Gastrik merupakan istilah yang merujuk kepada sebarang keadaan yang mendatangkan keradangan pada dinding lapisan perut anda.
Penyalahgunaan alkohol, penggunaan ubat tahan sakit yang berpanjangan serta jangkitan bakteria H. pylori boleh menyebabkan gastrik.
Gejala gastrik yang biasa hadir adalah loya, muntah dan rasa sakit yang menggigit-gigit dalam perut.
Sebilangan besar individu yang mengalami gastrik dapat merawat sendiri dan melegakan gejala mereka.
Ada kalanya gastrik bermaksud anda perlu berjumpa dengan doktor dan menjalani rawatan, tetapi ada juga cara untuk merawat gastrik dengan rawatan kendiri di rumah.
Teruskan membaca untuk mengetahui bagaimana cara hilangkan gastrik di rumah.
Baca Juga : Punca Gastrik – Derita Dalam Diam Tanpa Anda Sedari
Cara Hilangkan Gastrik – Rawatan di Rumah
Rawatan gastrik boleh juga dilakukan di rumah.
Namun, pastikan anda mendapatkan nasihat doktor andai anda mempunyai simptom gastrik yang serius.
1. Diet anti-radang
Gastrik diaktifkan apabila sistem pencernaan anda dibebani dan terdapat keradangan pada lapisan dinding perut anda.
Anda boleh memilih untuk mengambil makanan yang mengurangkan keradangan dan mengelakkan makanan yang mencetuskan kerengsaan pada lapisan dinding perut.
Makanan yang mengundang gastrik mungkin berbeza-beza bagi setiap individu.
Jadi, dengan mencatat jurnal pemakanan anda selama seminggu akan membantu anda dalam mengenal pasti makanan mana yang menyebabkan gastrik anda tercetus.
Sebagai panduan umum, makanan-makanan berikut cenderung mencetuskan keradangan pada selaput lendir yang melapisi perut anda:
- makanan yang diproses dan berpengawet
- makanan dengan kandungan gluten yang tinggi
- makanan yang berasid seperti produk tenusu
- makanan yang tinggi kandungan gula
2. Ekstrak bawang putih
Sekurang-kurangnya 50% populasi dunia mempunyai bakteria H. pylori, bakteria yang menyebabkan gastrik, dalam saluran pencernaan mereka.
Apabila gastrik berpunca daripada bakteria H. pylori, ekstrak bawang putih dapat membantu menyingkirkan bakteria ini.
Satu kajian menunjukkan bahawa pengambilan ekstrak bawang putih adalah cara yang berkesan untuk membunuh bakteria H. pylori.
Anda boleh menghancurkan bawang putih mentah dan minum ekstraknya dengan sudu teh.
Atau anda boleh membeli ekstrak bawang putih yang telah diperam (pilihan ini mempunyai potensi yang lebih baik).
Kajian pada tahun 2018 menunjukkan manfaat pengambilan bawang putih, termasuklah pengurangan daripada berlakunya barah terhadap sistem pencernaan.
Tetapi masih belum cukup bukti untuk mengatakan bahawa bawang putih dapat mengurangkan bakteria H. pylori dan menjadi cara hilangkan gastrik.
3. Probiotik
Probiotik dapat meningkatkan tahap pencernaan anda dan memastikan pergerakan usus anda berlaku secara tetap.
Mengambil suplemen probiotik akan memperkenal bakteria baik ke dalam saluran pencernaan anda serta dapat menghentikan penyebaran H. pylori.
Seterusnya ia membantu memulakan proses penyembuhan usus anda sekaligus menjadi cara hilangkan gastrik.
Anda juga boleh mengambil makanan yang melalui proses fermentasi yang mengandungi probiotik, seperti:
- kimchi
- kombucha
- sauerkraut
- yogurt
- kefir
4. Teh hijau dengan madu Manuka
Pengambilan teh hijau dengan madu dalam diet anda mempunyai beberapa manfaat yang berpotensi untuk menyembuhkan gastrik.
Dengan meminum air suam pula dapat memberi kelegaan terhadap saluran pencernaan dan memudahkan proses pencernaan dalam perut anda.
Satu kajian menunjukkan perbezaan yang signifikan terhadap individu peghidap gastrik yang minum teh dengan madu hanya sekali seminggu.
Madu Manuka juga telah terbukti mempunyai sifat antibakteria yang berkesan memastikan jangkitan bakteria H. pylori sentiasa terkawal.
5. Makanan lebih kecil
Gejala gastrik tidak hanya menjadi lebih buruk oleh apa yang anda makan.
Ia juga bertambah teruk dengan cara anda mengambil makanan.
Apabila anda menghidapi gastrik, penting bagi anda untuk membantu proses pencernaan menjadi semudah yang mungkin bagi perut dan usus anda.
Apabila anda makan makanan dalam kuantiti yang banyak, ia akan memberi tekanan kepada saluran pencernaan anda.
Tujuannya adalah untuk memproses semua makanan itu menjadi tenaga dan sisa.
Kesimpulannya, lebih baik mengambil makanan dalam kuantiti yang kecil serta dibahagikan hidangannya kepada lima atau enam hidangan sepanjang hari.
Ia akan menjadi diantara cara hilangkan gastrik paling mudah untuk anda lakukan.
Berbanding dengan pengambilan karbohidrat dan kalori dua atau tiga kali sehari dapat meredakan gejala gastrik.
Baca Juga : Makanan Untuk Gastrik – Apa Yang Terbaik dan Terburuk
6. Perubahan gaya hidup
Gastrik adalah salah satu faktor risiko untuk menghidap barah perut. Jadi dengan mengetahui pilihan gaya hidup yang boleh mengelakkannya adalah suatu pilihan yang bijak.
Kurangkan berat badan anda jika diperlukan. Menghindarkan diri daripada merokok dan mengambil alkohol akan memperbaiki gejala gastrik anda.
Elakkan menggunakan ubat tahan sakit yang boleh didapati di kaunter seperti aspirin dan ibuprofen. Hal ini kerana ia boleh merosakkan lapisan dinding perut anda dari semasa ke semasa.
Sekian sahaja perkongsian kali ini mengenai cara hilangkan gastrik. Jangan lupa untuk baca perkongsian kami yang lain juga.
RAWATAN ALTERNATIF
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Kesannya daripada pengambilan Primer Alpha, anda akan lihat:
- Badan dan perut lebih selesa dan tak lagi sakit sebab berangin, kembung atau mencucuk-cucuk.
- Tak ada lagi rasa masam di tekak, panas di dada, angin tersekat seperti bola ketika menelan.
- Dah boleh makan sedap-sedap, makanan pedas, masam dan berminyak.
Primer Alpha memberikan anda kelegaan dan ketenangan berpanjangan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha dengan menekan butang dibawah
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan makanan untuk pesakit gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks