Ada banyak sangat sebenarnya jenis madu. Kadang-kadang kita sendiri pun dah rasa pening bila kita mula nak ambil tahu berkenaan madu. Belum lagi sampai part kita nak membeli madu. Makin pening dibuatnya.
Jangan risau. Dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan anda segalanya yang anda perlu tahu mengenai jenis madu dan juga khasiat yang ada padanya. Jom baca.
Jenis Madu
a. Madu Soba
Madu Soba ini dihasilkan di sebahagian negeri utara US, termasuklah New York dan Ohio. Warna coklat gelapnya menggambarkan rasanya yang kuat yang menjadikannya madu yang popular dalam kalangan penggemar madu.
Madu soba sangat tinggi kandungan anti-oksidan dan terkenal dengan sifat anti-bakteria. Sebilangan strain Kanada dikatakan berkesan melawan beberapa jangkitan yang paling sukar untuk dirawat seperti MRSA.
Ia juga merupakan pilihan yang sangat baik untuk merawat batuk dan sakit tekak. Madu dikatakan dapat membantu menurunkan kadar kolesterol dan antara jenis yang paling sering digunakan untuk rawatan luka dan masalah kulit.
BACA JUGA : Prebiotik – Apa Yang Anda Perlu Tahu
b. Madu Akasia
Madu akasia berwarna kuning cerah, rasanya sangat manis dengan pati bunga dan rasa madu tulen yang tidak mengubah rasa teh. Madu akasia adalah madu yang popular kerana ia tinggi fruktosa dan rendah glukosa.
Jadi, pengkristalannya akan menjadi lambat walaupun disimpan lama. Madu akasia juga merupakan madu yang dapat dinikmati oleh kebanyakan pesakit diabetes tanpa masalah.
Madu jenis ini kaya dengan flavonoid, sejenis antioksidan yang dipercayai dapat membantu merawat penyakit jantung dan juga beberapa jenis barah. Ia juga berkesan terhadap sejumlah bakteria kerana tindakbalasnya melepaskan hidrogen peroksida secara perlahan-lahan, memecahkan dinding sel bakteria.
Terdapat juga individu menggunakan madu akasia sebagai rawatan atau pencegahan jerawat dan keadaan kulit yang lain, kerana kekuatan antibakterianya. Lepas ni, kalau anda nak kecutkan jerawat yang datang tak diundang tu, bolehlah cuba sapukan madu pada bahagian jerawat tersebut.
c. Madu Manuka
Bercakap mengenai agen antibakteria, madu Manuka sangat digemari kerana kekuatan khasiatnya. Madu ini dihasilkan di New Zealand dari bunga-bunga pokok teh.
Ia disukai kerana manfaat kesihatannya walaupun rasanya seperti ubat. Kajian menunjukkan bahawa madu Manuka sangat berkesan untuk luka dan FDA telah menyetujui penggunaannya untuk tujuan tersebut.
Madu sering digunakan untuk mempromosikan penyembuhan luka terbakar dan juga ulser diabetes, kerena sifat antibakterianya. Ia juga melindungi luka daripada lembapan dan memastikan kawasan luka berasid dan kondusif untuk penyembuhan sambil mempromosikan pembentukan sel baru.
BACA JUGA : Khasiat Probiotik Yang Ramai Tidak Tahu
Madu Manuka juga sangat disarankan kepada penghidap gastritis yang disebabkan oleh bakteria H.pylori. Sifat anti-bakterianya boleh melawan kuman H.pylori yang mendiami dinding perut yang menyebabkan keradangan pada lapisan perut, penyebab kepada gastritis.
Ia juga bersifat antiradang yang akan melegakan luka atau ulser yang berpunca daripada hakisan asid perut disebabkan lapisan pelindung dinding perut yang rosak. Puncanya? Bakteria parasit H.pylori inilah.
d. Madu Bunga Liar
Ini adalah entri multifloral pertama dalam senarai kami, kerana ia dihasilkan dari nektar pelbagai jenis bunga liar. Warna, rasa dan kepekatannya berbeza bergantung kepada sumber nektar yang berbeza-beza mengikut musim.
Manfaat kesihatannya juga pelbagai, tetapi sifat antioksidan dan pelega batuk berkait rapat dengan kebanyakan jenis madu. Terdapat satu khasiat khusus dalam madu bunga liar iaitu memakannya adalah cara terbaik untuk melawan alahan bermusim.
Alahan ini sering dicetuskan oleh bunga liar yang menjadi sumber penghasilan madu tersebut.
BACA JUGA : Probiotik Untuk Dewasa – Kesihatan Lebih Terjamin
e. Madu Tupelo
Lagu popular Van Morrison dari tahun 1970-an merujuk kepada kemanisan madu Tupelo, yang mungkin merupakan varieti paling manis dalam semua jenis madu. Ia juga merupakan salah satu madu paling ringan dan termahal di dunia.
Madu Tupelo dihasilkan di paya terpencil Florida dan Georgia. Penuaiannya semasa musimnya yang singkat memerlukan peralatan khas dan banyak tenaga kerja yang menyebabkan kosnya tinggi.
Madu Tupelo mempunyai warna kuning muda dan warna hijau. Kandungan fruktosanya tinggi menjadikannya sangat manis. Ia juga sangat tahan lama sebelum mengkristal.
Manfaat yang berkaitan dengan madu Tupelo pada dasarnya adalah kesan antibakteria dan antioksidan. Rupanya banyak jenis madu dalam dunia ni. Yang kita tahu, madu tu madu la. Paling tidak pun madu kelulut dengan madu tualang. Yang lain tak pernah dengar.
Suplemen BERASASKAN MADU UNTUK GASTRIK
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu untuk menyihatkan perut. Ia juga sangat sesuai untuk mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan jenis madu. Ia sangat membantu terutamanya jika anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments