Artikel kali ini adalah sambungan daripada artikel lepas yang mengupas tentang kebaikan probiotik. Kenapa ada dua artikel pulak? Yelah, nanti panjang-panjang sangat trauma pulak nak baca, ye tak? Belum baca lagi dah pening. Dah baca nanti muntah hijau pulak. Jadi kita bahagikan kepada dua bahagian.
Kebaikan Probiotik – Membantu Kesihatan Mental
Macam pelik je bunyi nya kan? Tetapi, itulah hakikatnya. Ya, suplemen probiotik dapat membantu mengatasi beberapa masalah mental seperti kegelisahan, kemurungan, autisme, gangguan obsesif-kompulsif (OCD) dan ingatan.
Apa kaitannya kebaikan probiotik dengan masalah mental? Kajian terkini menunjukkan bahawa terdapat perkaitan antara kesihatan sistem pencernaan dengan emosi serta kesihatan mental.
Terdapat satu kajian dijalankan terhadap 70 pekerja selama enam minggu. Mereka yang mengambil 100g yogurt probiotik setiap hari atau mengambil kapsul probiotik setiap hari memperoleh pelbagai manfaat. Penyelidikan menunjukkan pengambilan probiotik dapat membantu memperbaiki gejala gangguan kesihatan mental.
Antaranya dari segi kesihatan umum, kemurungan, kegelisahan dan tekanan. Jadi, bolehlah masukkan probiotik dalam diet anda lepas ni. Sebagai langkah pencegahan. Kan mencegah itu lebih baik daripada merawat.
Baca Juga : Ubat Gastrik Gaviscon – Berkesan Ke?
Kebaikan Probiotik – Kurangkan Alahan dan Ekzema
Strain probiotik tertentu boleh mengurangkan tahap ekzema pada kanak-kanak dan bayi. Menyentuh soal ekzema, kesian betul kanak-kanak dan bayi yang menggelupas kulitnya, kemerah-merahan dan berkuping-kuping.
Pedih, panas dan sakit pulak tu. Kalau kita dewasa yang kena, entah-entah lebih teruk menggelupurnya, ya kan? Satu kajian mendapati gejala ekzema bertambah baik bagi bayi yang diberi susu tambahan probiotik, berbanding bayi yang diberi susu tanpa probiotik.
Kajian lain yang dijalankan adalah terhadap wanita yang mengambil probiotik semasa kehamilan. Kanak-kanak yang ibunya mengambil probiotik semasa hamil mempunyai risiko 83% lebih rendah terkena ekzema dalam dua tahun pertama kehidupan. Walau bagaimanapun, hubungan antara probiotik dan keparahan ekzema yang dikurangkan masih lemah dan lebih banyak kajian perlu dilakukan. Jadi, bolehlah berikan anak-anak anda probiotik selepas ini. Insya-Allah sebagai ikhtiar.
Baca Juga : Set Gastrik Shaklee – Sesuai Atau Tidak Untuk Anda?
Kebaikan Probiotik – Meningkatkan Sistem Imunisasi
Probiotik dapat membantu meningkatkan sistem kekebalan tubuh anda dan menghalang pertumbuhan bakteria usus yang berbahaya. Kebaikan probiotik juga telah terbukti dapat mendorong penghasilan antibodi semula jadi di dalam badan.
Mereka juga dapat meningkatkan sel imun seperti sel penghasil IgA, limfosit T dan sel pembunuh semula jadi. Kajian lain terhadap lebih daripada 570 kanak-kanak mendapati pengambilan Lactobacillus GG mengurangkan kekerapan dan keparahan jangkitan pernafasan Peratusan kekerapan dan keparahan tersebut adalah sebanyak 17%. Tinggi juga ya. Probiotik Lactobacillus crispatus juga terbukti dapat mengurangkan risiko jangkitan saluran kencing (UTI) pada wanita sebanyak 50%.
Fungsi Probiotik – Mengurangkan Gejala Gangguan Pencernaan Tertentu
Lebih daripada satu juta orang di AS menderita penyakit radang usus, termasuk kolitis ulseratif dan penyakit Crohn. Probiotik tertentu dari strain Bifidobacterium dan Lactobacillus mengurangkan simptom pada individu dengan kolitis ulseratif ringan.
Kajian lain mendapati bahawa pengambilan probiotik E. coli Nissle sama berkesannya dengan ubat-ubatan untuk menghentikan gejala terhadap penghidap kolitis ulseratif. Suatu penemuan yang mengejutkan.
Namun, probiotik nampaknya tidak banyak mempengaruhi gejala penyakit Crohn. Walaupun begitu, probiotik mungkin mempunyai manfaat untuk gangguan usus yang lain. Penyelidikan awal menunjukkan bahawa probiotik dapat membantu mengatasi gejala sindrom iritasi usus (IBS). Probiotik juga terbukti dapat mengurangkan risiko enterokolitis nekrotik teruk sebanyak 50%.
Ini adalah keadaan usus yang fatal yang berlaku pada bayi pramatang. Wah, berpeluh juga bila tau kemampuan probiotik ni ya. Lepas ni, bolehlah diamalkan. Makanan-makanan dan jajan yang tak berkhasiat bolehlah dikurangkan. Bak kata orang-orang tua. Badan kan nak pakai lama. Jadi, kenalah mula jaga kesihatan dari sekarang.
Rawatan Alternatif
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan kebaikan probiotik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks