Pernah dengar mengenai ubat gastrik Gaviscon? Sebelum kami cerita lebih lanjut mengenai ubat gastrik Gaviscon, rasanya anda perlu tahu dulu beberapa perkara yang berkaitan pedih ulu hati dan GERD.
Pedih ulu hati adalah rasa sakit yang membakar di dada atau tekak. Ia berlaku apabila asid dari perut keluar dan naik ke kerongkongan. Ini boleh berlaku apabila otot sfingter bawah (LES) iaitu otot yang terletak di antara perut dan esofagus anda, menjadi lemah atau tidak dapat ditutup dengan betul. Nama lain bagi penyakit ini adalah gastroesophageal reflux disease (GERD).
Ubat Gastrik Gaviscon Untuk Gejala Gastrik GERD
Selain daripada rasa seperti terbakar di bahagian belakang tekak, terdapat gejala lain seperti:
- Rasa terbakar dalam dada
- Kesukaran semasa menelan
- Rasa berasid di mulut atau belakang tekak
Punca pedih ulu hati atau Gastrik GERD
Gastrik GERD boleh berlaku kerana pelbagai sebab. Sebelum anda mula mengambil ubat gastrik Gaviscon, pastikan anda tahu terlebih dahulu kenapa ia berlaku. Antara sebabnya adalah:
Cara anda makan
- Makan dengan banyak menyebabkan perut anda mengeluarkan terlalu banyak asid dan membuatkan asid tertolak ke esofagus disebabkan ruang perut telah dipenuhi dengan makanan.
- Makan sebelum tidur boleh menyebabkan gastrik GERD kerana ketika berbaring, asid perut lebih mudah naik ke kerongkongan anda
- Makan dengan tergesa-gesa boleh menyebabkan anda tidak mengunyah makanan dengan betul, menjadikannya lebih sukar untuk dicerna dan untuk mengatasinya, perut anda akan menghasilkan lebih banyak asid.
Jenis makanan yang anda makan
- Makanan berlemak tinggal di perut lebih lama kerana lemak lebih lambat dicerna.
- Makan makanan pedas boleh menyebabkan anda cenderung mengalami gastrik GERD.
- Coklat dan pudina boleh memberi kesan relaks pada otot sfingter bawah yang menyebabkan asid terembes ke dalam tiub esophagus.
Jenis minuman yang anda minum
- Gelembung dalam minuman bersoda boleh meningkatkan tekanan dalam perut.
- Pengambilan alkohol boleh menyebabkan otot sfinkter bawah mengendur sehingga membiarkan asid perut naik .
- Minuman kafein dapat meningkatkan kemungkinan anda mengalami gastrik GERD.
- Jus sitrus juga boleh menjadi pencetus kerana mempunyai tahap keasidan yang tinggi.
Pencetus lain
- Tekanan dikaitkan sebagai kemungkinan penyebab gastrik GERD.
- Ubat seperti ubat jantung, asma dan tekanan darah tinggi mengundang kesan sampingan seperti pedih ulu hati.
- Berat badan berlebihan boleh memberi tekanan besar pada perut anda dan juga dapat melemahkan LES.
- Merokok boleh menyebabkan LES berehat.
- Memakai pakaian yang ketat di pinggang dan perut anda boleh menyebabkan GERD.
- Perubahan hormon dan fizikal seperti tekanan bayi pada saluran pencernaan dan perut semasa mengandung boleh menyebabkan GERD.
Ubat Gastrik Gaviscon – Cara Elakkan GERD
Untuk melegakan simptom GERD atau mencegahnya dari awal dan samada perlu atau tidak anda mengambil ubat gastrik Gaviscon, anda harus mempertimbangkan pencegahan kendiri seperti:
- Kecilkan kuantiti makanan: Cuba makan makanan dalam kuantiti yang kecil secara kerap.
- Elakkan makanan yang mencetuskan GERD: Kenalpasti makanan yang mencetuskan GERD dan elakkan pengambilannya. (makanan berlemak, bergoreng, pedas dan lain-lain)
- Makan dengan berhemah: Makan perlahan-lahan dan mengunyah dengan berhati-hati dapat membantu mengelakkan GERD.
- Pakai pakaian yang longgar: Garis pinggang yang ketat boleh memberi tekanan pada perut anda, jadi pilihlah pakaian yang lebih longgar.
- Berhenti merokok: Asap rokok diketahui dapat mengendurkan LES.
Sekiranya anda membuat keputusan untuk merawat sendiri masalah GERD, terdapat ubat-ubatan yang boleh diperolehi di kaunter. Anda mungkin boleh mempertimbangkan mengambil ubat gastrik Gaviscon Double Action.
Tindakan Berganda Ubat Gastrik Gaviscon
Ubat gastrik Gaviscon Double Action mula berfungsi dalam 3 minit. Ia bertindak meneutralkan asid berlebihan yang tidak diingini di dalam perut anda sambil membentuk lapisan pelindung atau rakit di bahagian atas isi perut anda. Halangan fizikal ini akan membantu menjaga kandungan perut dan asid di tempatnya.
Gaviscon Double Action dapat memberikan kelegaan yang berpanjangan sehingga 4 jam. Gaviscon Double Action juga boleh dibeli di kaunter farmasi di seluruh negara.
Bila Perlu Berjumpa Doktor
Masalah GERD atau pedih ulu hati tidak perlu menjadi masalah jangka panjang. Sekiranya anda bimbang gejala anda tidak bertambah baik, pastikan anda membuat janji temu bersama doktor anda untuk maklumat lebih lanjut.
Semua maklumat yang disampaikan tidak dimaksudkan untuk mendiagnosis atau merawat.
Rawatan Alternatif
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan susu ubat gastrik Gaviscon. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks