Ubat Gastrik Angin – Mana Paling Berkesan?

Gastrik

Ubat gastrik angin sama ke dengan ubat gastrik yang lain? Gastrik angin ni sebenarnya benda apa?

Gastrik angin selalunya merujuk kepada masalah perut yang terasa seperti kembung dan berangin. Sebenarnya, istilah ini secara medikalnya adalah kurang tepat.

Perkataan ‘gastrik’ dalam istilah perubatan didefinisikan sebagai ‘perut’. Manakala sakit atau radang dalam istilah perubatan adalah ‘itis’. 

Jadi istilah yang tepat bagi penyakit radang pada perut ini adalah gastrik.

Namun, disebabkan penggunaan istilah gastrik angin amat meluas di Malaysia, para doktor turut menggunakan istilah yang sama bagi memudahkan pemahaman pesakit dan untuk mengelak daripada timbulnya kekeliruan dan kesalahfahaman dalam kalangan orang awam.

UBAT GASTRIK ANGIN – UBAT SEMULAJADI

Beberapa ubat gastrik angin semulajadi yang sesuai untuk gastrik atau gastrik angin yang boleh dilakukan di rumah termasuk:

1. PROBIOTIK

Probiotik adalah bakteria baik yang dapat meningkatkan kesihatan sistem pencernaan dengan membunuh bakteria berbahaya. Ia melancarkan pergerakan usus dan menghentikan perkembangan bakteria H. pylori.

Bakteria ini yang menjadi penyebab utama penyakit ini. Yogurt adalah salah satu produk makanan probiotik yang mudah dijumpai di mana-mana.

2. PATI MINYAK

Walaupun tidak ada bukti perubatan yang kukuh, pati minyak yang tertentu dapat membantu menghilangkan gastrik angin. Pati minyak seperti lemon verbena dan pati minyak serai mampu mengurangkan kesan bakteria H. pylori. 

Selain itu, pati minyak seperti halia, pudina, dan cengkih membantu melancarkan proses pencernaan supaya menjadi lebih baik dan sangat sesuai sebagai ubat gastrik angin. 

Pati minyak ini tidak boleh diambil secara oral dan mesti digunakan secara luaran dengan mencairkannya dengan minyak pembawa seperti minyak kelapa, minyak zaitun, minyak jojoba dan lain-lain.

3. CUKA EPAL

Ramai yang menggunakan cuka epal sebagai ubat gastrik angin untuk mengurangkan pengeluaran asid tambahan di perut dan mengembalikan kestabilannya. Ia bahkan boleh membunuh bakteria berbahaya yang terdapat pada lapisan perut. 

Menambah sedikit madu ke dalam cuka dapat melegakan keradangan pada lapisan perut dan mengurangkan simptom gastrik angin atau gastrik.

4. BAWANG PUTIH

Bawang putih terkenal dengan sifat antikulat dan antimikrob. Ia dapat membantu merawat gastrik angin dengan membunuh bakteria H. pylori dan mengurangkan penghasilan gas di dalam perut.

5. AIR KELAPA

Air kelapa dan susu dikatakan memiliki potensi antiseptik yang dapat membantu membunuh bakteria. Ia juga dapat membantu dalam menguatkan sistem imun tubuh dan meningkatkan proses penyembuhan.

6. BROKOLI

Brokoli adalah sayur yang sangat bermanfaat, ia adalah salah satu ubat gastrik angin yang terdapat di rumah yang terbaik untuk mengatasi gastrik atau gastrik angin kerana ia bahkan digunakan dalam makanan harian. Ia memberi banyak nutrien yang sangat diperlukan, yang dapat membantu melegakan gejala gastrik.

7. LIDAH BUAYA

Ia mempunyai sifat anti-radang yang dapat mengurangkan dan memberi kelegaan pada perut.

8. BETIK

Betik kaya dengan antioksidan. Ia mengandungi papain, sejenis enzim yang membantu mencernakan protein dan mengurangkan pembentukan gas di dalam perut.

9. DIET ANTI-RADANG

Pengambilan makanan yang mempunyai sifat antiradang yang dapat membantu menghilangkan gejala gastrik angin atau gastrik termasuklah:

  • Buah-buahan dan sayur-sayuran yang kaya dengan vitamin K
  • Bijian penuh (beras perang, gandum, dan roti gandum)
  • Kekacang
  • Kacang 
  • Ikan (salmon, sardin, dan tuna)
  • Rempah ratus seperti kunyit

Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan ubat gastrik angin. Gastrik harus dirawat dengan segera kerana risau akan berlaku masalah yang lebih serius lagi. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Cara Merawat Gastrik Tanpa Ubat – Jom Amalkan - […] Baca Juga : Ubat Gastrik Angin – Mana Paling Berkesan? […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *