Ubat gastrik apa yang sesuai untuk anda guna?
Di akhir artikel ini nanti kami akan kongsikan ubat gastrik yang paling sesuai untuk anda.
Sebelum itu, baca dulu keseluruhan perkongsian kami untuk dapatkan gambaran yang lebih tepat berkenaan ubat gastrik yang paling sesuai untuk anda.
Gastrik berlaku apabila lapisan dinding perut mengalami keradangan (bengkak dan merah).Â
Ia boleh terjadi dalam waktu yang singkat dan kemudian hilang dengan sendirinya, atau kekal dalam tempoh waktu yang lama.
Gastrik boleh berlaku atas beberapa faktor dan antaranya termasuklah jangkitan bakteria.Â
Rawatan yang diberikan adalah bergantung kepada puncanya.
Baca Juga : Tanda Gastrik Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang
Ubat Gastrik : Elakkan Faktor Yang Menjadi Punca Gastrik
Kadang-kadang gejala gastrik dapat dikurangkan dengan makan dan minum dengan cara yang tidak mengganggu perut.Â
Ini termasuk:
- mengelakkan alkohol
- mengelakkan makanan yang menyebabkan kesakitan
- makan makanan dalam kuantiti yang kecil
- mengelakkan penggunaan ubat anti-radang bukan steroid, atau NSAIDS
Walau bagaimanapun, kadang-kadang ubat-ubatan juga diperlukan. Ubat-ubatan ini bertujuan untuk:
- mengurangkan penghasilan asid perut
- menjadikan perut kurang berasid
- merawat jangkitan dengan Helicobacter pylori, atau H. pylori, yang merupakan penyebab gastrik.
Jenis Ubat Gastrik Yang Ada
a. Perencat H2
Perencat H2 adalah ubat yang mengurangkan jumlah asid di dalam perut. Ubat-ubatan ini termasuklah cimetidine, nizatidine dan famotidine.
b. Perencat pam Proton
Perencat pam Proton juga mengurangkan jumlah asid di dalam perut. Ubat-ubatan ini termasuk;ah omeprazole, esomeprazole, lansoprazole, rabeprazole dan pantoprazole.
c. Antasid
Antasid berfungsi dengan meneutralkan asid perut.
d. Rawatan Helicobacter Pylori
Sekiranya anda menghidap jangkitan Helicobacter Pylori, ini boleh dirawat dengan antibiotik seperti Amoxycillin, Clarithromycin, Metronidazole, Tinidazole atau Tetracycline.Â
Anda perlu mengambil ubat ini bersama ubat untuk mengurangkan asid.Â
Penting untuk mengambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor anda dan pastikan anda menghabiskan antibiotik sepenuhnya.
Maklumat Penting Berkenaan Ubat Gastrik
Perencat pam proton sangat selamat dan berkesan untuk penggunaan jangka pendek.Â
Tetapi penggunaan jangka panjang tidak digalakkan untuk kebanyakan orang, terutamanya warga tua.Â
Sekiranya anda telah lama menggunakan perencat pam proton, berbincanglah dengan doktor sama ada dos anda dapat dikurangkan atau sebaliknya.
Antasid dapat meneutralkan asid perut tetapi ubat ini juga boleh menghalang beberapa ubat lain daripada berfungsi dengan baik.Â
Kesan sampingan daripada pengambilan ubat ini antaranya akan menyebabkan sembelit atau cirit-birit.Â
Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi anda mengenai perkara ini.
Sekiranya anda mengalami gastrik, berbincanglah dengan doktor anda:
- manfaat ubat-ubatan untuk merawat gastrik
- risiko perubatan
Bersegeralah dalam menerima rawatan sekiranya anda muntah darah atau melihat warna seakan-akan darah gelap di dalam najis (tinja) kerana ini mungkin tanda-tanda terdapat pendarahan di dalam perut.
Ada sejenis lagi ubat gastrik yang dihasilkan oleh dua orang pakar terkemuka tanah air.
Ubat ini dijamin selamat dan mendapat kelulusan daripad Kementerian Kesihatan Malaysia.
Setakat ini, sudah ada banyak testimoni dan feedback yang sangat-sangat positif daripada pengguna-pengguna ubat gastrik ini.
Pernah dengar mengenai Primer Alpha?
Ia sangat berkesan untuk merawat gastrik selain turut sedap untuk dimakan kerana ia dalam bentuk minuman yogurt.
Jangan risau, segala bahan yang digunakan juga adalah bahan yang berkualiti dan terbukti untuk rawat gastrik dengan berkesan.
Apa kata anda baca dengan lebih lanjut mengenai ubat gastrik Primer Alpha di http://primeralpha.my/.
Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat!
0 Comments