Apa Itu Gastrik – Punca, Simptom & Rawatan

Gastrik

Apa itu gastrik? Gastrik adalah sejenis keradangan yang berlaku pada lapisan pelindung perut yang melindungi dinding perut daripada dicerna oleh asid perut. Apabila lapisan pelindung perut menjadi lemah dek beberapa faktor, maka asid perut akan menyebabkan kerengsaan pada dinding perut dan menghakisnya. 

Hal ini akan menyebabkan keradangan yang dikenali sebagai gastrik. Terdapat dua jenis gastrik yang diketahui menyebabkan ketidakselesaan kepada penghidapnya, iaitu gastrik akut dan gastrik kronik. Kalau ada yang tanya apa itu gastrik akut, ia melibatkan keradangan yang teruk dan mendadak yang berlaku secara tiba-tiba dan menghilang dalam tempoh yang singkat. 

Gastrik kronik pula melibatkan keradangan jangka panjang yang boleh berlangsung selama bertahun-tahun jika tidak dibiarkan. Terdapat juga gastrik lain yang jarang berlaku yang dipanggil gastrik erosif. 

Gastrik jenis ini adalah suatu bentuk keadaan yang amat jarang terjadi. Biasanya gastrik erosif tidak menyebabkan banyak keradangan, tetapi boleh menyebabkan pendarahan dan bisul pada lapisan dinding perut.

Apa Itu Gastrik – Punca Berlakunya Gastrik

Kelemahan pada lapisan pelindung perut anda membolehkan jus pencernaan (asid pencernaan) merosakkan dan membakar dinding perut, menyebabkan gastrik. Justeru, mempunyai lapisan perut yang nipis atau rosak meningkatkan risiko anda terkena gastrik.

Jangkitan bakteria gastrousus juga boleh menyebabkan gastrik. Jangkitan bakteria yang paling kerap menyebabkannya adalah Helicobacter pylori. Ia adalah sejenis bakteria yang menjangkiti lapisan perut dan membiak di situ. Jangkitan biasanya tersebar melalui kontak individu ke individu yang lain, namun terdapat juga jangkitan yang ditularkan melalui makanan atau air yang tercemar.

Beberapa keadaan dan aktiviti tertentu boleh meningkatkan risiko anda terkena gastrik. Faktor risiko lain termasuklah:

  • pengambilan alkohol yang berlebihan
  • penggunaan ubat anti-radang bukan steroid (NSAID) secara rutin seperti ibuprofen dan aspirin
  • penggunaan kokain
  • usia, kerana lapisan perut menipis secara semula jadi seiring bertambahnya usia
  • penyalahgunaan tembakau
  • Faktor risiko lain yang kurang sinonim termasuklah:
    • tekanan pada tubuh yang disebabkan oleh kecederaan teruk, penyakit atau pembedahan
    • gangguan autoimun
    • gangguan pencernaan seperti penyakit Crohn
    • jangkitan virus

Gejala Gastrik

Gastrik tidak menyebabkan gejala yang ketara pada setiap orang dan setiap individu menunjukkan simpton yang berbeza-beza. Gejala yang paling biasa adalah:

  • loya
  • muntah
  • rasa sengkak pada bahagian atas perut, terutamanya selepas makan
  • senak

Sekiranya anda mengalami gastrik erosif, anda mungkin mengalami gejala yang agak berbeza. Ini termasuklah:

  • najis yang berwarna hitam atau bertar
  • muntah darah atau bahan yang kelihatan seperti serbuk kopi

Rawatan Gastrik

Doktor anda akan melakukan pemeriksaan fizikal, bertanya tentang gejala anda dan meminta sejarah keluarga anda. Mereka juga boleh mengesyorkan ujian nafas, ujian darah atau ujian pensampelan najis untuk memeriksa kehadiran bakteria H. pylori dalam perut anda. Sebab itu juga penting untuk anda tahu apa itu gastrik. Mudah untuk doktor tentukan rawatan yang sesuai.

Untuk melihat apa yang berlaku dalam sistem pencernaan anda, doktor anda mungkin ingin melakukan endoskopi untuk memeriksa keradangan dan mendiagnos gastrik dengan lebih jelas. Endoskopi melibatkan penggunaan tiub panjang yang mempunyai lensa kamera di hujungnya. Semasa prosedur, doktor anda akan memasukkan tiub  melalui mulut dengan teliti untuk membolehkannya melihat ke dalam esofagus dan perut. Doktor anda juga mungkin mengambil sampel kecil, yakni melakukan biopsi pada lapisan perut jika mereka menemui sesuatu yang tidak normal semasa pemeriksaan.

Doktor anda juga boleh mengambil sinar-X saluran pencernaan anda setelah anda menelan larutan barium, sejenis cecair jernih yang tidak mempunyai rasa, yang akan membantu membezakan bahagian yang mengalami keradangan dengan bahagian yang normal semasa sinar-X dilakukan.

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan apa itu gastrik. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Tanda-Tanda Gastrik Angin – Punca, Simptom & Rawatan - […] Baca Juga : Apa Itu Gastrik – Punca, Simptom & Rawatan […]
  2. Tanda Gastrik Angin – Cegah Sebelum Parah - […] Baca Juga : Apa Itu Gastrik – Punca, Simptom & Rawatan […]
  3. Probiotik – Kelebihannya untuk kesihatan perut - […] Baca Juga : Apa Itu Gastrik – Punca, Simptom & Rawatan […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *