Probiotik, mesti hampir semua rakyat Malaysia pernah dengar perkataan ni kan? Paling tidak pun mesti ada terbaca di mana-mana. Tapi di mana ya? Anda pernah minum Vitagen? Atau Yakult?
Haa inilah antara produk-produk yang mengandungi probiotik yang famous kat Malaysia ni. Sebenarnya, apa yang dimaksudkan dengan probiotik ni? Biologi tahu lah belajar masa SPM dulu.
Probiotik dari Istilah Perubatan
Probiotik ni bermaksud mikroorganisma hidup yang bertujuan untuk memberi manfaat kesihatan ketika dimakan atau digunakan pada tubuh. Mereka boleh didapati dalam yogurt dan makanan yang ditapai (fermentasi), makanan tambahan serta produk kecantikan.
Ok, dah faham setakat ni? Mari kita teruskan.
Probiotik terdiri daripada pelbagai mikroorganisma. Yang paling biasa adalah bakteria yang tergolong dalam kumpulan yang disebut Lactobacillus dan Bifidobacterium. Bakteria lain juga boleh digunakan sebagai probiotik dalam bentuk ragi seperti Saccharomyces boulardii.
Kebaikan Probiotik
Fungsi probiotik secara amnya adalah untuk menjana semula sistem pencernaan dengan mikrob yang baik dan menyerang mikrob yang berbahaya. Mikrob yang baik akan menapai makanan anda dengan betul dan meningkatkan kesihatan anda.
Bakteria seperti Lactobacillus bertindak membantu tubuh anda mencegah penyakit. Bifidobacterium pula membantu tubuh anda melakukan fungsi penting seperti pencernaan dan membunuh bakteria berbahaya.
Gastrik
Gastrik ni terma perubatan bagi masalah gastrik angin yang selalu dihidapi masyarakat dunia amnya dan masyarakat Malaysia khususnya. Mesti anda semua pernah rasa sesak nafas, sengkak atau rasa kenyang sangat pada bahagian atas perut, terasa pedih atau panas terbakar dalam dada kan?
Itu semua adalah perkara biasa. Umumnya, semua orang akan merasai gejala-gejala yang dinyatakan sekurang-kurangnya sekali seumur hidup. Tetapi, haa ada tapinya. Jika anda merasakan gejala-gejala tersebut secara berulang-ulang, itu mungkin tanda-tanda gastrik angin atau gastrik.
Baca Juga : Apa Itu Gastrik – Punca, Simptom & Rawatan
Punca Gastrik
Gastrik atau gastrik angin adalah sejenis keradangan yang berlaku pada dinding lapisan perut. Keradangan ini boleh terjadi disebabkan berlakunya hakisan atau kerengsaan pada lapisan pelindung dinding perut.
Lapisan pelindung dinding perut ini boleh menjadi rosak disebabkan beberapa faktor. Antaranya adalah penyalahgunaan alkohol, jangkitan bakteria H.pylori atau penggunaan ubat-ubatan NSAIDS secara berpanjangan.
Namun, hari ini kita ingin sentuh sedikit bab jangkitan bakteria H.pylori.
Probiotik Sebagai Cara Merawat Gastrik
Seperti yang dinyatakan sebelum ini, fungsi probiotik atau bakteria baik ini adalah untuk meneutralkan atau membunuh bakteria jahat. Di sinilah fungsi probiotik ini. Ya, ia bertindak menyerang bakteria jahat H.pylori yang menjadi penyebab kepada gastrik atau gastrik angin ini.
Bakteria H.pylori ini boleh tersebar melalui tabiat pemakanan atau cara hidup yang kurang menitikberatkan kebersihan. Eew, jijik bukan? Secara habitualnya, setelah bakteria H.pylori ini menjangkiti manusia, ia akan membiak dalam perut (gastrik) pada bahagian dinding lapisan perut.
Apa yang menjadi masalahnya ialah, dah la menumpang, alih-alih dikerjakan tuan rumah dengan merosakkan lapisan pelindung dinding perut.
Ish…ish…ish…tak malunya!
Dasar parasit penumpang @#$%^!
Bakteria H.pylori ini akan merembeskan bahan kimia yang membuatkan lapisan pelindung dinding perut menipis. Ini membuatkan dinding perut terdedah dengan asid pencernaan (asid hidroklorik) yang menyebabkan keradangan pada dinding perut. Maka terjadilah gastrik. Ironi, bukan?
Baca Juga : Penawar Gastrik – Cara Terbaik Merawat Gastrik
Kaitan Bakteria H.pylori dan Probiotik
Probiotik akan menyerang bakteria H.pylori itu tadi dan mewujudkan keseimbangan mikrob dalam perut dan usus. Hal ini akan menyebabkan masalah gastrik yang disebabkan oleh bakteria ini akan membaik seterusnya dapat sembuh secara total. Ya lah kan, kubu kuat dah dikalahkan. Akar umbi telah dicantas. Mestilah menang besar!
Rawatan Alternatif
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan probiotik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks