Cara Merawat Gastrik Tanpa Ubat – Jom Amalkan

Rawat Gastrik

Ada ke cara merawat gastrik tanpa ubat? Sebenarnya, terdapat beberapa semula jadi yang boleh dipraktikkan bagi penghidap gastrik akut mahupun kronik. Pendekatan secara semula jadi bermaksud tiada rawatan perubatan diperlukan dan semata-mata mengubah corak pemakanan dan aktiviti seharian. Berikut adalah beberapa cara yang secara semula jadi dapat membantu mengurangkan gejala gastrik:

1. Hindarkan makanan yang menyebabkan keradangan

Langkah paling penting dalam cara merawat gastrik tanpa ubat adalah dengan mengelakkan diet yang mengundang kepada keradangan. Diet yang buruk merupakan faktor risiko gastrik kerana mendorong kepada berlakunya keradangan pada saluran pencernaan, dapat meningkatkan risiko sindrom usus bocor atau sensitif makanan dan dapat menyumbang kepada kekurangan nutrien yang memperburuk gejala gastrik.

Kaedah menguruskan gastrik dengan diet anda termasuklah:

  • Mengurangkan pengambilan makanan yang diproses.
  • Gantikan makanan yang diproses dengan makanan yang segar terutamanya sayur-sayuran dan buah-buahan.
  • Elakkan minuman bergula dan minum lapan gelas air setiap hari.
  • Bahagikan hidangan kepada jumlah yang lebih kecil dan lebih kerap memakannya. Segerakan sarapan dan sekurang-kurangnya makan tiga jam sebelum tidur..
  • Melakukan eksperimen terhadap jenis makanan yang menyebabkan gejala gastrik menyerang seperti lada, buah citrus, kafein atau tomato serta elakkan pengambilannya.
  • Hindarkan alkohol kerana alkohol boleh menipiskan lapisan pelindung dinding perut.

Baca Juga : Ubat Gastrik Angin – Mana Paling Berkesan?

2. Makan nutrien yang lebih bermanfaat

Cara Merawat Gastrik Tanpa Ubat

Gastrik boleh menyebabkan gejala seperti anemia, kembung, muntah, kekurangan dan dehidrasi, jadi penting untuk mencegah komplikasi dengan mengambil makanan yang tinggi nutrien dan minimum pemprosesannya. Ia merupakan diantara cara merawat gastrik tanpa ubat yang paling berkesan. Obesiti pula boleh meningkatkan risiko anda untuk gastrik, ulser perut dan masalah pencernaan lain. Diet penyembuhan gastrik yang kebanyakannya mengandungi sayur-sayuran, buah-buahan, protein berkualiti tinggi dan lemak sihat dapat membantu menguruskan keradangan, membolehkan anda mengekalkan berat badan yang sihat, dan mencegah kekurangan vitamin, mineral dan antioksidan yang kritikal.

Penyelidikan menunjukkan bahawa makanan yang dapat membantu menangani gejala gastrik termasuklah makanan yang tinggi antioksidan, bawang, bawang putih, labu, paprika, kekacang, kacang yang direndam, biji-bijian, sayur-sayuran, daging atau ayam ternakan organik. Makanan tambahan seperti asid lemak omega-3, probiotik dan vitamin C juga boleh bermanfaat bagi penghidap gastrik.

3. Mengurangkan kebergantungan ubat-ubatan kaunter

Cara Merawat Gastrik Tanpa Ubat

Menurut Pusat Perubatan Universiti Maryland, sehingga 20 peratus individu yang menggunakan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) secara berterusan mengalami masalah gastrik akibat perubahan asid perut dengan cara mengubah bagaimana tubuh anda menghasilkan sejenis enzim yang biasanya membantu membina lapisan perut.

Contohnya, jika anda mengalami sakit otot atau sendi yang kronik, pertimbangkan untuk menggunakan minyak pati anti-radang seperti minyak pudina. Untuk sakit kepala dan gejala PMS, berusahalah untuk mengurangkan tekanan dengan bersenam atau melakukan regangan dan cuba minum suplemen magnesium. Sekiranya anda perlu mengambil ubat tahan sakit, gunakan jenis yang berlabel acetaminophen (seperti Tylenol), yang terbukti tidak dapat mengubah lapisan perut atau meningkatkan gejala gastrik. 

Baca Juga : Ubat Gastrik Tradisional – Alternatif Rawatan Moden

4. Mengawal keradangan melalui senaman dan mengawal tekanan

Gaya hidup yang tidak aktif dan tekanan yang tinggi dapat meningkatkan keradangan, yang merosakkan organ pencernaan. Individu yang terdedah kepada gejala gastrik dan masalah pencernaan lain (seperti IBS atau IBD) disyorkan untuk melakukan senaman secara berkala selama sekurang-kurangnya 30 minit sehari sekerap lima hari seminggu. Cara merawat gastrik tanpa ubat ini lebih kepada mengubah gaya hidup. Senaman adalah cara yang baik untuk meningkatkan fungsi imun, membantu mengekalkan berat badan yang sihat, menyeimbangkan hormon dan mengawal tekanan.

Tekanan juga dapat meningkatkan pengeluaran asid perut yang menjadikan gejala gastrik lebih menyakitkan. Individu yang mengalami kegelisahan dan tekanan yang tinggi mempunyai fungsi imun yang lebih lemah. Terdapat bukti bahawa amalan menghilangkan tekanan seperti mengamalkan pernafasan dalam, yoga, tai chi, akupunktur dan meditasi dapat membantu dalam mengawal masalah pencernaan, termasuklah gastrik.

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan cara merawat gastrik tanpa ubat. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Probiotik Untuk Dewasa – Kesihatan Lebih Terjamin - […] Baca Juga : Cara Merawat Gastrik Tanpa Ubat – Jom Amalkan […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *