Probiotik Untuk Dewasa – Kesihatan Lebih Terjamin

Probiotik

Ada ke probiotik untuk dewasa? Mestilah ada. Nama lain bagi produk ini ialah KOMBINASI LACTOBACILLUS NO.8. Atau juga dikenali sebagai probiotik dewasa. Produk ini seringkali digunakan oleh orang dewasa untuk merawat pelbagai masalah berkaitan dengan sistem pencernaan.

Hebat, kan? Siap ada pembahagian probiotik khusus untuk orang dewasa lagi. Probiotik untuk dewasa ini mengandungi pelbagai jenis mikroorganisma seperti ragi (saccharomyces boulardii) dan bakteria (seperti lactobacillus, bifidobacterium).  Mikroorganisma (flora) secara semula jadi terdapat di perut/ usus/ faraj. 

Jangan ingat tubuh anda milik anda saja ya! Ada hidupan lain yang menumpang pada tubuh anda. Beberapa keadaan seperti penggunaan antibiotik dapat mengubah keseimbangan normal bakteria/ ragi ini. Probiotik untuk dewasa ini digunakan untuk memperbaiki pencernaan dan mewujudkan flora normal.

Ia telah digunakan untuk merawat masalah usus seperti cirit-birit dan sindrom keradangan usus. Jadi lepas ni, boleh cuba minum yogurt kalau anda cirit-birit. Dah tak payah telan pil chi kit teck aun. Legend pil ni. Otai-otai mesti tau, kan?

Ekzema, jangkitan yis vagina, intoleransi laktosa dan jangkitan saluran kencing juga telah menggunakan probiotik dalam rejim rawatan. Wah, makin meluas penggunaan probiotik ni ya? Tak sangka sekecil-kecil bakteria pun bermanfaat untuk manusia.

So, don’t judge a book by its cover. Jangan menilai pada fizikal seseorang. Probiotik terdapat dalam makanan seperti yogurt, susu, jus, minuman soya dan sebagai makanan tambahan dalam bentuk kapsul, tablet atau serbuk. Produk probiotik yang berbeza mempunyai kegunaan yang berbeza. 

Jadi, jangan pukul rata satu produk untuk semua ya! Sila periksa label untuk maklumat mengenai penggunaan produk tertentu anda. Bangsa membaca bangsa berjaya!

Baca Juga : Susu Untuk Gastrik – Alternatif Untuk Pesakit Gastrik

Probiotik Untuk Dewasa

Probiotik Untuk Dewasa

Beberapa produk probiotik mungkin mengandungi bakteria hidup seperti bifidobacteria. Namun, antibiotik boleh mengelakkan produk ini berfungsi dengan baik. Antibiotik akan membunuh semua jenis bakteria, termasuklah bakteria baik dan bakteria jahat. Jadi, anda perlu ambil sebarang produk yang mengandungi probiotik sekurang-kurangnya dua hingga tiga jam sebelum atau selepas mengambil antibiotik.

Ini bagi mengelakkan bakteria baik yang terdapat dalam produk probiotik dimangsakan oleh antibiotik. Jika produk ini diambil untuk mengatasi cirit-birit kerana antibiotik, jangan gunakannya jika anda demam panas lebih dari dua hari, kecuali jika diarahkan oleh doktor. Anda mungkin menghadapi masalah serius yang memerlukan rawatan perubatan.

Sila alert dengan kondisi tubuh anda ya! Sekiranya keadaan anda berterusan atau bertambah buruk, atau jika anda fikir anda menghadapi masalah perubatan yang serius, segera dapatkan rawatan perubatan. Jangan berlengah-lengah lagi. Anda mungkin dalam bahaya!

Baca Juga : Cara Merawat Gastrik Tanpa Ubat – Jom Amalkan

Kesan Sampingan Probiotik Untuk Dewasa

Peningkatan gas perut atau kembung mungkin berlaku. Sekiranya kesan ini berterusan atau bertambah buruk, maklumkan doktor atau ahli farmasi anda dengan segera. Sekiranya ada kesan seperti demam panas, menggigil dan batuk berterusan, segera maklumkan kepada doktor yang merawat anda.

Reaksi alahan yang sangat serius terhadap probiotik untuk dewasa ini jarang berlaku. Walaubagaimanapun, dapatkan rawatan perubatan segera sekiranya anda melihat gejala berikut dari reaksi alergi yang serius. Reaksi seperti ruam, gatal/ bengkak terutamanya pada muka/ lidah/ tekak, pening teruk dan kesukaran bernafas mungkin berlaku.

Ini bukanlah senarai lengkap kemungkinan kesan sampingan. Sekiranya anda melihat kesan lain yang tidak disenaraikan di atas, hubungi doktor atau ahli farmasi anda. Sebelum mengambil probiotik dewasa bagi merawat sebarang gejala, sila rujuk dengan doktor terlebih dahulu. Bak kata Doktor Imelda Balchin, “apa-apa pun tanya doktor naa!”

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan probiotik untuk dewasa. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Khasiat Probiotik Yang Ramai Tidak Tahu - […] Baca Juga : Probiotik Untuk Dewasa – Kesihatan Lebih Terjamin […]
  2. Jenis Madu dan Khasiat Madu Untuk Kesihatan - […] BACA JUGA : Probiotik Untuk Dewasa – Kesihatan Lebih Terjamin […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *