Perlukan cara hilangkan gastrik secara tradisional? Anda sedang membaca artikel yang tepat. Kali ini, kami akan kongsikan dengan anda cara hilangkan gastrik secara tradisional.
Bukan apa, walaupun sekarang teknologi sudah semakin canggih dan banyak cara moden boleh dilakukan untuk rawatan gastrik, namun masih ada yang lebih memilih cara hilangkan gastrik secara tradisional.
Jom baca!
Cara Hilangkan Gastrik Secara Tradisional
Antara cara terbaik yang anda boleh lakukan adalah seperti apa yang kami kongsikan dibawah ini.
Cuka epal
Campurkan madu dan cuka ke dalam air dan dikacau. Minum airnya serta amalkannya 1-2 kali sehari.
Cuka epal boleh mengurangkan pengeluaran asid berlebihan di perut dan mengembalikan keseimbangan pH dalam perut dan membunuh mikroorganisma yang menyebabkan kerosakan pada lapisan perut. Madu pula membantu melegakan lapisan perut yang mengalami keradangan.
Lidah buaya
Kisar gel lidah buaya dengan air dan diminum jusnya 1-2 gelas setiap hari.
Jus lidah berfungsi untuk melegakan keradangan perut kerana sifat anti-radangnya dan anti-septik yang juga dapat membunuh bakteria yang menyebabkan jangkitan.
Serbuk penaik soda
Kacau serbuk penaik soda ke dalam air sehingga campuran bertukar jernih dan diminum airnya. Amalkannya apabila diperlukan.
Rasa terbakar di perut dapat dihilangkan dengan ubat ini. Serbuk penaik soda bertindak sebagai antasid dan menurunkan kadar asid di dalam perut.
Air Kelapa
Minum segelas air kelapa ini di antara waktu makan 3-4 kali sehari.
Air kelapa muda yang tidak keruh atau masam mempunyai sifat anti-radang yang bermanfaat untuk melegakan lapisan perut yang mengalami keradangan.
Jus Kubis
Potong kubis secukupnya untuk dikisar, ambil jusnya dan diminum.
Kubis mengandungi vitamin U, yang dapat menyembuhkan lapisan perut dan menyingkirkan gastritis dengan cepat. Jus ini juga mempunyai kesan pembersihan pada perut dan usus.
Minyak Kelapa Dara
Ambil 2-3 sudu minyak secara terus atau dititiskan ke dalam makanan setiap hari.
Minyak kelapa mengandungi antioksidan yang dapat membantu mengurangkan tekanan oksidatif yang diberikan pada lapisan perut akibat gastritis. Ia juga mempunyai sifat anti-radang yang dapat memberikan kelegaan dari gejala gastritis.
Teh Hijau
Masukkan teh hijau ke dalam air panas dan tambahkan madu ke dalamnya. Kacau sebati dan diminum dua kali sehari.
Teh hijau kaya dengan antioksidan yang memberi kesan pelindung pada lapisan perut dan mengurangkan gejala gastritis serta diminum secara berkala bagi dapat membantu dalam merawat gastritis yang kronik.
Halia
Kunyah halia selama beberapa minit kemudian menelannya bersama secawan air.setiap pagi untuk hasil terbaik.
Halia mempunyai sifat antibakteria dan anti-radang yang melegakan keradangan yang disebabkan oleh Helicobacter pylori.
Yogurt
Makan yogurt bersama hidangan utama atau snek . Ambil 1-2 cawan yogurt setiap hari untuk melegakan gastritis.
Yogurt adalah probiotik yang diketahui dapat mempercepat penyembuhan ulser gastrik dan juga membantu pembasmian H.pylori, salah satu penyebab utama gastritis.
Madu
Masukkan madu ke dalam air, dikacau rata dan diminum semasa perut kosong, setiap hari pagi.
Madu dapat membunuh bakteria berbahaya dalam perut dengan berkesan kerana sifat anti-bakterianya. Manakala sifat anti-radang dan anti-oksidannya dapat membantu menyembuhkan lapisan perut.
Oat
Masak oat dengan air atau susu dan memakannya bersama buah segar tanpa asid setiap hari.
Oat kaya dengan serat dan mineral yang dapat membantu proses pencernaan dan melegakan radang pada lapisan perut dengan kealkaliannya.
Nanas
Makan nanas sebagai sebahagian daripada sarapan atau snek.
Nanas mengandungi enzim pencernaan seperti bromelain yang membantu mencerna protein tanpa menyebabkan kerengsaan pada lapisan perut. Kealkaliannya dapat mengatasi peningkatan kadar asid dalam perut anda.
Kunyit
Buat pes dengan menambahkan sedikit air ke serbuk kunyit dan dimakan bersama yogurt atau pisang.
Kunyit mengandungi curcumin, polifenol anti-inflamasi, anti-kulat dan anti-bakteria yang melegakan mukosa perut dan mengurangkan kerengsaan pada saluran gastrointestinal.
Getah mastik
Kunyah sekeping getah mastik setiap kali anda merasakan gejala gastritis.
Ubat ini berfungsi dengan baik dalam kes gastritis yang bukan disebabkan jangkitan H.pylori. Getah mastik sering digunakan untuk merawat ulser gastrik kerana dapat membantu menstabilkan asid perut dan juga melindungi lapisan perut.
Jus Kentang
Kupas dan parut kentang. Perah jusnya dan minum setengah gelas yang dicampur dengan sedikit air suam, setengah jam sebelum makan, dua kali sehari.
Jus kentang adalah sumber garam alkali yang kaya yang bertindak balas dengan asid berlebihan yang terdapat di dalam perut lalu mengurangkan keradangan lapisan perut.
Rosemary
Masukkan ramuan ke dalam air panas selama beberapa minit, tapiskan dan minum teh herba ini dua cawan setiap hari.
Rosemary mempunyai sifat anti-oksidan dan anti-radang, yang berfungsi untuk mencegah serta merawat ulser perut yang boleh menyebabkan perkembangan gastritis jika tidak dirawat.
Rawatan Alternatif
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan cara hilangkan gastrik secara tradisional. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks