Simptom Gastrik – Sama Atau Berbeza Antara Individu?

Gastrik

Simptom gastrik tu macam mana sebenarnya ye? Gastrik adalah sejenis keradangan pada dinding lapisan perut. Terdapat pelbagai faktor yang boleh menyebabkan berlakunya gastrik sementara ubat-ubatan, perubahan diet, dan intervensi perubatan yang lain dapat membantu dalam menanganinya.

Gastrik boleh berlaku secara tiba-tiba, menghadirkan simptom ketara yang dapat  dikenalpasti namun cepat sembuh tanpa sebarang rawatan. Walau bagaimanapun, gastrik kronik mungkin tidak disedari kerana selalunya tidak menunjukkan sebarang gejala atau tanda. 

Simptom Gastrik

Tanpa rawatan, ia boleh menyebabkan komplikasi yang lebih serius dari semasa ke semasa. Bakteria Helicobacter pylori merupakan penyebab utama gastrik di seluruh dunia. Dalam kes lain, keradangan ini berpunca daripada kerengsaan di dinding perut, yang mungkin disebabkan oleh penggunaan alkohol secara berlebihan atau pengambilan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID), misalnya.

Gastrik kronik adalah masalah biasa, dan sumber menganggarkan bahawa lebih daripada 50% daripada jumlah penduduk dunia menghidap gastrik jenis ini sehingga ke beberapa tahap. 

Ini adalah masalah kesihatan awam yang perlu diberi perhatian, kerana keadaan masalah ini berkaitan dengan pelbagai  komplikasi yang lebih serius termasuklah ulser perut dan barah perut. Di bawah ini, kami akan kongsikan simptom gastrik yang anda perlu tahu.

SIMPTOM GASTRIK ATAU GEJALA GASTRIK 

Sesetengah orang yang menghidap gastrik mungkin tidak mempunyai gejala yang ketara, sementara yang lain mungkin mengalami gejala yang lebih teruk. Biasanya, pesakit melaporkan rasa sakit yang tajam, menikam-nikam, atau rasa terbakar di bahagian atas tengah, atau kiri atas perut. 

Kesakitan seringkali terasa hingga ke  belakang badan. Gejala biasa yang lain termasuklah kembung perut dan rasa loya atau mual. Apabila gastrik menyebabkan penghidapnya muntah, fizikal muntah tersebut mungkin jernih atau tidak berwarna, berwarna kekuning-kuningan atau kehijau-hijauan.

SIMPTOM GASTRIK TERUK

Simptom gastrik yang teruk termasuklah:

  • sesak nafas
  • sakit dada
  • muntah yang mengandungi darah
  • sakit perut yang teruk
  • pergerakan usus yang berbau busuk (kentut) 

Dapatkan rawatan perubatan segera untuk gejala berikut:

  • degupan jantung yang laju
  • berpeluh berlebihan
  • sesak nafas
  • sakit perut yang disertai dengan demam
  • muntah yang mengandungi darah
  • muntah berwarna kuning atau hijau dalam kuantiti yang banyak
  • najis berwarna hitam atau berdarah
  • pening dan pengsan

Baca Juga : Gastrik Teruk – Punca, Simptom dan Rawatan

SEBAB DAN JENIS GASTRIK

Gastrik berlaku apabila lapisan lendir pelindung perut menjadi terhakis dan melemah, membolehkan jus pencernaan merosakkan dinding perut. Ini membawa kepada keradangan kepada bahagian dinding perut tersebut.

Gastrik boleh menjadi semakin kronik secara perlahan-lahan dan bertahan lama, atau secara akut, yakni menyerang dengan serta-merta kemudian sembuh dengan cepat. Keadaan ini juga boleh menjadi erosif atau mengkakis atau non-erosif atau tidak mengkakis. 

Gastrik yang erosif adalah lebih teruk dan menyebabkan lapisan perut hancur. Ia mungkin datang menyerang secara tiba-tiba atau menjadi lebih teruk secara perlahan-lahan dalam tempoh waktu yang lama tanpa disedari penghidapnya. Sebaliknya, gastrik non-erosif pula menyebabkan perubahan pada lapisan dinding perut dan bukannya merosakannya secara beransur-ansur.

Baca Juga : Tanda-tanda Gastrik Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Terlambat

SIMPTOM GASTRIK : SUBJENIS GASTRIK 

Terdapat juga subjenis kepada gastrik. Contohnya, gastrik tekanan akut bersifat menghakis, dan wujud sebagai tindak balas kepada perubahan yang disebabkan oleh penyakit kritikal.

Berikut merupakan pelbagai penyebab berlakunya gastrik sehingga membawa kepada simptom gastrik:

BAKTERIA H. PYLORI

Simptom Gastrik

Selalunya, gastrik terjadi disebabkan oleh bakteria H. pylori, dan sekitar 35% orang di A.S. mempunyai bakteria ini dalam badan mereka.

BAHAN MERENGSA

Gastrik reaktif, yang disebabkan oleh perengsa, juga agak normal yang mempengaruhi 15% rakyat di A.S. NSAID, seperti ibuprofen (Advil) dan beberapa ubat lain yang biasa digunakan untuk menghilangkan rasa sakit, boleh menyebabkan kerengsaan perut dan gastrik. 

NSAID merupakan penyebab ulser perut yang paling sinonim yang bukan berasal daripada faktor jangkitan. Beberapa punca lain yang bertanggungjawab untuk masalah ini termasuklah alkohol dan hempedu.

KEADAAN AUTOIMUN

Gangguan autoimun juga boleh menyebabkan gastrik. Contohnya, pada pesakit  dengan gastrik atropik autoimun, sistem imunnya menyerang lapisan perut.

KEROSAKAN PADA PERUT

Trauma fizikal atau kerosakan pada dinding lapisan perut boleh menyebabkan gastrik. 

Contohnya, seseorang yang telah menjalani pembedahan membuang sebahagian perutnya mungkin mengalami gastrik postgastrectomy, yang menyebabkan lapisan pelindung pada dinding perut merosot.

Mekanisme di sebalik masalah ini masih belum jelas, tetapi gastrik postgastrectomy mungkin berpunca dari peningkatan refluks asid, hasil tindakbalas daripada saraf vagal, atau pengurangan jumlah asid yang dipicu oleh hormon.

SEBAB LAIN YANG MEMBAWA KEPADA SIMPTOM GASTRIK

Faktor diet biasanya tidak menyebabkan gastrik, tetapi alahan terhadap sesetengah makanan dan penyakit seliak dapat menyumbang kepadanya. Jenis gastrik yang berpunca dari masalah lain termasuklah:

  • Gastrik berjangkit yang tidak disebabkan oleh bakteria H. pylori: Virus dan kulat boleh menyebabkan gastrik pada pesakit yang mengalami gangguan imun atau menghidap penyakit lain dalam tempoh yang lama.
  • Gastrik radiasi: Apabila perut terkena radiasi, ini boleh merengsakan lapisan perut.
  • Gastrik eosinofilik: Ini boleh berlaku akibat reaksi alahan.
  • Penyakit Ménétrier: Ini jarang berlaku dan melibatkan pertumbuhan lipatan tebal dan sista di dinding perut.

Baca Juga : Gastrik – Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ia Parah!

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan simptom gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Gastrik Sesak Nafas – Bahaya Ke? - […] Baca Juga : Simptom Gastrik – Sama Atau Berbeza Antara Individu?  […]
  2. Gastrik Ketika Hamil – Punca, Simptom dan Rawatan - […] Baca Juga : Simptom Gastrik – Sama Atau Berbeza Antara Individu? […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *