Ubat Gastrik Paling Sesuai Mengikut Punca dan Jenis Gastrik

Ubat Gastrik

Ubat gastrik apa yang sesuai untuk anda guna?

 

Di akhir artikel ini nanti kami akan kongsikan ubat gastrik yang paling sesuai untuk anda.

 

Sebelum itu, baca dulu keseluruhan perkongsian kami untuk dapatkan gambaran yang lebih tepat berkenaan ubat gastrik yang paling sesuai untuk anda.

 

Ubat Gastrik

 

Gastrik berlaku apabila lapisan dinding perut mengalami keradangan (bengkak dan merah). 

 

Ia boleh terjadi dalam waktu yang singkat dan kemudian hilang dengan sendirinya, atau kekal dalam tempoh waktu yang lama.

 

Gastrik boleh berlaku atas beberapa faktor dan antaranya termasuklah jangkitan bakteria. 

 

Rawatan yang diberikan adalah bergantung kepada puncanya.

 

Baca Juga : Tanda Gastrik Yang Anda Mungkin Terlepas Pandang

 

Ubat Gastrik : Elakkan Faktor Yang Menjadi Punca Gastrik

Kadang-kadang gejala gastrik dapat dikurangkan dengan makan dan minum dengan cara yang tidak mengganggu perut. 

 

Ini termasuk:

 

  • mengelakkan alkohol
  • mengelakkan makanan yang menyebabkan kesakitan
  • makan makanan dalam kuantiti yang kecil
  • mengelakkan penggunaan ubat anti-radang bukan steroid, atau NSAIDS

 

Walau bagaimanapun, kadang-kadang ubat-ubatan juga diperlukan. Ubat-ubatan ini bertujuan untuk:

 

  • mengurangkan penghasilan asid perut
  • menjadikan perut kurang berasid
  • merawat jangkitan dengan Helicobacter pylori, atau H. pylori, yang merupakan penyebab gastrik.

 

Jenis Ubat Gastrik Yang Ada

 

Ubat Gastrik - Jenis Ubat Gastrik

 

a. Perencat H2

 

Perencat H2 adalah ubat yang mengurangkan jumlah asid di dalam perut. Ubat-ubatan ini termasuklah cimetidine, nizatidine dan famotidine.

 

b. Perencat pam Proton

 

Perencat pam Proton juga mengurangkan jumlah asid di dalam perut. Ubat-ubatan ini termasuk;ah omeprazole, esomeprazole, lansoprazole, rabeprazole dan pantoprazole.

 

c. Antasid

 

Antasid berfungsi dengan meneutralkan asid perut.

 

d. Rawatan Helicobacter Pylori

 

Sekiranya anda menghidap jangkitan Helicobacter Pylori, ini boleh dirawat dengan antibiotik seperti Amoxycillin, Clarithromycin, Metronidazole, Tinidazole atau Tetracycline. 

 

Anda perlu mengambil ubat ini bersama ubat untuk mengurangkan asid. 

 

Penting untuk mengambil ubat seperti yang diarahkan oleh doktor anda dan pastikan anda menghabiskan antibiotik sepenuhnya.

 

Maklumat Penting Berkenaan Ubat Gastrik

 

Ubat Gastrik

 

Perencat pam proton sangat selamat dan berkesan untuk penggunaan jangka pendek. 

 

Tetapi penggunaan jangka panjang tidak digalakkan untuk kebanyakan orang, terutamanya warga tua. 

 

Sekiranya anda telah lama menggunakan perencat pam proton, berbincanglah dengan doktor sama ada dos anda dapat dikurangkan atau sebaliknya.

 

Antasid dapat meneutralkan asid perut tetapi ubat ini juga boleh menghalang beberapa ubat lain daripada berfungsi dengan baik. 

 

Kesan sampingan daripada pengambilan ubat ini antaranya akan menyebabkan sembelit atau cirit-birit. 

 

Ubat Gastrik

 

Berbincanglah dengan doktor atau ahli farmasi anda mengenai perkara ini.

 

Sekiranya anda mengalami gastrik, berbincanglah dengan doktor anda:

 

  • manfaat ubat-ubatan untuk merawat gastrik
  • risiko perubatan

 

Bersegeralah dalam menerima rawatan sekiranya anda muntah darah atau melihat warna seakan-akan darah gelap di dalam najis (tinja) kerana ini mungkin tanda-tanda terdapat pendarahan di dalam perut.

 

Ada sejenis lagi ubat gastrik yang dihasilkan oleh dua orang pakar terkemuka tanah air.

 

Ubat ini dijamin selamat dan mendapat kelulusan daripad Kementerian Kesihatan Malaysia.

 

Setakat ini, sudah ada banyak testimoni dan feedback yang sangat-sangat positif daripada pengguna-pengguna ubat gastrik ini.

 

Pernah dengar mengenai Primer Alpha?

 

Ubat Gastrik

 

Ia sangat berkesan untuk merawat gastrik selain turut sedap untuk dimakan kerana ia dalam bentuk minuman yogurt.

 

Jangan risau, segala bahan yang digunakan juga adalah bahan yang berkualiti dan terbukti untuk rawat gastrik dengan berkesan.

 

Apa kata anda baca dengan lebih lanjut mengenai ubat gastrik Primer Alpha di http://primeralpha.my/.

 

Sekian sahaja perkongsian kali ini. Semoga bermanfaat!

 

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *