Gastrik merupakan rasa keradangan pada lapisan yang melindungi perut anda.
Gastrik akut akan menyebabkan rasa radang secara tiba-tiba.
Manakala bagi kes yang kronik pula, ia akan mengakibatkan keradangan sehingga satu tempoh yang sangat lama jika tidak dirawat dengan segera.
Ada juga jenis yang menghakis.
Namun, ia bukanlah dalam kategori yang kerap berlaku.
Ia juga tidak mengakibatkan keradangan namun ia mampu membawa kepada pendarahan dan juga ulser pada lapisan perut.
Punca Gastrik
Lapisan perut yang lemah akan menyebabkan jus pencerna untuk merosakkan dan memberikan keradangan.
Ia akan menjadi punca utama berlakunya masalah ini buat kebanyakan pesakit.
Lapisan perut yang nipis atau rosak juga akan meningkatkan risiko untuk anda mengalami gastrik.
Selain itu, jangkitan bakteria gastrointestinal juga akan mengakibatkan penyakit ini berlaku.
Antara jangkitan bakteria yang paling kerap berlaku adalah Helicobacter Pylori.
Ia merupakan sejenis bakterium yang akan menjangkiti permukaan perut.
Jangkitan ini biasanya merebak dan berjangkit daripada individu kepada individu yang lain.
Namun, ia juga boleh berjangkit melalui makanan dan air yang tercemar.
Punca Gastrik Berterusan
Ada juga beberapa keadaan atau aktiviti yang boleh meningkatkan risiko anda mendapat penyakit ini.
Antara faktor gastrik lain adalah:
- Pengambilan alkohol yang berlebihan
- Penggunaan ubat pelega radang bukan steroid seperti ibuprofen dan aspirin
- Penggunaan kokain
- Umur, kerana lapisan perut boleh menipis seiring peningkatan umur
- Penggunaan tobacco
Punca gastrik lain yang kurang umum adalah seperti:
- Stress yang berpunca daripada kecederaan teruk, penyakit atau pembedahan
- Masalah ketidakstabilan autoimmune
- Ketidakstabilan pencernaan seperti Crohn’s disease
- Viral infections
Simptom Gastrik
Kebiasaannya ia tidak akan menunjukkan simptom yang jelas pada mana-mana individu.
Antara simptom paling umum yang boleh berlaku adalah:
- Pening
- Mual
- Loya
- Muntah
- Rasa penuh pada bahagian atas abdomen terutamanya selepas makan
- Ketidakcernaan
Jika anda mengalami jenis yang menghakis, simptom gastrik lain pula yang anda akan alami seperti:
- Najis berwarna hitam
- Muntah darah atau bahan seperti biji kopi
Cara Mengesan Gastrik
Biasanya doktor akan melakukan prosedur berikut:
- Pemeriksaan fizikal
- Bertanyakan berkenaan simptom anda
- Soal selidik berkenaan sejarah kesihatan keluarga anda
Selain itu, doktor juga akan mencadangkan ujian pernafasan, darah dan najis untuk melihat kewujudan Helicobacter Pylori.
Untuk memastikan doktor dapat melihat apa yang berlaku dalam badan anda, anda mungkin perlu melakukan endoscopy untuk memeriksa keradangan.
Endoscopy merupakan proses yang melibatkan penggunaan tiub panjang yang mempunyai kamera pada hujungnya.
Sewaktu prosedur ini dijalankan, doktor akan memasukkan tiub tersebut kedalam tubuh anda untuk melihat esofagus dan juga perut anda.
Doktor akan mengambil sedikit sampel atau biopsy lapisan perut anda untuk melihat sebarang perkara yang abnormal ketika pemeriksaan dijalankan.
Doktor anda juga mungkin akan melakukan X-ray pada saluran pencernaan anda selepas anda meneguk larutan barium.
Cara ini akan membantu doktor untuk mengesan kawasan yang perlu diberikan perhatian.
Cara Rawat Gastrik
Rawatan gastrik biasanya bergantung kepada punca dan simptom.
Jika anda mengalami gastrik yang disebabkan oleh ubat anti radang atau ubat-ubatan lain, rawatannya sangat mudah.
Anda boleh merawat gastrik tersebut semudah dengan cara berhenti mengambil segala ubat-ubatan tersebut.
Namun, jika ia disebabkan oleh Helicobacter Pylori pula, anda perlu merawatnya secara berkala dengan mengambil antibiotik.
Fungsi antibiotik ini adalah untuk membunuh bakteria tersebut.
Selain daripada antibiotik, rawatan gastrik lain yang ada adalah seperti berikut:
a. Proton Pump Inhibitors
Ubat ini bertujuan untuk menghalang sel yang bertanggungjawab atas penghasilan asid perut.
Antara proton pump inhibitors yang paling kerap digunakan adalah:
- omeprazole (Prilosec)
- lansoprazole (Prevacid)
- esomeprazole (Nexium)
Namun, penggunaan ubat ini dalam satu tempoh yang lama terutamanya dalam dos yang tinggi akan mengakibatkan masalah keretakan bahagaian berikut:
- Tulang belakang
- Pinggang
- Pergelangan tangan
Ia juga akan mengakibatkan masalah berikut:
- Kegagalan fungsi buah pinggang
- Dementia
- Kekurangan nutrien
Pastikan anda berbincang dengan doktor terlebih dahulu untuk memastikan anda mendapat plan rawatan yang terbaik untuk anda.
b. Acid Reducing Medications
Ubat gastrik ini pula dapat mengurangkan jumlah asid yang dihasilkan oleh perut anda.
Antara jenis yang anda boleh cuba dapatkan adalah famotidine (Pepcid).
Dengan mengurangkan jumlah asid yang dirembes oleh saluran pencernaan, ubat ini akan membantu untuk:
- Mengurangkan keradangan
- Menyembuhkan lapisan perut
c. Antacids
Doktor juga akan mencadangkan anda untuk menggunakan antacid sebagai rawatan gastrik.
Ubat ini akan membantu untuk meneutralkan asid dalam perut anda.
Sesetengah antacid akan mengakibatkan masalah seperti cirit-birit atau sembelit.
d. Probiotics
Setakat hari ini, probiotics dikatakan mampu untuk melegakan masalah pencernaan dan merawat ulser gastrik.
Namun, masih tiada bukti bahawa ia memberikan kesan terhadap rembesan asid.
Setakat ini masih tiada garis panduan yang menyokong penggunaan probiotic dalam menangani ulser.
BACA JUGA : RAWAT GASTRIK – APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEBELUM PARAH
Apa Komplikasi Gastrik?
Jika ia dibiarkan tidak dirawat, ia akan membawa kepada masalah seperti pendarahan perut seperti ulser.
Sesetengah juga akan meningkatkan risiko untuk mendapat kanser perut terutamanya bagi individu yang mempunyai lapisan perut yang nipis.
Disebabkan oleh komplikasi (apa yang mungkin berlaku) ini, adalah penting untuk anda beritahu doktor anda jika anda mengalami sebarang simptom gastrik yang kronik.
Rawatan Alternatif
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari PrimerAlpha.my
Rawatan Alternatif
Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.
Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.
Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.
Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha:
Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan kebaikan probiotik untuk wanita. Jangan ambil mudah andai anda mengalami simptom gastrik ini. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!
0 Comments
Trackbacks/Pingbacks