Gastrik Angin – Mitos dan Salah Faham Mengenainya

Gastrik

Gastrik angin tu macam mana?

 

Pasti ada antara kita yang pernah terlepas waktu makan. 

 

Tidak kiralah pada waktu sarapan, makan tengah hari atau makan malam. 

 

Gastrik Angin

 

Gaya hidup yang sibuk atau sengaja tidak makan pada waktunya kerana ‘diet’ atau ingin menurunkan berat badan.

 

Hal ini telah membuatkan ramai yang secara sengaja atau tidak sengaja melupakan waktu makan mereka. 

 

Namun begitu, tabiat ini bakal mendatangkan kesan sampingan yang akan mengundang ketidakselesaan kepada perut. 

 

Antaranya, perut akan terasa seperti kembung atau masuk angin, kerap sendawa dan terasa loya atau mual. 

 

Jika hal-hal ini berlaku, anda boleh dikatakan sedang mengalami masalah gastrik angin. 

 

Apakah sebenarnya yang menjadi punca kepada terjadinya gastrik angin? 

 

Bagaimanakah pula cara untuk mengatasinya? 

 

Mari kita rungkaikan persoalan-persoalan ini satu demi satu. 

 

Apakah yang dimaksudkan dengan gastrik angin?

 

 

Istilah gastrik angin selalunya merujuk kepada masalah perut yang terasa seperti kembung dan berangin. 

 

Sebenarnya, istilah ini secara medikalnya adalah kurang tepat.

 

Perkataan ‘gastrik’ dalam istilah perubatan didefinisikan sebagai ‘perut’. 

 

Manakala sakit atau radang dalam istilah perubatan adalah ‘itis’. 

 

Jadi istilah yang tepat bagi penyakit radang pada perut ini adalah gastritis.

 

Namun, disebabkan penggunaan istilah gastrik angin amat meluas di Malaysia, para doktor turut menggunakan istilah yang sama.

 

Ia adalah untuk memudahkan pemahaman pesakit dan untuk mengelak daripada timbulnya kekeliruan dan kesalahfahaman dalam kalangan orang awam.

 

Jadi apakah sebenarnya gastrik angin ini?

 

 

Gastrik angin atau gastritis merujuk kepada keradangan yang berlaku pada lapisan dinding perut. 

 

Keadaan ini berlaku apabila terjadinya gangguan terhadap lapisan perlindungan yang melindungi dinding perut.

 

Fungsi utama perut adalah mengeluarkan jus pencernaan bersifat asid (gastric juice).

 

Ia berfungsi untuk mencerna makanan dan membunuh kuman mahupun bakteria yang masuk melalui mulut, ketika anda sedang makan, bernafas dan sebagainya.

 

Disebabkan tahap keasidan dalam perut itu tinggi, terdapat satu mekanisme yang terbentuk yang dikenali sebagai mekanisme perlindungan. 

 

Ia berperanan untuk melindungi dan mencegah dinding perut daripada terhakis oleh jus pencernaan ketika proses pencernaan makanan berlaku. 

 

Gastrik Angin

 

Mekanisme perlindungan ini akan menghasilkan sejenis lapisan yang terdiri daripada cecair atau mukus yang menyaluti dinding perut.

 

Ia juga berfungsi menjadi penghadang kepada asid daripada menghakis dinding perut.

 

Jadi, seandainya anda mengalami masalah gastritis, ini menunjukkan bahawa telah berlakunya sesuatu yang menyebabkan terganggunya penghasilan lapisan pelindung dinding perut ini yang melemahkan fungsinya sebagai mekanisme perlindungan. 

 

Jenis-jenis gastrik angin atau gastritis

 

 

Terdapat tiga jenis gastritis atau gastrik angin yang boleh dihidapi oleh pesakit, iaitu:

 

Gastritis ringan: Terdapat keradangan atau pembengkakan yang disebabkan iritasi atau kerengsaan pada bahagian lapisan dinding perut yang bersentuhan dengan makanan.

 

Gastritis berat: Berlaku kecederaan seperti luka pada bahagian lapisan dinding perut yang bersentuhan dengan makanan, lalu menyebabkan gastritis berat.

 

Ulser gastrik (peptic ulcer): Ulser adalah sejenis luka terbuka yang juga sinonim dengan istilah bisul. 

 

Ulser gastrik bermaksud bisul pada bahagian dinding perut.  

 

Ulser yang terdapat di dinding perut ini boleh dikenalpasti melalui pensampelan najis(tinja) atau muntah di mana terdapat darah di dalam sampel yang dianalisis.

 

Faktor Penyebab Gastrik Angin atau Gastritis

 

 

Terdapat beberapa faktor yang menjadi penyebab kepada tercetusnya gastrik angin. 

 

Faktor-faktor ini memainkan peranan dalam mendatangkan gangguan terhadap penghasilan lapisan mukus bagi melindungi dinding perut.

 

Ia sekaligus akan mengakibatkan keradangan pada bahagian dinding perut tersebut.

 

Antaranya faktor-faktornya termasuklah:

 

1. Jangkitan bakteria ‘Helicobacter pylori

 

 

Bakteria ini boleh menjangkiti manusia melalui pengambilan makanan yang tercemar. 

 

Bakteria ini akan bergerak masuk ke lapisan mukus yang melindungi dinding perut. 

 

Apabila berjaya melepasi lapisan ini, bakteria H.pylori akan mula bersarang dan mengeluarkan bahan kimia yang boleh menghakis lapisan perlindungan pada dinding perut, lalu mengakibatkan rasa pedih dan sakit pada perut.

 

2. Pengambilan ubat tahan sakit NSAIDs

 

Gastrik Angin

 

NSAIDs adalah Non-steroidal Anti-inflammatory Drugs atau ubat anti keradangan bukan steroid. 

 

Ia sekumpulan ubat tahan sakit yang sering diberi doktor sebagai penahan rasa sakit. 

 

Jika diambil secara berpanjangan akan menyebabkan lapisan mukus yang menyaluti dinding perut terhakis sedikit demi sedikit. 

 

Ubat ini seringkali dipreskripsi oleh doktor untuk individu dengan masalah sakit sendi (keradangan) atau sakit otot kerana ia berfungsi untuk menghalang pembentukan prostaglandin yang mengakibatkan rasa sakit dalam badan. 

 

Namun, dalam masa yang sama, bahan kimia prostaglandin ini juga diperlukan untuk penghasilan mukus yang menyelaputi dinding perut. 

 

Pengambilan ubat ini secara berterusan akan menyebabkan penghasilan mukus menjadi semakin berkurang kerana ketidakhadiran prostaglandin yang cukup untuk menampung keperluan dalam proses penghasilan mukus. 

 

Hal ini akan menyebabkan lapisan perlindungan sedia ada menjadi kian lemah serta tidak mampu menjalankan tugasnya dengan optimum. 

 

Keadaan ini akan mengakibatkan asid perut yang tinggi sifat keasidannya menghakis dinding perut.

 

3. Terdapat tekanan  atau stress yang tinggi pada badan

 

 

Gastrik angin atau gastritis juga boleh berlaku apabila terdapatnya tahap tekanan yang tinggi bertindak memberi bebanan pada tubuh badan. 

 

Antara penyebab tekanan ini termasuklah pembedahan major disebabkan masalah kesihatan yang lain atau sebarang kecederaan teruk yang boleh merangsang penghasilan asid yang tinggi dalam perut.

 

4. Pengambilan alkohol secara berlebihan

Gastrik Angin

Minuman beralkohol dipercayai mampu mendatangkan kerengsaan dan menghakis lapisan perut, sekaligus menyebabkan ia terdedah kepada asid pencernaan.

 

Antara punca lain kenapa gastrik angin boleh berlaku adalah kerana:

  • Tindak balas dengan makanan atau ubat
  • Tindak balas dengan bahan kimia
  • Merokok
  • Peningkatan usia

 

Rasanya anda sudah makin jelas dengan apa yang dimaksudkan oleh gastrik angin kan?

 

Untuk merawatnya ada beberapa cara rawatan gastrik angin yang anda boleh lakukan.

 

Anda boleh juga baca : Rawat Gastrik – Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Parah

 

Atau anda juga berminat untuk mengetahui formulasi terkini yang dihasilkan oleh dua orang doktor pakar sebagai suplemen tambahan dalam bentuk yogurt.

 

Lebih sedap dan menyihatkan. Info lanjut anda boleh dapatkan di PrimerAlpha.my

 

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Gastrik Sesak Nafas – Bahaya Ke? - […] Baca Juga : Gastrik Angin – Mitos dan Salah Faham Mengenainya […]
  2. Gastrik Ketika Hamil – Punca, Simptom dan Rawatan - […] Baca Juga : Gastrik Angin – Mitos dan Salah Faham Mengenainya […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *