Gastrik Teruk – Punca, Simptom dan Rawatan

Gastrik

Gastrik teruk atau gastrik akut merupakan rasa keradangan atau bengkak pada lapisan perut.

Ia juga akan mengakibatkan rasa sakit.

Namun, kesakitan tersebut biasanya sementara sahaja dan akan berlaku secara tiba-tiba.

Gastrik ini boleh disebabkan oleh kecederaan, bakteria, virus, stress atau pemakanan seperti pengambilan alkohol, steroid atau makanan pedas.

Gastrik teruk adalah berbeza dengan gastrik kronik dimana gastrik teruk adalah sementara manakala gastrik kronik akan berlaku lebih lama.

Baca Juga : Gastrik – Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ia Parah!

Punca Gastrik Teruk

Gastrik ini berlaku apabila lapisan pada perut rosak atau lemah.

Ia akan menyebabkan asid pencerna untuk menghakis perut.

Terdapat banyak perkara yang boleh merosakkan lapisan perut. Antaranya ialah:

  • Ubat seperti nonsteroidal anti-inflammatory drugs (NSAIDs) dan corticosteroids
  • Jangkitan bakteria seperti helicobacter pylori
  • Pengambilan alkohol yang berlebihan

NSAIDs dan corticosteroids merupakan penyebab utama berlakunya masalah ini.

Jangkitan bakteria helicobacter pylori pula akan menjangkiti perut.

Ia juga turut menjadi punca kepada peptic ulcer.

Jangkitan bakteria ini biasanya daripada individu kepada individu, makanan yang kotor dan juga air yang kotor.

Kesannya, anda akan mengalami:

  • Keradangan pada perut
  • Hilang selera makan
  • Pening kepala
  • Sakit pada bahagian abdomen

Punca lain yang menyebabkan gastrik teruk adalah:

  • Stress terlampau
  • Ketidakstabilan imunisasi badan dimana sistem imun menyerang lapisan perut
  • Masalah pencernaan seperti Crohn’s disease
  • Refluks hempedu
  • Penggunaan kokain
  • Pengambilan bahan yang bersifat menghakis seperti racun
  • Pembedahan
  • Kegagalan buah pinggang

Simptom

Sesetengah individu yang mengalami masalah ini biasanya tidak menunjukkan sebarang simptom.

Namun, ada juga yang menunjukkan simptom yang berbeza tahapnya daripada biasa, sederhana sehinggalah ke tahap teruk.

Antara simptom biasa yang akan dialami adalah:

  • Hilang selera makan
  • Masalah pencernaan
  • Najis berwarna hitam
  • Pening
  • Mual
  • Muntah
  • Muntah berdarah yang kelihatan seperti serbuk kopi
  • Rasa sakit pada bahagian atas abdomen
  • Rasa penuh pada bahagian atas abdomen selepas makan

Simptom-simptom yang dinyatakan untuk masalah ini biasanya akan kelihatan juga dalam masalah kesihatan yang lain.

Jadi, ia agak sukar sebenarnya untuk anda tentukan kecuali dengan mendapatkan khidmat daripada doktor.

Jumpa doktor anda jika anda telah mengalami simptom ini seminggu atau lebih.

Jika anda mengalami muntah berdarah, terus dapatkan rawatan segera daripada doktor.

Ada beberapa masalah kesihatan lain yang akan mengakibatkan simptom yang sama seperti gastrik ini:

  • Ulser peptik yang berkemungkinan datang bersama gastrik
  • Crohn’s disease yang merupakan masalah keradangan kronik dan akan melibatkan keseluruhan saluran pencernaan
  • Masalah batu karang hempedu atau masalah hempedu
  • Keracunan makanan yang biasanya akan mengakibatkan rasa sakit pada abdomen, muntah dan cirit-birit

Cara Rawatan Gastrik Teruk

Dalam sesetengah kes gastrik teruk, ia sukar untuk sembuh tanpa mendapatkan rawatan yang sewajarnya.

Makan mengikut corak pemakanan yang tepat dapat membantu dalam proses penyembuhan.

Antara makanan yang sesuai untuk dimakan adalah makanan yang:

  • Mempunyai kandungan asid semulajadi yang rendah
  • Mempunyai kandungan lemak yang rendah
  • Mempunyai kandungan serat yang rendah

Daging seperti ayam juga boleh ditambah masuk kedalam diet.

Namun, sup ayam atau sup-sup lain juga merupakan diantara pilihan yang terbaik jika masalah muntah masih berlaku.

Apapun, kebanyakan individu memerlukan rawatan yang sewajarnya daripada mereka yang arif dalam bidang kesihatan untuk masalah gastrik teruk ini.

Baca Juga : Rawat Gastrik – Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Parah

Jenis rawatan dan masa untuk sembuh adalah bergantung kepada punca gastrik teruk tersebut.

Anda juga boleh cuba merawat gastrik teruk dengan cara….

RAWATAN ALTERNATIF

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan ubat gastrik di farmasi. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Simptom Gastrik – Sama Atau Berbeza Antara Individu? - […] Baca Juga : Gastrik Teruk – Punca, Simptom dan Rawatan […]
  2. Punca Gastrik – Derita Dalam Diam Tanpa Anda Sedari - […] Baca Juga : Gastrik Teruk – Punca, Simptom dan Rawatan […]
  3. Simptom Gastrik – Sama Atau Berbeza Antara Individu? - […] Baca Juga : Gastrik Teruk – Punca, Simptom dan Rawatan […]
  4. Punca Gastrik – Derita Dalam Diam Tanpa Anda Sedari - […] Baca Juga : Gastrik Teruk – Punca, Simptom dan Rawatan […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *