Probiotik Untuk Apa – Jom baca Fakta Probiotik!

Probiotik

Probiotik untuk apa sebenarnya? Mungkin ada sendiri dah selalu sangat tertanya-tanya apa sebenarnya fungsi probiotik atau kebaikan probiotik.  Siapa sangka ada manfaat yang boleh diperoleh daripada bakteria?

Lebih hebat lagi, ada yang membuat keuntungan daripada mikroorganisma ini. Bakteria apa yang menguntungkan sangat ni? Bukan semua bakteria ni tak bagus ke? Jawapannya, salah. 

Terdapat bakteria yang bagus untuk kesihatan manusia. Nama diberi ialah probiotik. Namanya pun dah superb sangat. Belum cerita akan fungsinya lagi tau. Probiotik adalah mikroorganisma hidup yang terdapat dalam yogurt dan makanan fermentasi.

Ia dapat membantu mewujudkan keseimbangan mikrob dalam tubuh dan membantu meningkatkan kesihatan tubuh manusa. Dahsyat kan? Tak padan dengan kecil. Itulah kecil-kecil cili padi.

Probiotik Untuk Apa?

Probiotik Untuk Apa

Tubuh manusia terdiri daripada kolonisasi bakteria baik dan buruk. Mereka terdapat di mana-mana sahaja – mulut, usus, dan kulit. Probiotik boleh membantu:

  • meningkatkan fungsi imun
  • melindungi daripada bakteria jahat bagi mencegah jangkitan
  • meningkatkan pencernaan dan penyerapan makanan dan nutrien.

Dalam keadaan normal atau seimbang, bakteria baik di usus melebihi bakteria jahat.  Probiotik bertindak sebagai bakteria bermanfaat dalam usus yang membuat penghalang fizikal terhadap bakteria jahat. Kira macam polis dan penjenayah la ni. Hero and villain. Probiotik vs bakteria jahat.

Probiotik juga dapat membantu mengimbangi ketidakseimbangan bakteria yang disebabkan oleh pengambilan antibiotik.  Antibiotik membunuh semua jenis bakteria, termasuklah yang sering menyebabkan kekembungan, kekejangan atau cirit-birit.  Manfaat probiotik dapat dilihat dalam rawatan atau pencegahan penyakit seperti cirit-birit, sindrom usus besar, kolitis ulseratif, dan penyakit Crohn.

Probiotik juga dapat membantu memecahkan protein dan lemak di saluran pencernaan. Macam best je ni. Bunyi-bunyi boleh kurus ni. Suatu manfaat yang sangat baik untuk membantu bayi atau pesakit yang memerlukan nutrien untuk membesar dan pulih. Jadi, kalau orang tanya ada probiotik untuk apa, anda dah tahu apa nak dijawab kan?

Baca Juga : Ubat Gastrik Terbaik di Farmasi – Mana Yang Terbaik Untuk Anda?

Probiotik Untuk Apa – Sumber Probiotik

Produk tenusu yang diperam atau dikultur adalah sumber utama probiotik. Sumber probiotik lain termasuklah:

  • miso
  • tempe
  • minuman soya
  • dadih
  • susu yang ditapai.

Kewujudan bakteria berlaku secara semula jadi dalam makanan ini atau telah ditambahkan semasa penyediaan. Probiotik juga boleh didapati sebagai makanan tambahan dalam bentuk kapsul, tablet atau serbuk. Berikut adalah jenis probiotik yang paling biasa:

  • Lactobacillus acidophilus
  • Lactobacillus bulgaricus
  • Lactobacillus casei
  • Lactobacillus gasseri
  • Lactobacillus plantarum
  • Bifidobacterium bifidum
  • Bifidobacterium lactis
  • Bifidobacterium longum
  • Enterococcus faecium
  • Saccharomyces boulardii.

Perlu diingat bahawa yogurt hanya akan dianggap probiotik, sekiranya ia mengandungi salah satu bakteria yang tertera di atas. Jadi, anda mestilah membaca label dengan teliti. Jangan main belasah je asalkan yogurt ya! Semua yogurt mestilah dirawat dengan strain Lactobacillus bulgaricus dan Streptococcus thermophilus.

Baca Juga : Ubat Gastrik di Farmasi – Jenis dan Kesesuaian Dengan Jenis Gastrik

Kebaikan Probiotik

Jika ditanya mengenai probiotik untuk apa, komuniti saintifik bersetuju bahawa terdapat potensi manfaat kesihatan untuk pengambilan makanan dengan probiotik. Tetapi, lebih banyak kajian diperlukan untuk mengukuhkan tuntutan tersebut. Yang terbaik yang boleh kita katakan sekarang ialah mereka tidak akan menyakitkan dan boleh membantu.

Banyak sungguh kebaikan probiotik ya. Jadi lepas ni, bolehlah masukkan probiotik dalam diet anda. Nikmati kebaikan probiotik secara sederhana. Jangan sampai telan botol yogurt sekali sudah. Berpada-padalah ya!

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan probiotik untuk apa. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *