan Gastrik Ketika Hamil?

Perubahan harus dilakukan pada tabiat pemakanan anda. Elakkan makanan yang pedas, makanan bergoreng, berasid dan tinggi lemak kerana makanan-makanan seperti ini boleh menyebabkan gastrik. 

Minuman berkafein juga menjadi penyebab berlakunya gastrik. Jadi, tukarlah kopi dan soda anda dengan teh herba dan air berperisa. 

Hidangan tertentu seperti daging merah, daging babi, dan makanan diproses mungkin tidak menimbulkan reaksi segera tetapi boleh memperburuk kesakitan dalam jangka masa yang panjang. 

Berbanding hanya makan tiga hidangan utama, kecilkan hidangan utama kepada sekitar empat hingga enam bahagian hidangan sepanjang hari. Diet anda mestilah terdiri daripada makanan yang mudah dicernakan oleh perut. 

Sebagai contoh, produk tenusu rendah lemak, sup, bubur, serta daging dan ikan tanpa lemak yang dimasak secara kukus atau rebus. Bilaslah tekak anda dengan menikmati jus segar yang diperbuat daripada buah-buahan dan sayur-sayuran pada akhir santapan.

Sekarang rasanya anda dah dapat sedikit sebanyak idea mengenai gastrik ketika hamil dari segi punca, simptom dan juga rawatannya. 

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan gastrik ketika hamil. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *