Apa sebenarnya khasiat yogurt sehingga ia dikategorikan sebagai makanan atau minuman yang berkhasiat untuk kesihatan? Itulah apa yang akan kami kongsikan dalam perkongsian kali ini.
Kami akan kongsikan apa sebenarnya khasiat yogurt dan kenapa anda patut memilih untuk mula memasukkan yogurt ke dalam diet anda. Disini juga kami akan tunjukkan bahawa tidak semestinya anda perlu mengambil yogurt daripada jenama terkenal semata-mata.
Khasiat Yogurt – Pengenalan Yogurt
Yogurt adalah produk susu yang diperoleh melalui proses fermentasi (dibaca penapaian) mikroorganisma yang khusus dalam susu yang mesti aktif. Jumlah bakteria ini mestilah banyak dan mengandungi bakteria jenis Lactobacillus delbrueckii subsp. bulgaricus dan Streptococcus thermophilus. Fuh, berbelit lidah nak menyebutnya. Nasiblah baca dalam hati je, ye tak? Hehe.
BACA JUGA : Rawat Gastrik – Cara Paling Sesuai Untuk Anda?
Khasiat Yogurt – Bagaimana Ia Dihasilkan
Pengilang telah memperkenalkan pelbagai jenis yogurt dek kerana sambutan terhadap produk tenusu ini yang luar biasa. Bijak. Bijak. Ini termasuklah yogurt Greek, yogurt rendah lemak dan tanpa lemak, yogurt berkrim, minuman yogurt, bio-yogurt, yogurt beku dan lain-lain.
Namun, bahan asas dan pembuatannya adalah tetap sama. Susu. Susu? Ya, susu sahaja. Susu mentah yang telah diperah akan diproses di kilang di mana komposisinya diubahsuai sebelum digunakan untuk membuat yogurt. Susu kemudian akan dipasteurisasi (dipanaskan) sehingga 80 °C dan dihomogenkan (distabilkan komposisi lemak dan air supaya tidak terpisah).
Apabila pasteurisasi dan homogenisasi selesai, susu disejukkan sehingga 43-46 °C dan kultur fermentasi ditambahkan dalam kepekatan sekitar 2%. Kultur terdiri daripada dua jenis bakteria asid laktik iaitu Streptococcus thermophilus dan Lactobacillus delbrueckii subsp. bulgaricus.
Ini adalah proses fermentasi khas yogurt yang menghasilkan konsistensi, rasa, aroma dan manfaat kesihatan seperti membantu proses penghadaman. Setelah sejuk, buah-buahan, gula dan bahan-bahan lain dapat ditambahkan untuk mendapatkan pelbagai jenis produk dan yogurt akan dibungkus selepas itu.
Akhirnya, produk disejukkan dan disimpan pada suhu penyejukan (5 °C) untuk melambatkan perubahan fizikal, kimia dan mikrobiologinya. Panjang kan prosesnya? Sebab itulah yogurt merupakan makanan yang berkualiti tinggi.
BACA JUGA : Khasiat Madu dan Manfaat Untuk Kesihatan
Khasiat Yogurt – Makanan Ringan Yang Sihat
Kunci makanan ringan yang sihat adalah berdasarkan kepada kepadatan nutrien dan tabiat makan. Bukannya makanan yang timbangannya ringan menjadikannya sihat ya. Bukan bukan.
Tabiat makan yang baik haruslah merangkumi makan hanya semasa lapar. Contohnya, makan bukan hanya untuk keseronokan atau sebagai tindak balas kepada tekanan atau kebosanan.
Jadi, makan untuk hidup, bukan hidup untuk makan. Gitu. Makanan ringan yang ideal harus mempunyai kepadatan nutrien yang tinggi. Sebaliknya, makanan ringan yang tidak sihat nutrisinya rendah manakala kalorinya tinggi. Jadi, yogurt boleh menjadi contoh makanan ringan yang sihat kerana nutrisinya tinggi dan kalorinya rendah.
BACA JUGA : Jenis Madu dan Khasiat Madu Untuk Kesihatan
Bolehkah pengambilan yogurt meningkatkan kesihatan usus?
Kini, telah diperakui bahawa apa yang kita makan dapat mempengaruhi mikroorganisma yang terdapat di dalam usus kita. Fermentasi merangkumi proses penguraian makanan mentah oleh mikroorganisma. Proses khusus ini dapat meningkatkan khasiat makanan tersebut dan ini menarik perhatian pelbagai jenis penyelidikan.
Yogurt adalah produk tenusu fermentasi yang mengandungi berjuta-juta mikro-organisma hidup. Ia dapat mempengaruhi komposisi mikrobiota dalam usus seterusnya boleh meningkatkan kesihatan usus.
Kandungan bakteria baik dalam yogurt membantu mengimbangkan jumlah bakteria jahat dalam sistem pencernaan. Ini membolehkan sebarang gejala berkaitan gastrik (dibaca perut) dapat dikurangkan. Contohnya, gastritis disebabkan oleh bakteria H. pylori.
Jangkitan H. pylori menyebabkan lapisan pelindung dinding usus menipis. Ini menyebabkan cecair asid hidroklorik dapat menghakis dinding perut yang menyebabkan keradangan yang disebut gastritis.
Jadi, bakteria baik dalam yogurt akan membasmi bakteria H. pylori ini dan mengurangkan penguasaan bakteria tersebut dalam perut. Hasilnya, gejala gastritis dapat dikurangkan. Ini menyebabkan kualiti hidup penghidap gastritis menjadi lebih baik.
Konklusinya, yogurt sangat bagus untuk kesihatan tubuh badan amnya, dan kesihatan perut serta sistem penghadaman khususnya. Jadi, ambillah yogurt untuk masa depan perut dan usus yang sihat.
Rawatan Alternatif
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Kesannya daripada pengambilan Primer Alpha, anda akan lihat:
- Badan dan perut lebih selesa dan tak lagi sakit sebab berangin, kembung atau mencucuk-cucuk.
- Tak ada lagi rasa masam di tekak, panas di dada, angin tersekat seperti bola ketika menelan.
- Dah boleh makan sedap-sedap, makanan pedas, masam dan berminyak.
Primer Alpha memberikan anda kelegaan dan ketenangan berpanjangan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha dengan menekan butang dibawa
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan cara rawat gastrik. Gastrik harus dirawat dengan segera kerana risau akan berlaku masalah yang lebih serius lagi. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments