Manfaat Madu Untuk Kesihatan Yang Ramai Tidak Tahu

Gastrik, Madu

Mungkin anda tertanya-tanya apa manfaat madu kan? Bukan apa, ramai yang mengatakan madu ini merupakan diantara makanan terbaik dan mampu untuk merawat berbagai penyakit.

Jadi, dalam perkongsian kali ini, kami akan kongsikan dengan anda mengenai manfaat madu yang anda perlu tahu. Jom baca!

Manfaat Madu – Nutrien Yang Pelbagai

Manfaat Madu

Madu adalah cecair pekat dan manis yang dihasilkan oleh lebah madu. Lebah mengumpulkan gula – terutamanya nektar bunga yang kaya gula – dari persekitarannya.

Setelah masuk ke dalam sarang, mereka berulang kali mengambil, mencerna dan memproses semula nektar. Produk akhirnya adalah madu, cecair yang berfungsi sebagai makanan untuk lebah. Bau, warna dan rasa bergantung pada jenis bunga yang diambil nektarnya.

Secara nutrisinya, sesudu madu (21g) mengandungi 64 kalori dan 17g gula, termasuk fruktosa, glukosa, maltosa dan sukrosa. Madu hampir tidak mengandungi serat, lemak atau protein.

Madu yang jernih warnanya terdapat kandungan sebatian tumbuhan bioaktif dan anti-oksidan. Namun, jenis yang lebih gelap cenderung lebih tinggi dalam sebatian ini daripada jenis yang lebih jernih.

BACA JUGA : Kebaikan Probiotik – Manfaat Yang Anda Tak Tahu

Manfaat Madu – Kaya Dengan Antioksidan

Madu berkualiti tinggi mengandungi banyak antioksidan penting. Ini termasuklah asid organik dan sebatian fenolik seperti flavonoid. Para saintis percaya bahawa gabungan sebatian ini memberikan kekuatan antioksidan kepada madu.

Manfaat Madu

Menariknya, terdapat dua kajian menunjukkan bahawa madu soba meningkatkan  kandungan antioksidan dalam darah anda. Antioksidan dikaitkan dengan pengurangan risiko serangan jantung, strok dan beberapa jenis barah. Ia juga boleh meningkatkan kesihatan mata.

BACA JUGA : Makanan Probiotik – Diet Paling Sesuai Untuk Gastrik

Manfaat Madu – Sesuai Untuk Pesakit Kencing Manis

Bukti kesan madu terhadap pesakit diabetes adalah bercampur. Di satu pihak, ia dapat mengurangkan beberapa faktor risiko penyakit jantung yang biasa terjadi kepada individu dengan diabetes jenis 2.

Ia dapat menurunkan kolesterol LDL (jahat), trigliserida dan keradangan sambil meningkatkan kolesterol HDL (baik). Namun, beberapa kajian mendapati bahawa ia juga dapat meningkatkan kadar gula dalam darah.

Walaupun madu mungkin lebih baik daripada gula putih untuk penderita diabetes, ia mesti diambil dengan berhati-hati. Jangan asalkan madu berkhasiat, pengambilannya tidak dikawal melebihi pengambilan gula. Nanti, kesannya badan yang merana.

Bagi penghidap diabetes, langkah terbaik adalah meminimumkan semua makanan tinggi karbohidrat. Perlu diingat juga bahawa beberapa jenis madu tertentu boleh dicampur dengan sirap biasa.  Walaupun pemalsuan madu adalah haram di kebanyakan negara, ia tetap menjadi masalah yang meluas.

Berhati-hatilah dalam membeli madu yang terdapat di pasaran. Takut yang dibeli bukan madu, tetapi gula yang dijual dengan harga madu.

Manfaat Madu – Menurunkan Tekanan Darah

Tekanan darah adalah faktor risiko untuk penyakit jantung dan madu dapat membantu menurunkannya. Ia mengandungi sebatian antioksidan yang telah dikaitkan dengan tekanan darah rendah. Kajian pada tikus dan manusia menunjukkan penurunan tekanan darah yang sederhana daripada pengambilan madu.

BACA JUGA : Probiotik Untuk Gastrik – Semua Yang Anda Perlu Tahu

Manfaat Madu – Meningkatkan Kolestrol Baik

Tahap kolesterol LDL yang tinggi adalah faktor risiko yang kuat untuk penyakit jantung. Kolesterol jenis ini memainkan peranan utama dalam aterosklerosis, penompokan lemak di arteri anda yang boleh menyebabkan serangan jantung dan strok.

Menariknya, beberapa kajian menunjukkan bahawa madu dapat meningkatkan kadar kolesterol baik anda. Ia mengurangkan kolesterol LDL (jahat) sambil meningkatkan kolesterol HDL (baik) secara signifikan.

Sebagai contoh, satu kajian pada 55 pesakit membandingkan madu dengan gula putih dan mendapati bahawa madu menyebabkan penurunan LDL sebanyak 5.8%  Peningkatan kolesterol HDL adalah sebanyak 3.3%. Ini juga menyebabkan penurunan berat badan sederhana sebanyak 1.3%.

Madu bersifat Antibakteria dan Antiradang

Sifat anti-bakteria yang ada pada madu menjadikannya salah satu alternatif bagi merawat masalah gastrik. Gastrik yang disebabkan jangkitan H.pylori menjadi punca kepada masalah gastrik bagi kebanyakan manusia.

H.pylori mendiami perut manusia dan merosakkan lapisan pelindung dinding perut. Tipikal parasit, kan? Hal ini menyebabkan dinding perut terdedah kepada hakisan asid pencernaan yang menyebabkan keradangan atau luka yang disebut ulser.

Sifat anti-bakteria madu akan melawan jangkitan H.pylori serta mengurangkan gejala gastrik. Manakala sifat anti radang dalam madu juga akan memberikan kelegaan kepada ulser perut. Jadi, kalau anda penghidap gastrik, cubalah amalkan madu. Bukan amalkan bermadu, ya!

Suplemen Gastrik Berasaskan Madu

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu untuk menyihatkan perut. Ia juga sangat sesuai untuk mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan manfaat madu. Ia sangat membantu terutamanya jika anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *