Cara Tidur Pesakit Gastrik – Jaga Posisi dan Postur

Gastrik

Ada ke cara tidur pesakit gastrik?

Waktu malam adalah kisah yang berbeza bagi pesakit gastrik dan GERD. 

Bergantung kepada posisi tidur anda, esofagus boleh berada  pada kedudukan lebih rendah daripada perut.

Ia boleh menyebabkan asid perut dapat mengalir keluar dan kemudian berada di esofagus, paru-paru, tekak dan rongga sinus. 

Hal ini lama-kelamaan menyebabkan pengumpulan asid  yang berlaku di saluran esofagus mengakibatkan kesan yang teruk.

Antaranya adalah ulser peptik, penyempitan rongga pernafasan dan lebih parah mengundang penyakit seperti Barrett’s Esophagus. 

Risiko untuk terkena barah esofagus adalah 11 kali ganda kepada mereka yang diserang refluks asid pada waktu malam berbanding individu yang tidak mengalami refluks asid pada waktu malam.

Posisi tidur anda secara langsung boleh mempengaruhi kekerapan anda merasakan simptom, seteruk mana gejala tersebut dan seberapa lama asid itu berada di dalam esofagus. 

Namun, hal ini boleh dielakkan dengan mengubah posisi tidur anda. 

Cara Tidur Pesakit Gastrik : Elakkan tidur secara terlentang 

Tidur secara terlentang mestilah dielakkan oleh penderita refluks asid. 

Apabila asid mengalir keluar dari perut ketika anda tidur terlentang, ia dapat mengalir ke dalam esofagus dan kekal di dalamnya. 

Kajian menunjukkan bahawa pada kedudukan ini, gejala akan menjadi lebih kerap berlaku dan cenderung untuk kekal lebih lama. 

Gejala anda juga boleh menjadi lebih teruk jika anda mempunyai lemak pada perut, yang menekan perut anda sehingga memaksa asid perut keluar.

Baca Juga : Simptom Gastrik – 10 Simptom Ini Amat Bahaya Jika Anda Ada

Bahagian lambung kanan: Tidak baik untuk penderita refluks asid

Posisi tidur seterusnya yang harus dihindarkan pada waktu malam adalah tidur pada lambung kanan anda. 

Semasa berbaring pada posisi ini, perut akan berada lebih tinggi daripada kerongkongan.

Ia akan membuatkan asid perut mengalir ke dalam saluran esofagus terutamanya ketika kekenyangan. 

Ironinya, pada posisi ini, asid perut cenderung menjadi lebih cair yang menyebabkan regurgitasi, batuk, dan tersedak pada waktu malam. 

Oleh sebab graviti tidak membantu anda dalam kedudukan ini, asid yang mengalir ke esofagus anda akan berada di situ lebih lama. 

Jadi elakkanlah posisi tidur sebegini.

Jika tidur secara terlentang dan di lambung kanan tidak baik bagi penghidap refluks asid dan GERD, jadi posisi tidur manakah yang paling sesuai bagi pesakit ini?

Cara Tidur Pesakit Gastrik : Bahagian kiri mengurangkan refluks

Graviti akan membantu anda pada posisi tidur di sebelah kiri kerana perut akan berada di bawah kerongkongan anda dan menyukarkan proses refluks. 

Sekiranya asid perut mengalir ke esofagus, graviti akan membantu menariknya semula ke perut berbanding dua posisi sebelum ini.  

Posisi sebelah kanan sering menghasilkan refluks yang cair, manakala di sebelah kiri pula gejala refluks lebih bersifat gas.

Ia mungkin agak mengganggu tetapi tidak mengundang bahaya. 

Kajian menunjukkan bahawa gejala menjadi kurang kerap dan tidak teruk ketika anda tidur di sebelah kiri.

Kebaikan meninggikan bahagian atas badan ketika tidur

Kajian menunjukkan bahawa tidur secara mengiring ke kiri dan meninggikan bahagian atas badan dapat mengurangkan gejala refluks.

Ia juga dapat mengalirkan kembali asid ke perut dengan lebih cepat. 

Posisi sebegini membantu untuk mengekalkan asid perut dan mengelakkannya mengalir ke esophagus.

Mengiring ke kiri mengelakkan refluks asid

Kajian terbaru menunjukkan bahawa kedudukan tidur mengiring ke kiri menjadikan refluks asid pada waktu malam menjadi hampir mustahil.

Hal ini kerana esofagus kini berada jauh di atas perut, walaupun anda kekenyangan.

Sekiranya refluks berlaku, graviti akan dapat mengembalikan asid ke perut dengan cepat. 

Kedudukan tidur ini mengelakkan serangan GERD dan melindungi esofagus, tekak, paru-paru dan rongga sinus. 

Jadi, apa rahsia untuk mengawal simptom refluks asid anda pada waktu malam dan akhirnya mendapat tidur yang berkualiti? 

Jawapannya ialah cara tidur pesakit gastrik yang betul. 

Dapatkan tidur yang nyenyak dengan cara tidur pesakit gastrik yang ideal ini yang memaksimumkan fungsi graviti dan anatomi.

Semoga kesihatan anda akan bertambah baik lagi dan anda mendapat manfaat hasil perkongsian kali ini.

RAWATAN ALTERNATIF

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Kesannya daripada pengambilan Primer Alpha, anda akan lihat:

  • Badan dan perut lebih selesa dan tak lagi sakit sebab berangin, kembung atau mencucuk-cucuk.
  • Tak ada lagi rasa masam di tekak, panas di dada, angin tersekat seperti bola ketika menelan.
  • Dah boleh makan sedap-sedap, makanan pedas, masam dan berminyak.

Primer Alpha memberikan anda kelegaan dan ketenangan berpanjangan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha dengan menekan butang dibawah

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan makanan untuk pesakit gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. ubat Gastrik Angin di Farmasi – ubat mana Paling Sesuai? - […] Baca Juga : Cara Tidur Pesakit Gastrik – Jaga Posisi dan Postur […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *