Tanda Gastrik Angin – Cegah Sebelum Parah

Gastrik Angin

Tanda gastrik angin sama ke dengan gastrik lain? Gastrik akan berlaku apabila lapisan perut mengalami keradangan. Ini merupakan perkara yang umum dan sering terjadi terutamanya kepada warga tua.

Gejala Gastrik

Kebanyakan individu yang mengalami tanda gastrik angin selalunya mengabaikannya kerana gastrik seringkali tidak menunjukkan sebarang gejala yang ketara, terutamanya gastrik yang disebabkan oleh jangkitan bakteria. Individu yang mendapat jangkitan bakteria ini biasanya tidak mengalami apa-apa simptom.

Tanda Gastrik Angin

Dalam kes lain, gastrik juga boleh menyebabkan:

  • Rasa senak pada bahagian atas perut terutamanya selepas makan.
  • Rasa sakit yang menggigit atau rasa yang panas seperti terbakar dalam perut
  • Kesakitan dan ketidakselesaan perut yang kerap atau berpanjangan
  • Rasa kenyang selepas makan walaupun kuantitinya sangat sedikit

Tanda gastrik angin yang teruk pula termasuklah:

  • sesak nafas
  • sakit dada
  • muntah yang mengandungi darah
  • sakit perut yang teruk
  • kentut yang berbau busuk
  • pergerakan usus atau najis yang berbau busuk

Sekiranya lapisan perut mengalami kerosakan (gastrik erosif) dan terkena asid perut, gejala yang mungkin timbul termasuklah sakit perut, pendarahan atau ulser perut.

Gejala gastrik boleh timbul secara tiba-tiba dan teruk (gastrik akut) atau bertahan lama (gastrik kronik).

Rawatan Selepas Mendapat Tanda Gastrik Angin

Sekiranya anda mengalami gangguan pencernaan dan sakit perut serta tanda gastrik angin yang lain, anda boleh mencuba rawatan ini dengan perubahan pada diet dan gaya hidup anda, atau dengan ubat-ubatan yang boleh anda dapatkan dari farmasi, seperti antasid.

Anda perlu segera untuk bertemu dengan doktor sekiranya:

  • anda mengalami gejala gangguan pencernaan yang berlangsung selama seminggu atau lebih lama, atau menyebabkan anda mengalami  sakit perut yang teruk atau tidak selesa
  • anda fikir ia disebabkan oleh ubat yang diambil
  • anda memuntahkan darah 
  • degupan jantung yang cepat
  • berpeluh secara berlebihan
  • sesak nafas
  • sakit perut yang disertai dengan demam
  • muntah kuning atau hijau dalam kuantiti yang banyak
  • najis berwarna hitam atau berdarah
  • pening dan pengsan

Sakit perut dan sakit pada bahagian abdomen tidak semestinya menjadi simptom gastrik atau tanda gastrik angin. Kesakitan juga boleh disebabkan oleh pelbagai perkara lain, dari angin terperangkap hingga sindrom iritasi usus (IBS).

Baca Juga : Apa Itu Gastrik – Punca, Simptom & Rawatan

Diagnosis Gastrik

Doktor boleh mengesyorkan satu atau lebih ujian-ujian yang berikut sekiranya anda mengalami tanda gastrik angin:

  • ujian najis – untuk memeriksa jangkitan atau pendarahan dalam perut.
  • ujian nafas untuk jangkitan Helicobacter pylori (H. pylori) – cecair jernih tanpa rasa yang mengandungi karbon radioaktif diminum dan kemudian meniup nafas ke dalam beg. 
  • endoskopi – tiub fleksibel (endoskop) dimasukkan ke kerongkong dan masuk ke esofagus dan perut anda untuk mencari tanda-tanda keradangan
  • menelan barium – anda diberi larutan barium, yang muncul dengan jelas pada sinar-X ketika melewati sistem pencernaan anda

Baca Juga : Penawar Gastrik – Cara Terbaik Merawat Gastrik

Punca Gastrik

Gastrik biasanya disebabkan oleh perkara-perkara berikut:

  • jangkitan bakteria H. pylori
  • penggunaan kokain atau alkohol yang berlebihan
  • merokok
  • mengambil aspirin, ibuprofen atau ubat tahan sakit lain secara berkala yang tergolong sebagai ubat anti-radang bukan steroid (NSAID)
  • tekanan – seperti kecederaan teruk atau penyakit kritikal, atau pembedahan besar
  • reaksi autoimun – apabila sistem kekebalan tubuh secara salah menyerang sel dan tisu badan sendiri (dalam kes ini, lapisan perut)

Gastrik H. pylori

Kebanyakan individu yang dijangkiti H. pylori tidak menyedarinya. Jangkitan pada perut ini adalah perkara biasa dan selalunya tidak menimbulkan gejala. Tetapi jangkitan H. pylori kadang-kadang boleh menyebabkan gangguan pencernaan yang berulang-ulang, kerana bakteria tersebut dapat menyebabkan keradangan pada lapisan perut.

gastrik seperti ini lebih kerap berlaku pada kumpulan usia yang lebih tua dan biasanya menjadi penyebab kepada kes-kes kronik (berterusan) yang tidak erosif. Jangkitan pada perut oleh bakteria H. pylori biasanya kekal seumur hidup, kecuali jika ia dirawat dengan antibiotik.

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan tanda gastrik angin. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *