Rawat Gastrik – Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Parah

Rawat Gastrik

Rawat gastrik dengan segera!

Mungkin tak ramai yang memandang dan mengambil serius berkenaan masalah gastrik ini. Kebanyakan individu yang menghidap gastrik biasanya merasakan bahawa penyakit mereka ini adalah biasa-biasa sahaja.

Rawat Gastrik

Mereka merasakan ia berlaku kerana angin, lambat makan dan sebagainya. Sedangkan mereka tak tahu apa punca sebenar yang menyebabkan gastrik ini.

Dalam artikel sebelum ini, kami ada kongsikan dengan terperinci berkenaan gastrik. Anda boleh bacanya disini : GASTRIK – APA YANG ANDA PERLU TAHU SEBELUM IA PARAH!

Untuk artikel kali ini, kami akan fokus terhadap cara rawat gastrik sahaja. Jom baca!

Cara Rawat Gastrik – Diagnosis Dulu

Rawat Gastrik - Diagnosis

Biasanya doktor dengan mudah akan dapat mengesan samada anda menghidap gastrik atau tidak. Cukup dengan hanya bertanyakan sejarah kesihatan dan melakukan beberapa ujian mudah terhadap anda.

Namun, untuk mendapatkan keputusan yang lebih tepat, doktor akan melakukan satu atau lebih daripada ujian berikut:

a. Ujian Helicobacter Pylori

Rawat Gasrik - Helicobacter Pylori

Ujian ini adalah untuk melihat dan mengesan samada anda mempunyai bakteria Helicobacter Pylori atau tidak. Jenis ujian yang akan dilakukan pula bergantung kepada situasi dan keadaan anda.

Antara jenis ujian yang boleh dilakukan untuk mengesan bakteria ini sebagai cara rawat gastrik adalah:

  • Ujian darah
  • Ujian najis
  • Ujian nafas

Bagi ujian nafas, anda perlu minum segelas cecair radioactive carbon yang jernih dan tawar. Air ini akan dipecahkan oleh Helicobacter Pylori didalam perut anda.

Kemudian, anda perlu menghembus pada beg yang kemudiannya akan ditutup. Jika anda dijangkiti Helicobacter Pylori, nafas anda akan mengandungi radioactive carbon. 

b. Rawat Gastrik – Endoscopy

Rawat Gastrik - Endoscopy

Bagi kaedah ujian rawat gastrik ini pula, ia lebih kepada pemeriksaan bahagian atas sistem pencernaan anda. Sewaktu endoscopy dilakukan, doktor akan memasukkan tiub fleksibel yang mempunyai lensa melalui tekak dan kedalam esofagus, perut serta usus kecil anda.

Dengan menggunakan endoscope, doktor akan mencari tanda-tanda keradangan. Jika ada kawasan yang mencurigakan, doktor akan mengambil sedikit sample tisu (biopsy) pada kawasan tersebut.

Ia adalah untuk pemeriksaan makmal pula. Dengan biopsy juga, doktor dapat untuk mengesan kewujudan Helicobactor Pylori pada lapisan perut anda.

C. X-Ray

Ujian untuk rawat gastrik seterusnya pula adalah dengan melakukan x-ray pada bahagian atas sistem pencernaan anda. Ia juga dikenali dengan:

  • Barium swallow
  • Upper gastrointestinal series

Melaluinya, doktor akan dapat melihat imej esofagus, perut dan usus kecil anda. Ia adalah untuk mengesan jika terdapat sebarang perkara abnormal yang berlaku.

Selain itu, anda juga berkemungkinan akan diminta untuk minum cecair putih dan metallic iaitu barium. Tujuannya adalah untuk membuatkan ulser perut lebih kelihatan jika ia ada.

Cara Rawat Gastrik – Jenis Rawatan Gastrik

Cara rawat gastrik biasanya bergantung kepada punca gastrik anda. Bagi gastrik akut yang disebabkan oleh ubat anti radang atau alkohol, anda cuma perlu berhenti mengambilnya.

Dengan cara ini, gastrik anda juga akan semakin pulih. Namun, bagi gastrik jenis lain pula, anda perlu menggunakan cara rawat gastrik atau rawatan gastrik yang berikut:

a. Rawat Gastrik Dengan Antibiotik

Rawat Gastrik - Antibiotik

Antibiotik yang diperlukan adalah yang mampu untuk membunuh Helicobacter Pylori.  Jika bakteria ini terdapat didalam saluran percernaan anda, doktor akan mencadangkan kombinasi antibiotik seperti berikut:

  • Clarithromycin (Biaxin) dan amoxicillin (Amoxil, Augmentin, dll) atau metronidazole (Flagyl). 

Pastikan anda mengambil antibiotik ini sehingga habis. Biasanya ia perlu dihabiskan dalam tempoh 7 ke 14 hari.

b. Proton Pump Inhibitor

Cara rawat gastrik ini pula lebih kepada mengurangkan penghasilan asid dan membantu untuk memulihkan lapisan perut. Asid akan dikurangkan dengan cara menghalang penghasilan asid oleh bahagian sel yang bertanggungjawab melakukannya. 

Antara jenis proton pump inhibitor yang anda boleh dapatkan daripada doktor atau di farmasi adalah:

  • omeprazole (Prilosec) 
  • lansoprazole (Prevacid) 
  • rabeprazole (Aciphex) 
  • esomeprazole (Nexium)
  • dexlansoprazole (Dexilant)
  • pantoprazole (Protonix).

Namun, penggunaan proton pump inhibitor secara berterusan untuk satu tempoh yang lama dan pada dos yang tinggi mempunyai risikonya yang tersendiri. Anda akan meningkatkan risiko untuk mengalami keretakan:

  • Pinggang
  • Pergelangan tangan
  • Tulang belakang

Tanya juga doktor anda samada ada atau tidak suplemen kalsium yang boleh membantu anda untuk mengurangkan risiko ini.

c. Ubat untuk mengurangkan penghasilan asid

Rawat Gastrik - Acid Blocker

Cara rawat gastrik ini menggunakan acid blocker atau turut dikenali dengan nama histamine (H-2) blocker. Ia digunakan untuk mengurangkan rembesan asid kedalam saluran pencernaan anda.

Dengan cara ini, ia akan membantu untuk mengurangkan keradangan serta sakit yang disebabkan oleh gastik. Selain itu, ia juga membantu mempercepatkan proses pemulihan. Antara jenis ubat yang biasanya diberikan adalah:

  • famotidine (Pepcid)
  • cimetidine (Tagamet HB)
  • nizatidine (Axid AR)

d. Antacid

Antacid berfungsi untuk meneutralkan asid perut anda. Doktor mungkin akan memberikan antacid juga kepada anda sebagai salah satu cara rawat gastrik. Penggunaan antacid akan membantu untuk meneutralkan asid yang sedia ada dalam perut anda. Ia juga akan memberikan kesan kelegaan yang segera.

Namun, ia juga mempunyai kesan sampingan seperti:

  • Sembelit
  • Cirit-birit

Kesan sampingan ini bergantung kepada bahan utama antacid tersebut.

e. Rawatan Alternatif

Anda juga boleh mencuba supplement atau superfoods yang dapat membantu mengatasi masalah Gastrik dan Gerd Secara semulajadi. Ia lebih selamat dan tidak mengandungi bahan kimia yang boleh membahayakan kesihatan atau memberik kesan sampingan.

Kami ingin recommend kepada anda Primer Alpha.

cara hilangkan gastrik

Primer Alpha ni mengandungi bahan-bahan seperti Yogurt, Spirulina, Madu, Serat, Mixberries, Prebiotik dan Probiotik yang dapat meneutralkan asid dan mencegah jangkitan bacteria sekaligus membantu memulihkan luka disebabkan ulser dalam perut dan usus. Ia juga membantu mengurangkan angin dalam badan dan menghilangkan rasa masam apabila menelan.

Kesannya daripada pengambilan Primer Alpha, anda akan lihat:

  • Badan dan perut lebih selesa dan tak lagi sakit sebab berangin, kembung atau mencucuk-cucuk.
  • Tak ada lagi rasa masam di tekak, panas di dada, angin tersekat seperti bola ketika menelan.
  • Dah boleh makan sedap-sedap, makanan pedas, masam dan berminyak.

Primer Alpha memberikan anda kelegaan dan ketenangan berpanjangan.

Anda boleh dapatkan maklumat lanjut dengan melayari laman web PrimerAlpha dengan menekan butang dibawah

Rasanya itu sahaja untuk perkongsian kali ini berkenaan cara rawat gastrik. Gastrik harus dirawat dengan segera kerana risau akan berlaku masalah yang lebih serius lagi. Semoga perkongsian kali ini memberikan anda manfaat yang banyak. Jangan lupa untuk baca perkongsian yang lain juga!

Makanan Probiotik

KETAHUI CARA PANTAS MENGURANKAN
GASTRIK ANGIN & GERD MENGGUNAKAN 7 BAHAN SEMULAJADI

Download ebook PERCUMA. Anda akan ketahui: 

Punca Utama Gastrik Berlaku dan Ia Berkaitan Dengan Stress.

10 Jenis Makanan Yang Menyebabkan Gastrik Dan Gerd

Bagaimana Nak Mengawal Gastrik Dengan Mengubah Gaya Hidup

Cara Untuk Merawat Gastrik Sehingga Beransur-ansur pulih

0 Comments

Trackbacks/Pingbacks

  1. Gastrik – Apa Yang Anda Perlu Tahu Sebelum Ia Parah! - […] BACA JUGA : RAWAT GASTRIK – APA YANG ANDA PERLU LAKUKAN SEBELUM PARAH […]
  2. Gastrik Teruk – Punca, Simptom dan Rawatan - […] Baca Juga : Rawat Gastrik – Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Parah […]
  3. Gastrik Gerd – Punca, Simptom & Rawatan Anda Perlu Tahu - […] Baca Juga : Rawat Gastrik Sebelum ia Parah […]
  4. Tanda-tanda Gastrik Yang Ramai Tak Tahu - […] Jangan lupa untuk baca Rawat Gastrik – Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Parah. […]
  5. Gastrik Angin – Mitos dan Salah Faham Mengenainya - […] Anda boleh juga baca : Rawat Gastrik – Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Parah […]
  6. Punca Gastrik – Derita Dalam Diam Tanpa Anda Sedari - […] Baca Juga : Rawat Gastrik – Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Parah […]
  7. Sakit Gastrik – Ia Mampu Menjadi Lebih Parah - […] Baca Juga : Rawat Gastrik – Apa Yang Anda Perlu Lakukan Sebelum Parah […]

Submit a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *